CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anda Silap Kalau Sangka MySejahtera Tak Laku Di Luar Negara

26-8-2021 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5664| Komen: 40

Susulan pendedahan sebuah klinik terdapat golongan antivaksin yang mahu membeli sijil vaksinasi untuk pelbagai tujuan, seorang pengarah filem mendedahkan bahawa penggunaan sijil palsu tidak mungkin membolehkan seseorang melepasi sempadan negara.


Chong Keat Aun yang berkongsi pengalamannya keluar negara berkata, pendapat sesetengah pihak bahawa MySejahtera hanyalah “sijil domestik” adalah tidak benar.

“Ada kawan yang berpendapat bahawa sijil palsu dapat digunakan untuk urusan di sempadan.


Kredit foto: Getaran.my

“Jika anda betul-betul ingat MySejahtera tidak ada gunanya di luar negara, maka anda akan menderita dan terkandas di pintu keluar dan pintu masuk,” katanya seperti dipetik Sinchew Daily.


Keat Aun yang berkongsi pengalamannya keluar negara berkata, semasa urusan pendaftaran masuk (check-in) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petugas akan bertanya sama ada sudah menerima vaksin sebelum meminta bukti ujian PCR tempoh 48 jam dalam MySejahtera.

Katanya, hanya maklumat digital mengenai vaksinasi dalam MySejahtera diterima dan sijil dalam bentuk kertas adalah ditolak.

“Semasa memasuki pintu pelepasan dan pasport diperiksa, pegawai juga akan meminta menunjukkan MySejahtera.

“Apabila tiba di tempat pesta filem di Switzerland, petugas acara turut meminta maklumat vaksinasi dan ujian PCR dalam MySejahtera.

“Sekiranya sudah menerima vaksin, maka peserta tidak perlu menjalani kuarantin, tetapi sebaliknya akan dipakaikan gelang yang membolehkan seseorang bergerak secara bebas,” katanya.

Pengarah filem dari Kedah itu juga berkongsi pengalamannya semasa balik ke tanah air apabila terserempak seorang warganegara Malaysia yang kehilangan telefon pintar, sekali gus tidak dapat membuka MySejahtera.

“Walaupun dia membawa sijil kertas, tetapi ia ditolak oleh petugas.

“Nasib baiklah kawannya ada satu lagi telefon dan penumpang itu segera membeli kad telefon dan memuat turun MySejahtera.

“Selepas hampir setengah jam, maklumat MySejahtera berjaya ditunjukkan dan barulah dia boleh menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia,” katanya. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 26-8-2021 12:52 PM
Lebih tertarik dgn tujuan heols ke luar negara.
Quote edayildiz 26-8-2021 12:58 PM

untung la ye blh travel..balik dr swiss tu kuarantin tak
Quote tripleid 26-8-2021 01:05 PM
negara luar dah siap boleh buat festival filem bagai,dah boleh bebas kesana sini hidup cam biasa..Msia je yg x abis2  dok pkp pkpd pkppp yg x berkesudahan ntah sampai bila



#kerajaangagal
#negaragagal
Quote Buritan 26-8-2021 01:05 PM
RatuDunia94: Lebih tertarik dgn tujuan heols ke luar negara.



Yeerrr aku leh pi obersea..
Quote Skuau 26-8-2021 01:06 PM
Edited by Skuau at 26-8-2021 01:15 PM

mohon 'sijil kertas' diiktiraf jugok kpd warga emas yg berumur 60 tahun..dan ke atas...yg tak punya tepon pintar, tinggal samada di ulu banat atau di long jauh sana.#PerkaraIniBukanLawak
Quote eizarz 26-8-2021 01:12 PM
tripleid replied at 26-8-2021 01:05 PM
negara luar dah siap boleh buat festival filem bagai,dah boleh bebas kesana sini hidup cam biasa..M ...

dah yg PM sekarang pun bapa pkp pkpb pkpp pkpd...memang la...haha
Quote alesandra 26-8-2021 01:16 PM
mysejahtera ni boleh tak offline?kalau tak.. baik buat la...kesian org2 tua  mcm mak aku cthnya
Quote Skuau 26-8-2021 01:19 PM
alesandra replied at 26-8-2021 01:16 PM
mysejahtera ni boleh tak offline?kalau tak.. baik buat la...kesian org2 tua  mcm mak aku cthnya

sb tu..kena iktiraf 'sijil kertas' tuk warga emas tu semua.
Quote alesandra 26-8-2021 01:20 PM
Edited by alesandra at 26-8-2021 01:22 PM
Skuau replied at 26-8-2021 01:06 PM
mohon 'sijil kertas' diiktiraf jugok kpd warga emas yg berumur 60 tahun..dan ke atas...yg tak punya  ...

mcm mak aku.kalau nak scan je kena harap aku  dependent.dia ada smart phone ...tapi dia tu susah sikit .phone tu dia buat j utk call in n out je.
Quote Skuau 26-8-2021 01:31 PM
alesandra replied at 26-8-2021 01:20 PM
mcm mak aku.kalau nak scan je kena harap aku  dependent.dia ada smart phone ...tapi dia tu susah s ...

kebanykkan rentua kampung umur 60 taun ke atas...memang tepon tu tuk jawab atau buat kol jer....nak/xnak 'sijil kertas' tetap/msh relevan tuk mereka.
Quote ira_229 26-8-2021 01:40 PM
Skuau replied at 26-8-2021 01:31 PM
kebanykkan rentua kampung umur 60 taun ke atas...memang tepon tu tuk jawab atau buat kol jer....na ...

kalau mcm tu maknanya mereka yg berkenaan tidak boleh keluar negara dulu...lagipun untuk orang2 yg dah berusia lanjut risiko dia amat tinggi walaupun sudah menerima vaccine...baik duduk malaysia dulu sampai betul2 virus ini dah berakhir.
Quote LaRRa. 26-8-2021 01:42 PM
I hhink just 'tak laku di luar negara' lah tt.not 'tak laku ke' hehe
Quote lurve82 26-8-2021 01:43 PM
Mak aku pun xde hp canggih..setakat angkat call je…dia call pun selalu dr talian tetap ble kat umah…dh pesan bwk kad kecik tu…tgh pk nk belikan hp canggih dan ajar dia guna…xtau la nanti tu..
Quote tripleid 26-8-2021 02:09 PM
eizarz replied at 26-8-2021 01:12 PM
dah yg PM sekarang pun bapa pkp pkpb pkpp pkpd...memang la...haha

Adoiii..lambat lagi la pkp nak abis giniii
Quote None68 26-8-2021 02:10 PM
Wah ini satu berita yang menggembirakan.
Quote Simunggu 26-8-2021 02:13 PM
anti vac sila tunjuk kesan BCG ja ya..
Quote brego 26-8-2021 02:21 PM
Quote batmana 26-8-2021 02:22 PM
bukan teknologi makin lama makin mudah ka?..

tinggal klik2 aja,
org tua dh dikire wajib sgt pakai tepon pintar, cuma anak kene rajin ajar klu ada masa jupa nnti.

rata2 yg aku tgk pengguna kaki gadget cm ipon (tk semua), pakai iphone latest  cam 12 pro max, tapi mak nya di pakaikan tepon dumbphone, atas alasan org tua tak tau guna.

pada aku tu bukan alasan, alasan yg betul, anaknya pemalas nak ajar  pasal asik main tepon sendiri , balik kampung sebelum PKP haram nk tunjuk /ajar mak gune android/iOS bagai tu..sibuk fb/forum/tiktok/twitter bagai... tk ajar maknya gune peranti yg saban hari semakin mudah GUI bagai.....


Quote fealefea 26-8-2021 02:28 PM
Nak tanak kita kene berdamai dgn teknologi. Waima org tua. Guna la masa ada utk ajar org tua. Buat tutorial, buat shortcut. Jgn la biar deme ketinggalan. At least ade mysejahtera. Kalau x reti penguatkuasa bole tgkkan kot.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.040275 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top