CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Turki Bukan Unit Simpanan Pendatang Eropah' - Erdogan

21-8-2021 02:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2021| Komen: 6

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menggesa negara-negara Eropah bertanggungjawab membantu pendatang dari Afghanistan.  

Menurut Reuters, Recep Tayyip menegaskan Turki tidak berhasrat untuk menjadi unit simpanan bagi pendatang Eropah di tengah-tengah pergolakan di Afghanistan selepas kumpulan Taliban mengambil alih negara itu.


Menurut pemimpin itu, Eropah perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap warga Afghanistan yang melarikan diri dari negara tersebut.


Kredit foto: Bloomberg

Katanya, Ankara juga telah mengambil langkah keselamatan di sepanjang sempadan dengan Iran, yang merupakan laluan utama bagi pendatang warga Afghanistan ke Turki.

Jelas beliau, Turki boleh mengadakan perbincangan dengan kerajaan baharu yang akan dibentuk oleh Taliban untuk berunding mengenai agenda bersama kedua-dua negara tersebut. 

Sejak Taliban menawan Kabul pada minggu lalu, kekacauan tercetus ketika ribuan warga Afghanistan mahu melarikan diri kerana bimbang dengan perundangan ketat Taliban.

Dilaporkan, ribuan penduduk Afghanistan juga merentas ke Turki sejak beberapa minggu kebelakangan ini ketika Taliban dalam perjalanan ke Kabul. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote angelofish 21-8-2021 03:07 PM
takut pelarian tu pejuang taliban...
Quote kelapaparut 21-8-2021 03:30 PM
kalu turki uthmaniah pun xnak silelah hantar ke malaysia, lobai sini ramai suke taliban dgn kaum pendatang muslim2 ni
Quote SayaSayangMama 21-8-2021 06:12 PM
Pakistan xnk  turki xnk. Nmpk nya negara islam xnk ye amik afganistan ni. Usa je la amik since us pun bukan original sgt pun. Korg pun amik tanah red indian
Quote annehuda 21-8-2021 06:18 PM
btul la tu sbb majoriti yg lari tu aku baca dulu penyokong USA. tu yg diorg habeh lari tu.  skrang ni ummah melayu kt malaysia gigih viralkan janji2 taliban nak berubah taknak ekstrem macam dulu, tp dari mana sumber diorg dpt manifesto tu takde pulak
Quote jiji85 22-8-2021 07:36 AM
since ramai yg cakap yg lari tu pro usa pergila lari ke usa france n britain.
Quote harizs 22-8-2021 08:22 AM
klu kanak2 n gadis2 yg rupa paras comel & helok mcm Palestine maka ramai melayu Msia sanggup terima. berebut nak buat anak angkat, adik angkat. tapi klu yg rupa paras tak elok dah tentu ummah melayu Msia menolaknya. org Indonesia pun sama bab ni.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.237959 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top