CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Guna Karya Tanpa Izin, Amy Tak Halal Dunia Akhirat

25-8-2021 03:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2754| Komen: 4

Penyanyi rock tanah air, Amy Search menyelar tindakan sesetengah individu tidak bertanggungjawab yang sesuka hati menggunakan hasil karya seninya tanpa keizinan.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata, perkara ini bukanlah satu yang baharu dan menimpa dirinya saja sebagai anak seni, tetapi dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.


Foto: IG

“Saya memang pantang kalau ada pihak atau individu yang suka-suka curi hasil kerja dan seni tanpa minta izin terlebih dahulu.

“Lama dah saya perasan, mereka senang-senang kaut keuntungan daripada kesempitan orang lain. Berkatkah rezeki yang diterima itu? Penat lelah kita bekerja siang malam langsung bagai tidak dihargai,” katanya kepada Kosmo! sebentar tadi.


Tambah pelantun lagu hit Isabella itu, dia tidak kisah sekiranya ada pihak yang mahu cover (nyayikan semula) lagu-lagunya, tetapi bukan bertujuan mencuri karya dan mengaut keuntungan daripadanya.



“Kau nak cover ke apa ke, terpulang. Yang itu saya hargai. Ini suka-suka hati compile (gabungkan) semua lagu-lagu, lepas tu siap jual dalam bentuk cakera padat (CD) tanpa minta izin, bagus ke semua tu?

“Bukan setakat CD je, ada juga yang compile berpuluh-puluh lagu dan muat naik dalam YouTube. Gunakan lagu sambil promosi produk pun ada.

“Minta izin langung tiada, kredit apatah lagi. Dia ingat kita ni senang ke nak rakamkan semua karya tu,” katanya.



Terdahulu, bapa kepada aktres versatil, Nabila Huda itu memuat naik sebuah hantaran berserta firman sebuah surah dalam Facebook miliknya menyuarakan ketidakpuasan hati apabila karyanya kerap dicuri.

“Sesungguhnya wa (saya) tidak reda sesiapa yang mencuri hasil seni suara wa atau hasil kerja wa dengan tanpa meminta izin, makanya tidak akan halal dunia akhirat.




“Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan peminatnya turut bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Amy dan menyifatkan perbuatan mencuri karya seni orang lain seakan-akan sudah sebati dalam diri. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 25-8-2021 03:58 PM
yelah faham kenapa tok mycari marah

Quote Zeatyisaac 25-8-2021 04:40 PM
Semoga Nabila Huda redha.....
Quote RatuDunia94 25-8-2021 11:17 PM
Ada lg eh org jual cd?? Last iols jumpa org jual cd cetak rompak 10 tahun lepas. Tu pun payah nk jumpa.
Quote spicygirl3 26-8-2021 01:52 PM
Plagerism ni. Budaya yang tak elok dan patut dihapuskan

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.035033 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top