CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Daiyan Trisha Akui Sudah "Penat", Turut Jawab Spekulasi Hubungannya Dengan Aedy Ashraf

21-8-2021 01:41 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 8812| Komen: 45




Pelakon, pengacara dan penyanyi cantik jelita, Daiyan Trisha, 27, mendedahkan dirinya kini sedang "penat" dengan keadaan semasa sekarang ini.

Daiyan mengakui banyak cabaran yang dihadapi sebagai anak seni dalam situasi pandemik yang melanda dunia selama hampir 2 tahun dan belum menunjukkan sebarang petanda bahawa wabak pembunuh ini akan berakhir, lapor xtra.

"Kalau dulu Daiyan boleh travel dan sebagainya tapi sekarang kita dah tak boleh ke mana-mana jadi Daiyan cuba atasi masalah burnt out dengan cara bercakap dengan kawan-kawan.

"I am a people person. Daiyan akan lebih gembira dan positif bila sentiasa bercakap dengan orang-orang sekeliling atau berjumpa orang orang baru," komennya.


Daiyan ditemui di sidang media pelancaran single terbarunya berjudul Penat secara virtual sebentar tadi.


Ditanya mengenai single terbarunya, Daiyan mendedahkan inspirasi tersebut menggambarkan dirinya yang sudah penat dengan situasi semasa.

"Bukan Daiyan seorang, di media sosial pun kalau kita tengok semua orang dah penat dengan situasi semasa," jelasnya.

Dalam pada itu, Daiyan turut menjawab spekulasi hubungannya bersama pelakon, Aedy Ashraf yang dikhabarkan sedang bercinta.

"We are just good friends. Saya masih belum bersedia menjalinkan mana-mana hubungan cinta baharu," balasnya.

Nampaknya sudah terjawab mengenai hubungan Daiyan dan Aedy Ashraf, rupanya mereka hanya berkawan baik saja.


Tapi berbicara soal situasi semasa, adakah anda pun turut merasa "penat" seperti apa yang dirasai oleh Daiyan? 

Seandainya kes harian Covid-19 sudah mula terkawal dan dibenarkan rentas negeri atau negara, apakah perkara yang ingin anda ingin lakukan untuk menghilangkan penat akibat "berkurung" selama berbulan-bulan? - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aduh2sayang 21-8-2021 02:09 AM

la jadi penyanyi pulak ke
Quote sikatkutu 21-8-2021 02:35 AM
semua orang pun penat lah.. aku kalau dapat rentas negeri memang nak balik jumpa orang tua dulu kat kampung..setahun lebih tak balik uwaaaaaa


lepas tu haruslah melancong...
Quote sikatkutu 21-8-2021 02:36 AM
semua orang pun penat lah.. aku kalau dapat rentas negeri memang nak balik jumpa orang tua dulu kat kampung..setahun lebih tak balik uwaaaaaa


lepas tu haruslah melancong...
Quote Kurex 21-8-2021 03:15 AM
Umur 24, tapi muka macam pompuan pertengahan 30an
Quote jejai 21-8-2021 03:25 AM
aduh2sayang: la jadi penyanyi pulak ke


Dia dah lama nyanyi. Suka lagu lelaki teragong dan dipintu syurga tu
Quote CurangLagi 21-8-2021 03:26 AM
aduh2sayang: la jadi penyanyi pulak ke

Bukan mmg penyanyi??{:run{:run{:run{:run{:run
Quote kiah_mai_pulak 21-8-2021 06:24 AM
hidung dia ni lagi menyerlah dari bakat dia yg konon2 berlakon dan menyanyi tu
Quote izat123 21-8-2021 07:30 AM
Jadah 24. Dia ni tahun 93 dah 28 dah pun tiber 24 pulak muka pun dah tua tu.
Quote nakkomenjugak 21-8-2021 07:49 AM
hokehhhhh kami pun penat
Quote aechae 21-8-2021 08:25 AM
Tiap minggu ada psl dia, tp still xtau apa yg menarik...ckp jelah jual rupa je,
Quote chilly 21-8-2021 08:33 AM
Sebelum dia berchenta dengan siapa jer?
Quote markonahlah 21-8-2021 09:54 AM
Dia nak masuk 28 tahun bukan 24...
Quote eely_shana 21-8-2021 10:45 AM
Cantik je dayan ni
Quote auntyonion 21-8-2021 11:37 AM
Muka dia lawa, lawa yg biasa2 je..nothing wow..onty pnprnat dgn sume ni..bilakah akan berakhirrrrr
Quote faint_heart 21-8-2021 01:04 PM
kiah_mai_pulak replied at 21-8-2021 06:24 AM
hidung dia ni lagi menyerlah dari bakat dia yg konon2 berlakon dan menyanyi tu

Cantik sgt hidung she olls!!!
Quote love_warrior 21-8-2021 01:18 PM
Sendiri create cheap marketing, sendiri penat...hajjjajja
Quote giyomi 21-8-2021 02:22 PM
Kurex replied at 21-8-2021 03:15 AM
Umur 24, tapi muka macam pompuan pertengahan 30an

cantik jelita ker
Quote honeybee1802 21-8-2021 02:33 PM
If you keep on chanting penat..maka penat la jadinya...
Quote twins 21-8-2021 02:37 PM
Kurex replied at 21-8-2021 03:15 AM
Umur 24, tapi muka macam pompuan pertengahan 30an

aku pun terkejut macamana umur dia boleh mengecut..
masa dia tengah popular citer Project SPM itu aku ada baca
umur dia 28... sebaya ngan Eady.... ni dah kecut pulak umur dia....
hmmmm.... macam2 adaaaaa.....

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.119497 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top