CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Naim Daniel Gelar Anti Vaksin Jenis Orang Tak Tahu Malu!

24-8-2021 11:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3483| Komen: 16

Ketika negara semakin hampir menuju ke arah imuniti kelompok dalam menangani pandemik Covid-19, masih terdapat segelintir masyarakat yang menolak suntikan vaksin.

Namun bagi penyanyi Naim Daniel, sesuatu yang pelik apabila golongan yang digelar anti vaksin ini mahu menikmati layanan sama rata dengan penerima vaksinasi lengkap.

Kata Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, golongan anti vaksin seharusnya sedar bahawa pengambilan pelali itu merupakan salah satu cara untuk menjaga nyawa sendiri selain orang sekeliling.


 Foto: IG

"Memang ia satu pilihan dan hak masing-masing. Tapi untuk menjaga nyawa, ia menjadi perkara wajib. Lagi pun kita dah disajikan dengan pelbagai input mengenai vaksin.


"Ia juga salah satu langkah untuk kita sama-sama membanteras Covid-19. Jadi janganlah pentingkan diri. Apa yang kita lakukan untuk menjaga nyawa.

"Yang ambil kesempatan ini, satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Bagi saya ia menyedihkan... mereka cuba pertahankan perjuangan menolak vaksin.

"Tapi mereka cuba untuk menjalani kehidupan secara normal. Pilihan itu akan memberi kesan kepada diri dan orang sekeliling," katanya kepada mStar.



Penyanyi lagu Sembah ini berkongsi pendapatnya itu ketika sesi Chillax untuk program amal COVAiD #BaikSemula secara maya pada Isnin.

Naim sebelum ini memuat naik status di Twitter dengan menyifatkan golongan anti vaksin sebagai tidak tahu malu kerana ingin kelebihan seperti penerima vaksinasi lengkap.

Dalam pada itu, pelakon drama Pia ini turut memberitahu dia akan menggunakan platform media sosialnya untuk menyebarkan info dan mesej positif.



"Tipulah kalau tak ada sosial media dan handphone untuk berinteraksi dengan orang ramai. Sekarang kita di puncak semua orang boleh dapatkan info.

"Saya selalu ingatkan diri, kita bukan sahaja penghibur dan selebriti tapi kita kena jalankan tanggungjawab kepada peminat serta penyokong.



"Sampaikan mesej yang sepatutnya sebagai tanggungjawab kepada masyarakat. Sebagai orang dikenali, kita kena pastikan kita sebarkan benda baik

"Jadi, saya harap semua rakan selebriti gunakan platform untuk buat benda baik. Tiada bayaran untuk buat sesuatu yang baik," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 24-8-2021 11:09 AM
Memang setiap apa yg heshe tweet nak kena buka benang ke cane??
Quote tumpanglalu74 24-8-2021 11:44 AM
Dia ney macam kene Sumpah je..
Quote manehnya 24-8-2021 11:52 AM
Ahak ahaks.... Nennek rit dengor tu
Quote sr10 24-8-2021 11:55 AM
bagi je lah gelaran professor doktor kat dia ni. profesor pun x gelabah taik macam dia ni.
Quote NEmma 24-8-2021 12:26 PM
Dia ni x reti diam ke? Gigih cari populariti di socmed ye.. Sebelum terkenal dulu behave je ala2 budak baik, nerd, gitu..
Quote Làlisá 24-8-2021 12:29 PM
Diam lah naim.. semua issue kau nak mencapup..
Quote husna_amal 24-8-2021 12:38 PM
Pada Naim daniel jangan selalu sangat mencapub nanti orang mula korek keburukan kita.
Quote white_musk 24-8-2021 12:38 PM
esok2 juga orang yang sama akam bercakap mengenai cyber bully
Quote primarikey 24-8-2021 02:09 PM
Aku tgk dia ni skrg makin kuat mencapup
Dulu mcm minat jgk
Skrg dh x minat...sbb nmpk dh x classy
Perangai mcm pondan lorong
Quote Burong_Hantuk 24-8-2021 02:13 PM
Diam la......
Quote annadonna 24-8-2021 02:20 PM
Aku rasa kalau dia konsisten bercakap mengenai isu semasa kita tak patut suruh dia diam. Kena groom and nurture anak muda mcm ni. Dorang ada fikiran sendiri dan bukan pak turut. Pemuda mcm ni akan build up jiwa seniman. Bukan ke kita nak org mcm ni dlm industri seperti M. Nasir etc? Waktu muda ni kita dah boleh nampak path dan perjuangan mereka. M. Nasir pun dah tak vocal dah skrg so biarlah org muda take over. Tapi kena konsisten lah. Jgn hangat hangat taik babi dan atas kepentingan sendiri aje.
Quote slyfynx 24-8-2021 08:36 PM
Korang mmg stalk ig die ni hari2 ke
Pastu nmpk post baru berebut2 sape dapat penuhkan kuota thread forum cari
Quote nakkomenjugak 24-8-2021 09:03 PM
eh diam laaa topi 2.0
Quote RatuDunia94 25-8-2021 01:37 PM
annadonna replied at 24-8-2021 02:20 PM
Aku rasa kalau dia konsisten bercakap mengenai isu semasa kita tak patut suruh dia diam. Kena groom  ...

X nak.. kita nk artis yg mcm siti nurhaliza. Menyembah bumi. Jalan menunduk. Mengunci mulut dr isu semasa. Sbb mass market malaysia ni org2 kampung & warga felda.
Quote bankerpencen 25-8-2021 02:32 PM
Halah korang pun. Dekat twitter ke ig ke memang la dok tweet atau post apa yang kita rasa ke apa. Cumanya mamat ni retis... haruslah orang tengok or kisah apa dia cakap sampai ler terbuka thread ni.

Bersuara pun tak boleh, patutlah malaysia selamanya ditakluk politikus korup. Memang dibesarkan untuk menikus dan takde pendapat apa2 ke kita semua ni?
Quote rainbowrainz 25-8-2021 02:36 PM
Kau dah kenapa dik lepas vaksin ni kau makin giler

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.115685 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top