CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Hantar Invois Tuntut Ganti Rugi Tak Hadir Majlis Kahwin

31-8-2021 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5975| Komen: 28

Berang tetamu yang sepatutnya hadir ke majlis perkahwinan mereka tidak memunculkan diri, pengantin baharu dari Amerika Syarikat menghantar invois menuntut mereka membayar ganti rugi AS$240 (RM1,000).


Gambar invois resepsi perkahwinan itu tular di Twitter minggu lalu dengan penerima perlu menjelaskan bayaran dalam tempoh sebulan bermula tarikh 18 Ogos lalu.


Kredit foto: New York Post

New York Post melaporkan tindakan nekad pengantin itu selepas mereka menanggung kos AS$120 (RM500) bagi setiap tetamu pada majlis resepsi yang diadakan di Royalton Negril Resort & Spa di Jamaica.

Doug Simmons, 44, mengaku mengeluarkan invois itu yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya bersama kenyataan dan tanda pagar #pettypost, "Invois ini diberikan kerana awak sudah mengesahkan kehadiran ketika pengiraan akhir tetamu."

Dalam notis itu turut disertakan nota, "Disebabkan awak tidak menelefon atau memaklumkan ketidakhadiran, maka ini hutang yang perlu awak jelaskan selepas kami menempah tempat duduk awak. Pembayaran boleh dibuat menerusi Zelle atau PayPal."


Simmons yang juga peniaga di Chi-Town berkata, dia bertindak demikian bukan kerana wang, sebaliknya berpendapat tetamu tidak menghormati mereka apabila gagal menghadirkan diri tanpa alasan.

Katanya, dia dan isteri, Deidra McGee, 43, hanya menjemput tidak lebih 100 tetamu pada majlis itu.


Kredit foto: New York Post

"Empat kali kami bertanya 'adakah awak boleh hadir' dan setiap kali itu mereka jawab 'ya akan hadir'. Kami perlu membayar dahulu untuk tempahan dibuat di Jamaica.

"Malangnya tiada siapa pun beritahu saya atau menghantar pesanan mengatakan tidak dapat hadir - itu sahaja yang saya minta.

"Jika awak mengatakan tidak dapat hadir, saya akan faham tetapi tiada siapa pun beritahu," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 31-8-2021 01:11 PM
jujur kaka cakap orang negro ni body dia mcm avengers berlekuk lekuk
Quote fefeeling 31-8-2021 01:33 PM
Betul sakit hati weh. Aku punya reception dulu based on rsvp aku tulih dlm kad suruh reply blk utk sahkan kehadiran. Kau tau la melayu kan.. x dijemput kawin dia kata kita ni lupa kawan sombong bagai. Bila dah dijemput siap bagi bawak +1, kau buat dek je xmuncul.. kiwak sgt memang aku putus kawan terus dgn org camtu.
Quote spicygirl3 31-8-2021 01:46 PM
Mahal weii nak kawin ni. Tapi iolls rasa patut buat gitu. Kalau tak borlh hadir beritau la , organiser bolrh dari pengganti. Tak rugi depa
Quote dua_chzy 31-8-2021 01:50 PM
CiliPadiSedap replied at 31-8-2021 01:11 PM
jujur kaka cakap orang negro ni body dia mcm avengers berlekuk lekuk

Melayu, terutama yang berDNA Paki, Ereb, Yenna, huntong waris badan gini.

Chinks ngan Bumis Sabser paling tak huntong badan straight atas bawah.
Quote Babai 31-8-2021 01:58 PM
CiliPadiSedap replied at 31-8-2021 01:11 PM
jujur kaka cakap orang negro ni body dia mcm avengers berlekuk lekuk

Body bini dia mantap. Macam hourglass. Voluptuous. Tapi sayang dahi jendul teruk.
Quote Cik_jantung 31-8-2021 02:05 PM
Tu belum kira tetamu meja vip yg tak dtg.. makanan dh la lain dr meja marhaen..
Quote mclaren 31-8-2021 02:10 PM
Kalau dah RSVP tapi tak hadir memang wajar mintak ganti rugi.

Sebab makan by course so dah plated and laid on the table. If buffet style lain lah tak habis boleh kot doggy baggged it.
Quote genUmi 31-8-2021 02:35 PM
ada sedara aku ni orka la jugak
buat majlis yg jemputan je boleh masuk

ada la yg datang  x faham stail macam ni , datang bawak family beramai2

aku kesian jugalah sebb depa yg x dlm senarai kena dok luar xblh masuk

apakan daya aku pun tetamu juga
Quote edayildiz 31-8-2021 03:37 PM
that dress tho gorgeous..I guess they just lost 8 friends
Quote LadyCarefree 31-8-2021 04:56 PM
Cik_jantung: Tu belum kira tetamu meja vip yg tak dtg.. makanan dh la lain dr meja marhaen..



Why buat gini la. iols reception semua sama je makan apa. Semua best.
Quote LadyCarefree 31-8-2021 04:57 PM
genUmi: ada sedara aku ni orka la jugakbuat majlis yg jemputan je boleh masukada la yg datang  x faham stail macam ni , datang bawak family beramai2aku kesian ...


Padan muka. iols menyampah org xikut jemputan. Lainlah kat kad tulis 'dan keluarga'. Pastu jenis bawa budak2 lari sana sini. Bawak babies nangis. Ish.
Quote Taniajingga 31-8-2021 05:02 PM
Body sheolz ni cantik I loikee..
Dress bekepuk kepukk ngam dgn dia
Quote Fortiori02 31-8-2021 05:04 PM
fefeeling: Betul sakit hati weh. Aku punya reception dulu based on rsvp aku tulih dlm kad suruh reply blk utk sahkan kehadiran. Kau tau la melayu kan.. x dijempu ...


Ramai gitu sis. Kesian kat pengantin book tempat, door gift & food sume. Patut kalau dah confirm kan nak dtg tu, patutnya kena hadir, melainkan ada hal kecemasan.
Quote Fortiori02 31-8-2021 05:07 PM
genUmi: ada sedara aku ni orka la jugakbuat majlis yg jemputan je boleh masukada la yg datang  x faham stail macam ni , datang bawak family beramai2aku kesian ...

Bese kat kad jemputan tu ada tulis kan jemputan tu tok kita sorang ke, ngn partner ke or dgn keluarga. Mungkin dia tak perasan kot.
Quote Fortiori02 31-8-2021 05:08 PM
Babai: Body bini dia mantap. Macam hourglass. Voluptuous. Tapi sayang dahi jendul teruk.


Iols speku pakai korset tahan gaban tuh. Bkn main hourglass nya..
Quote cm_vungtau 31-8-2021 05:12 PM
Kalau melayu kawin camni jemput 100 orang je ok tak? Sedara mara takyah jemput, kawan2 dan keluarga terdekat pengantin aje
Quote kechikchomel 31-8-2021 05:32 PM
cm_vungtau replied at 31-8-2021 05:12 PM
Kalau melayu kawin camni jemput 100 orang je ok tak? Sedara mara takyah jemput, kawan2 dan keluarga  ...

Kawin musim covid je sis. Berapa kerat je boleh datang. No kenduri2.
Iolss pun kalau ada bf iolss ajak je dia kawin masa2 skrg ni. Jimat pun ye.
Quote pxlbb 31-8-2021 06:10 PM
Antara tetamu yang tak hadir walaupun rsvp majlis iols di hotel nan indah, a group of elitist girls kat uni. Saja suka send iols alamat rumah kondo theyols konon nak tunjuk theyols duduk di kondo mewah berkolam renang (kat sentul aje pun yihhh).
Quote fefeeling 31-8-2021 06:41 PM
Fortiori02 replied at 31-8-2021 05:04 PM
Ramai gitu sis. Kesian kat pengantin book tempat, door gift & food sume. Patut kalau dah confirm ...

Dia ingat semua orang jenis kawin pacak khemah jemputan 1500 orang eat n go agaknya..

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.033731 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top