CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Jason Statham Masih Jadi Pilihan

26-11-2013 11:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5906| Komen: 24




TIDAK dinafikan filem The Transporter yang pertama kali menemui audiens pada 2002 berjaya mencuri perhatian penonton dan peminat filem dengan kehebatan dan jalan ceritanya yang penuh aksi.

Meskipun tidak sehebat filem-filem aksi yang lain, namun, The Transporter juga mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Dua filem The Transporter itu juga telah berjaya menaikkan nama pelakon utamanya, Jason Statham yang memegang watak sebagai Frank Martin ke puncak populariti sehingga ada yang menamakannya sebagai pelakon aksi alaf baru.

Bukan sekadar lakonannya yang mencuri perhatian tetapi dek kerana karisma dan personalitinya itu menjadikan Statham sebagai salah seorang pelakon yang sering mendapat perhatian pengarah dan penerbit untuk terus membintangi filem-filem aksi.

Jodoh Statham bersama filem itu terus terjalin apabila dia juga membawakan watak yang sama menerusi filem sekuel ketiga yang ditayangkan pada 2008.

Selain Statham, Robert Knepper dan Francois Berleand turut membintangi filem yang diarahkan oleh Olivier Megaton itu.

Sebelum filem The Transporter ‘meletup’ di pawagam, Statham sudah pun berlakon dalam beberapa filem lain seperti Lock, Stock and Two Smoking Barrels (1998), Snatch (2000), Turn It Up (2000), Ghosts of Mars (2001), The One (2001) dan Mean Machine (2001).

Selain itu, pelakon filem aksi ini juga adalah bintang bagi filem terkenal Hollywood seperti The Italian Job (2003), The Pink Panther (2006), Death Race (2008) , siri filem The Expendables (2010), Killer Elite (2011), The Mechanic (2011), Safe (2012), Parker (2013) dan Hummingbird (2013).

Dilamar Guy Ritchie

Statham mula menjadi pelakon setelah dilamar pengarah tersohor dan juga bekas suami Madonna, Guy Ritchie untuk membintangi filem Lock, Stock and Two Smoking Barrels.

Menurut Ritchie, dia terpikat dengan Statham kerana lelaki itu mempunyai ciri-ciri pelakon yang berkualiti dan dia yakin Statham mampu pergi jauh dalam bidang tersebut.

“Saya membuat pilihan tepat kerana peranan yang dibawanya membuatkan filem itu menjadi tumpuan, sekali gus popularitinya turut melonjak naik,” katanya.

Dalam filem berkenaan, Statham memegang watak sebagai Bacon dan berlakon di samping Nick Moran, Jason Flemyng, Dexter Fletcher, Vinnie Jones, Sting, P.H. Moriarty dan Vas Blackwood.

Filem itu menjadi filem pertama lakonannya yang ditayangkan pada 1998.

Lock, Stock and Two Smoking Barrels ialah sebuah filem yang serius tetapi penuh kejenakaan atau boleh juga dikatakan ‘komedi dalam keseriusan’.

Sebelum itu, Statham ialah model barangan sukan di negara kelahirannya, England.

Penghormatan dari Sylvester Stallone

Baru sahaja muncul menerusi filem Hummingbird bergandingan dengan Lee Asquith-Coe dan Benedict Wong, Statham kembali dengan buah tangan terbarunya yang berjudul Homefront.

Bakal ditayangkan bermula 28 November ini di pawagam-pawagam seluruh Malaysia, filem tersebut memerlukan Statham menjadi Phil Broker iaitu seorang lelaki berkeluarga yang berhijrah ke sebuah kawasan pedalaman bersama anak perempuannya demi melupakan kisah lampau yang menghantuinya.

Malangnya, ketenteraman yang dinikmati hanya sementara apabila mendapat tahu pekan yang didiaminya itu dalam diam-diam berubah menjadi sarang dadah dan keganasan.

Filem ini adalah adaptasi dari novel tulisan Chuck Logan, ditulis oleh pelakon aksi, Sylvester Stallone, dan diarahkan oleh Gary Fleder. Filem ini turut dibintangi Kate Bosworth, Winona Ryder, Frank Grillo dan Izabela Vidovic.

Menurut Statham, dia beruntung kerana ditawarkan untuk membawa watak utama oleh Stallone dan menganggapnya sebagai satu penghormatan yang cukup besar bagi dirinya.

“Dia menulis Homefront untuk dirinya sendiri. Itulah pujian terhebat pernah saya peroleh seumur hidup saya… seorang pembikin filem dan penulis lakon layar kelas A baru sahaja menyerahkan projek peribadinya kepada saya.

“Ia satu detik yang cukup bermakna dalam kerjaya saya, diberi skrip oleh Stallone, seorang penulis yang pernah meraih Anugerah Academy,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 26-11-2013 01:50 AM
aku ske dia. tp kdg2 dia x pandai pilih cter. so sgt boring
Quote amyainsamad 26-11-2013 08:53 AM
love him.......
Quote Revolver 26-11-2013 10:44 AM
abam statham ni kalau becakap macam susah betul nk bukak mulut tu..
Quote siti_kus 26-11-2013 02:56 PM
oh.. ni la crush aku
Quote jarikuku 26-11-2013 03:47 PM
Jason Statham ni kalau berlakon mesti nmpk macho je..
ngan badan dia, mimik muka ala2 arrogant tu mmg sesuai
Quote kambinggila 26-11-2013 05:45 PM
biografi mamat ni amat menarik
Quote cmf_ai06 26-11-2013 08:49 PM
abam ni poooooojaaan hatikuuuuuu!
Quote berusjamban 27-11-2013 09:59 AM
minat dia tp malas nak tgk cite snatch by guy ritchie tu...mcm poyo
Quote DeHanna 27-11-2013 11:47 AM
Oh x sabar nk tgk cerita terbaru die nie...
Quote dani-rox 28-11-2013 02:01 AM
ohh... my guilty pleasure
Quote Rauhi 29-11-2013 08:46 AM
Tak sabar nak tgk dia jadik geng jahat dlm Fast & Furious 6 akan datang,,.....
Quote alieyrina 2-12-2013 07:29 AM
Susah betui nk nampak dia senyum or gelak..mahai betui
Quote cikanggun 2-12-2013 09:17 AM
owhh abam Frank Martin
ailebiuuuuu
Quote user2012 2-12-2013 05:23 PM
jarikuku posted on 26-11-2013 03:47 PM
Jason Statham ni kalau berlakon mesti nmpk macho je..
ngan badan dia, mimik muka ala2 arrogant tu m ...

Tetiba feeling nk adaptasikan drama Love You Mr.Arrogant ke Hollywood.
Quote chaintea 2-12-2013 05:42 PM
oh abe jason...macho abis

suka sgt ms dlm filem The Expendables tu dia belasah boypren baru ex gf dia..coz mamat tu tumbuk muka ex gf dia..
pehtu masa nk propose kapel balik dia ckp pd dak pompuan tu " i'm not perfect,but you should have waited, i was worth it,"

pergh..macho Last edited by chaintea on 2-12-2013 05:54 PM

Quote ahmad_dhani91 4-12-2013 03:23 AM
iols suka dia. iols ingat lagi first movie heols iols tengok transporter. time tu iols tengok heols, wahhh machonya dengan badan macam tew khann sape x cair
Quote cLiNiQue^HaPPy 4-12-2013 10:57 AM
suka dia after paul walker...
hmmm
x nak suka sgt kang mati pulak kang..
Quote mrsbob 4-12-2013 07:41 PM
Saya suka...!!!!!!


dia macho...berlakon pon not bad tp action movie ja lah sesuai. Tp wife dia stok pelakon kayu kayan cendana jati jelutong......!!!!! Last edited by mrsbob on 4-12-2013 07:44 PM

Quote ais_kosong 5-12-2013 09:43 AM
handsome rob dalam italian job

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.045453 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top