Georgetown: Akibat membakar pakaian di dalam rumah, seorang wanita warga emas nyaris maut dalam kebakaran di Blok Bakau Street, Solok Sungai Pinang di sini.
Tindakan wanita berusia 77 tahun itu dipercayai berlaku akibat tekanan. Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak Fadzil Mohamad berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 10.40 malam. Katanya, ketika di lokasi, didapati kepulan asap tebal keluar dari tingkap bilik rumah mangsa di tingkat tiga flat berkenaan. "Asap tebal memenuhi ruang rumah ketika anggota bomba menyelamatkan mangsa. "Api berjaya dikawal pada jam 11 malam dan kebakaran itu membabitkan 50 peratus kemusnahan, " katanya.
Mangsa yang berada dalam keadaan lemah akibat terhidu asap dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut. Difahamkan, mangsa tinggal seorang diri di rumah berkenaan. "Api dipercayai berpunca daripada baju yang dibakar warga emas itu sendiri di dalam biliknya akibat mengalami tekanan," kata Fadzil lagi. -CARI Sumber: Harian Metro
|
krustykrab replied at 27-8-2021 07:47 AM
Dah tua2 hidup sorang2 mesti tertekan....
Aku syak sheol.mmg dah tak nak hidup lagi tu..tp percubaa ...
trexxxxxi: KesiannyaMesti tertekan dengan keadaan semasaMohon pihak berwajib tolong pantau dan kalau boleh, masukkan sheol ke umah penyayang ke..Lelewbit tak pay ...
batmana replied at 27-8-2021 07:54 AM
Kalau kat kampung..org tua selalu main bakar2 kat luar. Bakar sampah,bakar daun, ranting pokok , rum ...
ADVERTISEMENT