CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

23 Hari Ditidurkan, Isteri Badrol Kerdil Meninggal Dunia

26-8-2021 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6451| Komen: 36

Selepas 23 hari ditidurkan, isteri kepada pelakon Badrol Shah disahkan meninggal dunia pada pukul 8.15 pagi, Khamis akibat positif Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.


Menurut Badrol atau nama sebenarnya Badrol Shah Abdul Manan, dia sempat membacakan dua kali syahadah untuk isteri tersayang ketika doktor membuat panggilan video sekitar pukul 8 pagi.

Pernah berlaku kekeliruan dan salah maklumat tentang status isteri pada Ogos lalu, pelakon berusia 39 tahun itu kali ini reda dengan pemergian Allahyarham.


Foto: mStar

“Isteri saya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.15 pagi tadi di hospital selepas 23 hari ditidurkan akibat Covid-19. Sekarang ini pihak hospital yang akan uruskan jenazah. Jadi, tak pasti lagi akan dikebumikan di mana.


“Mungkin selepas solat Zohor barulah akan kebumikan jenazah arwah isteri saya. Dalam pukul 8 pagi tadi doktor ada buat panggilan video, dan saya sempat membacakan dua kalimah syahadah untuk arwah.

“Kali pertama masa pihak hospital membuat kesilapan mengatakan isteri sudah meninggal itu memang saya tak dapat terima. Tapi kali ini, saya serta seluruh keluarga sudah reda dengan pemergiannya,” ujarnya kepada mStar.



Difahamkan isteri Badrol bertarung nyawa selama 45 hari selepas dijangkiti wabak Covid-19 varian Delta.

Pelakon filem Busut Bonang itu berkongsi berita sedih mengenai pemergian isterinya iaitu Farah yang juga seorang guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat, Kuala Lumpur pada Khamis di Instagram.

Sebelum ini, Badrol mengesahkan isterinya sudah meninggal dunia selepas doktor yang merawat isterinya memaklumkan perkara itu kepadanya pada 10 Ogos lalu.

Namun selang beberapa hari berlaku kesilapan dan kekeliruan apabila doktor memaklumkan isterinya masih hidup namun berada dalam keadaan krtikal selepas ditidurkan pada 2 Ogos lalu.



Menerusi laporan mStar pada 12 Ogos lalu, Badrol berkata dia sendiri trauma dengan perkara itu selepas dikejutkan dengan maklumat salah bahawa isterinya sudah meninggal dunia.

Badrol berkata dia tidak menyalahkan doktor kerana memahami kemungkinan doktor itu berada dalam keadaan penat menguruskan pesakit Covid-19.

Badrol berkahwin dengan Farah pada 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Da'aiyatul Insyirah yang kini berusia dua tahun.


Foto: IG

Pasangan ini juga pernah kehilangan anak sulung mereka yang keguguran ketika kandungan isterinya memasuki bulan kelima pada tahun 2018.

Badrol turut menjaga tiga anak perempuan hasil perkahwinan pertama isterinya iaitu Putri Farah Nordina Dania, 12, Putri Farah Nordina Zawana, 11, dan Putri Farah Norhaziqah, 7 tahun. -CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • DayangKirana


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote djzara81 26-8-2021 11:12 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga arwah ditempatkan bersama org2 beriman Allah.
Quote Thunderclouds 26-8-2021 11:13 AM
Innalilla hiwainna ilaihiroji'un. Takziah
Quote ciksaenara 26-8-2021 11:33 AM
innalilahiwainailahirajiunn...
Quote Olleo 26-8-2021 11:44 AM
Innalillahi wainnailahi rojiun.
Salam takziah kpd seluruh ahli keluarga.

Semoga arwah ditempatkan bersama para syuhada.

Anak dia yg 2 thn tu comel jgk ye.
Quote Mini.Me 26-8-2021 11:47 AM
Innalillahiwainnailaihirajiun...salam takziah
Quote tikusmontok 26-8-2021 11:49 AM
Innalillah...sedihnya anak2 kehilangan ibu
Quote half1st 26-8-2021 12:02 PM
Bila orang baik meninggal dunia, hati pasti akan automatik sedih..semoga family arwah tabah menghadapi dugaan ni dan sentiasa berdoa..
Quote grouper 26-8-2021 12:41 PM
Innalillahi wainnailahi rojiun.
Salam takziah kpd seluruh ahli keluarga.
Semoga arwah ditempatkan bersama para syuhada..amin
Quote Kurex 26-8-2021 12:42 PM
sedihnya.........
Quote zehra2 26-8-2021 12:46 PM
Alfatihah. takziah kpd keluarga.
Quote readbaca 26-8-2021 01:01 PM
Takziah diucapkan kepada keluarga beliau.

Semoga Arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

❝ Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah SWT dan kepada Allah SWT jualah kami kembali ❞


اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَرْحَمْها وَعَافِها وَعْفُ عَنها

Allaahummaghfir laha warham ha wa’aafi ha wa’fu anha

❝ Ya Allah, ampunilah dia, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan dan maafkanlah kesalahannya. ❞


Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.


آمِيّنْ. آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن
Quote boojaat 26-8-2021 01:12 PM
Salam takziah.. mana bapa kandung anak2 tiri dia? Sebab anak perempuan ni better la keluarga sebelah isteri yg jagakan lepas ni.
Quote red_velvet 26-8-2021 01:19 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun.. cantiknya arwah ...
Quote DayangKirana 26-8-2021 01:21 PM
Alfatihah..
takziah buat keluarga...
kesian anak2 perempuan kecik2 lagi.
Quote sunshinelady 26-8-2021 01:53 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun.

semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg dirahmatiNYA.
semoga anak2 arwah terpelihara dgn baik. semoga badrol & keluarga diberi kekuatan & kesabaran & kemudahan melalui semua ni
Quote kuewTiau 26-8-2021 02:07 PM
boojaat replied at 26-8-2021 01:12 PM
Salam takziah.. mana bapa kandung anak2 tiri dia? Sebab anak perempuan ni better la keluarga sebelah ...

baru ni ada terbaca kat mana ntah.
dah meninggal sebelum kawin dengan Bad.

ape ape pon takziah, baru je tengok diorang berdua ni dalam rancangan game ape ntah
pengacara amyza aznan
lembut je arwah.


Quote sweet)june 26-8-2021 02:19 PM
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Takziah diucapkan kepada keluarga beliau.

Semoga Arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Quote nakkomenjugak 26-8-2021 02:20 PM
Salam takziah diucapkan...
Quote shiraloveyou 26-8-2021 02:21 PM
Innalillah...kesian kt anak2 yg masih kecik...

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.049016 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top