Hun Haqeem semakin menjadi-jadi! Dia bukan lagi pemuda Kampung People apabila menyarung T-shirt dan jumper pereka fesyen tersohor, Riezman Ruzaini, sebaliknya digelar Oppa dengan style begitu. Dengan mata sepet, kulit cerah dan stail rambut ala K-pop, ternyata Hun Haqeem menjadi bintang pujaan saat ini. Deretan artis turut memuji penampilan terbaharu Hun seperti Ara Johari, Daiyan Trisha, Yasmin Hani, Rashidi Ishak, Raja Atiq dan Harisan Anuar.
Dengan harga antara RM129 hingga RM269 sehelai, ramai peminat rekaan ini tidak sabar untuk mendapatkan koleksi Hun Haqeem yang ala-ala pelakon K-Drama dah ni. Ada yang berminat hadiahkan untuk suami atau beli untuk diri sendiri? -CARI |
husna_amal replied at 27-8-2021 12:07 PM
Teringat clip yang lepas, memang macam korea.
ellejo replied at 27-8-2021 12:44 PM
oppa korea mcm lee dong wook sedap
ADVERTISEMENT