View: 2548|Reply: 16
|
Naim Daniel Gelar Anti Vaksin Jenis Orang Tak Tahu Malu!
[Copy link]
|
|
Ketika negara semakin hampir menuju ke arah imuniti kelompok dalam menangani pandemik Covid-19, masih terdapat segelintir masyarakat yang menolak suntikan vaksin.
Namun bagi penyanyi Naim Daniel, sesuatu yang pelik apabila golongan yang digelar anti vaksin ini mahu menikmati layanan sama rata dengan penerima vaksinasi lengkap.
Kata Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, golongan anti vaksin seharusnya sedar bahawa pengambilan pelali itu merupakan salah satu cara untuk menjaga nyawa sendiri selain orang sekeliling.
Foto: IG
"Memang ia satu pilihan dan hak masing-masing. Tapi untuk menjaga nyawa, ia menjadi perkara wajib. Lagi pun kita dah disajikan dengan pelbagai input mengenai vaksin.
"Ia juga salah satu langkah untuk kita sama-sama membanteras Covid-19. Jadi janganlah pentingkan diri. Apa yang kita lakukan untuk menjaga nyawa.
"Yang ambil kesempatan ini, satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Bagi saya ia menyedihkan... mereka cuba pertahankan perjuangan menolak vaksin.
"Tapi mereka cuba untuk menjalani kehidupan secara normal. Pilihan itu akan memberi kesan kepada diri dan orang sekeliling," katanya kepada mStar.
Penyanyi lagu Sembah ini berkongsi pendapatnya itu ketika sesi Chillax untuk program amal COVAiD #BaikSemula secara maya pada Isnin.
Naim sebelum ini memuat naik status di Twitter dengan menyifatkan golongan anti vaksin sebagai tidak tahu malu kerana ingin kelebihan seperti penerima vaksinasi lengkap.
Dalam pada itu, pelakon drama Pia ini turut memberitahu dia akan menggunakan platform media sosialnya untuk menyebarkan info dan mesej positif.
"Tipulah kalau tak ada sosial media dan handphone untuk berinteraksi dengan orang ramai. Sekarang kita di puncak semua orang boleh dapatkan info.
"Saya selalu ingatkan diri, kita bukan sahaja penghibur dan selebriti tapi kita kena jalankan tanggungjawab kepada peminat serta penyokong.
"Sampaikan mesej yang sepatutnya sebagai tanggungjawab kepada masyarakat. Sebagai orang dikenali, kita kena pastikan kita sebarkan benda baik
"Jadi, saya harap semua rakan selebriti gunakan platform untuk buat benda baik. Tiada bayaran untuk buat sesuatu yang baik," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang setiap apa yg heshe tweet nak kena buka benang ke cane?? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ney macam kene Sumpah je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ahak ahaks.... Nennek rit dengor tu |
|
|
|
|
|
|
|
bagi je lah gelaran professor doktor kat dia ni. profesor pun x gelabah taik macam dia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni x reti diam ke? Gigih cari populariti di socmed ye.. Sebelum terkenal dulu behave je ala2 budak baik, nerd, gitu.. |
|
|
|
|
|
|
Làlisá This user has been deleted
|
Diam lah naim.. semua issue kau nak mencapup.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pada Naim daniel jangan selalu sangat mencapub nanti orang mula korek keburukan kita. |
|
|
|
|
|
|
|
esok2 juga orang yang sama akam bercakap mengenai cyber bully
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku tgk dia ni skrg makin kuat mencapup
Dulu mcm minat jgk
Skrg dh x minat...sbb nmpk dh x classy
Perangai mcm pondan lorong |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa kalau dia konsisten bercakap mengenai isu semasa kita tak patut suruh dia diam. Kena groom and nurture anak muda mcm ni. Dorang ada fikiran sendiri dan bukan pak turut. Pemuda mcm ni akan build up jiwa seniman. Bukan ke kita nak org mcm ni dlm industri seperti M. Nasir etc? Waktu muda ni kita dah boleh nampak path dan perjuangan mereka. M. Nasir pun dah tak vocal dah skrg so biarlah org muda take over. Tapi kena konsisten lah. Jgn hangat hangat taik babi dan atas kepentingan sendiri aje. |
|
|
|
|
|
|
|
Korang mmg stalk ig die ni hari2 ke
Pastu nmpk post baru berebut2 sape dapat penuhkan kuota thread forum cari |
|
|
|
|
|
|
|
annadonna replied at 24-8-2021 02:20 PM
Aku rasa kalau dia konsisten bercakap mengenai isu semasa kita tak patut suruh dia diam. Kena groom ...
X nak.. kita nk artis yg mcm siti nurhaliza. Menyembah bumi. Jalan menunduk. Mengunci mulut dr isu semasa. Sbb mass market malaysia ni org2 kampung & warga felda. |
|
|
|
|
|
|
|
Halah korang pun. Dekat twitter ke ig ke memang la dok tweet atau post apa yang kita rasa ke apa. Cumanya mamat ni retis... haruslah orang tengok or kisah apa dia cakap sampai ler terbuka thread ni.
Bersuara pun tak boleh, patutlah malaysia selamanya ditakluk politikus korup. Memang dibesarkan untuk menikus dan takde pendapat apa2 ke kita semua ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Kau dah kenapa dik lepas vaksin ni kau makin giler |
|
|
|
|
|
|
| |
|