CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Maut Terbabas Bergesel Motosikal Rakan

21-8-2021 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1655| Komen: 4

Description: Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan motosikal rakannya di Kilometer 26.5 Lebuhraya Linkedua, Gelang Patah di sini pada malam Jumaat.
Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan motosikal rakannya di Kilometer 26.5 Lebuhraya Linkedua, Gelang Patah di sini pada malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan melibatkan tiga motosikal pada 11.40 malam.



Gambar hiasan

"Hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika remaja lelaki berumur 18 hingga 25 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dari arah Senai menghala ke Gelang Patah.

"Setibanya di lokasi kejadian, mangsa bersama dua lagi rakannya bergesel sesama sendiri lalu hilang kawalan dan terbabas," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Katanya, mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk dibedah siasat.


"Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 21-8-2021 11:11 PM
Innalillhiwarohjioun.

Al Fatihah.

Quote chiquititamichi 21-8-2021 11:34 PM
minta mahaplah iols ni sedikit prasangka pada 'rmaja' eksiden antara kul 11- smpai ke subuh...dah tu sesame sndiri...x leh nak husnuzon dah..kalau ade yg bebetul ..ools sedekahkan al fatihah
Quote spicygirl3 22-8-2021 03:18 AM
Innalilahi wainna ilaihi rajiuun
Quote Babai 22-8-2021 03:32 AM
chiquititamichi replied at 21-8-2021 11:34 PM
minta mahaplah iols ni sedikit prasangka pada 'rmaja' eksiden antara kul 11- smpai ke subuh...dah tu ...

Aku pun sama.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.044273 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top