Pennsylvania: Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) yang hamil anak keempat pada usia 53 tahun berdepan kecaman yang mengatakan wanita itu sudah terlalu tua untuk menimang cahaya mata.
Mirror UK melaporkan, Lan Man adalah ibu tunggal dan mempunyai dua anak Thomas, 19, dan Tyler, 17. Dia kemudian melahirkan anak ketiganya, Toby pada Jun 2019 dengan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) dengan menggunakan benih Kaukasia (keturunan kulit putih). Menurut keluarga itu, kaum bukannya perkara utama dalam mencari penderma yang sesuai. Memandangkan kekurangan penderma berketurunan Asia, dia memutuskan untuk menggunakan benih daripada penderma lelaki Kaukasia untuk melahirkan Toby.
Lan kini hamil 26 minggu dan dia juga merancang untuk membesarkan bayi itu sebagai ibu tunggal. Sebelum ini, wanita itu merancang untuk hamil anak ketiga kerana bimbang apa boleh dilakukannya tanpa Thomas and Tyler yang merancang untuk menyambung pengajian ke peringkat universiti. Dorongan untuk hamil anak keempat pula datang selepas Thomas dan Tyler bertanya kepada Lan bila mereka akan mendapat adik lagi. "Saya fikir ia mustahil dan tidak berasa untuk hamil lagi kerana sudah berusia 50 tahun. "Bagaimanapun, anak adalah teman baik saya dan mungkin berdoa secara diam-diam supaya saya hamil dan berikan adik kepada Toby," katanya. Menurut Lan, proses kehamilan anak keempat itu berjalan lancar malah dia teruja untuk menyambut kelahiran anak keempatnya. Insurans kesihatan swasta Lan menanggung sebahagian besar kos tetapi dia turut mengeluarkan wang sebanyak AS$25,000 (kira-kira RM102,363) termasuk untuk mendapatkan sperma, benih dan kos ubat penderma. Oleh kerana masih belum menopaus, Lan tidak mengalami masalah dengan sistem reproduktif. Bagaimanapun, Lan dinasihatkan doktor supaya tidak menggunakan benihnya sendiri kerana faktor usia. -CARI Sumber: Harian Metro
|
midori_katana replied at 26-8-2021 09:13 AM
maksudnya anak keempat ni anak org lain la (ovum +sperm mat saleh). anak ketiga mungkin anak sheols ...
midori_katana replied at 26-8-2021 09:13 AM
maksudnya anak keempat ni anak org lain la (ovum +sperm mat saleh). anak ketiga mungkin anak sheols ...
ADVERTISEMENT