CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami Orang Kerap Puji Pandai Mengaji, Pakai Tudung -Isterinya Minta Maaf Sebab Cemburu Dengan Mawar Rashid

19-8-2021 10:30 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 6988| Komen: 42|Original author: Oleh: Saiful

Tiba-tiba sahaja Mawar Rashid dapat mesej dariapda seorang wanita tak dikenali.

Wanita itu katanya dia pernah cemburu dengan Mawar sebab suaminya kerap sangat memuji pelakon tersebut.



Foto: IG

"Saya nak mohon maaf atas kelakuan saya pada Mawar. Saya pernah kata bukan-bukan pada Mawar sebab suami saya suka puji awak. Jadi saya cemburu. Saya pun cakap bukan-bukan tentang Mawar.

"Maafkan kelakuan saya Mawar sebab pernah buat dosa pada awak. Saat itu saya sangat bodoh sampai sanggup kata bukan-bukan pada Mawar. Saya hanya mampu doa segala urusan Mawar dipermudahkan dunia dan akhirat. Saya bodoh, saya lupa Allah,"tulis wanita itu.



Tambahnya dia cemburu dengan isteri Raf Yaakob itu kerana sudah berhijab dan pandai mengaji.

"Mawar dah berhijab dan pandai mengaji. Sedangkan saya tak berhijab lagi dan mengaji pun tak pandai. Solat jauh sekali.

"Saya malu pada Allah tapi kenapa saya berat nak lakukan perkara yang disuruh. Semoga di syurga tertulis nama Mawar dan suami serta keluarga. Maafkan saya Mawar."



Membalas mesej tersebut, Mawar kata dia sedia memaafkan wanita berkenaan.

"Hai sayang. Tak apa, Mawar maafkan. Tak kenal maka tak cinta kan. Bagus, niat dah ada. Teruskan saja, manalah tahu awak lebih bagus daripada saya kan. Insya-Allah semoga kita kekal istiqamah, amin," jawabnya.

Mawar kata ini bukan pertama kali, malah selalu je dia dapat mesej sebegini.



"Bagi saya, sedar salah silap kita adalah satu perkara yang sangat berharga. Saya maafkan semua yang pernah buat silap dengan saya okey. Semua manusia tak sempurna.

"Saya faham kalian dan tahu semua orang baik-baik. Tapi iyalah, kita semua kan tak sempurna. Paling penting, kita semua sentiasa nak jadi orang baik-baik. Insya-Allah, kita banyak doa untuk satu sama lain juga okey." 



Wah gitu, ada lagi tak yang cemburu dengan sekuntum Mawar? Cepat-cepat minta maaf! -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 19-8-2021 10:42 AM
Aduiiiiiiiiiiiiiii.
Perlu ke buat thread mende ni?
Mmg dah boleh jatuh riak.
ANd hati hitam aku galak memikirkan yang ini annother publicity stunt.
Sudah2 la menunggang agama
Quote nakkomenjugak 19-8-2021 10:48 AM
erkkk dek non. boleh je reply diam2 dm tanpa gitau orang
dan apa laki orang tu buat dok up2 minik orang
haiyoooo
Quote ariellin 19-8-2021 11:01 AM
Annoying much la dia ni
Quote bottombikini 19-8-2021 11:02 AM
tak habis habis nak menayang dan mengharap puji-pujian manusia
Quote Kiyah 19-8-2021 11:13 AM
Berita sampah apa ni seypul oii..dik rose ni dah layak masuk pusat pelupusan..berita sampah mcm ni x mendatangkan faedah..lantak la dia nak post syok sendiri kat ig dia x payah nak diulang siar n tak hingin nak tau..harap seypul ingat pesan ni..tqia
Quote Megikari 19-8-2021 11:19 AM
Jadahnya gi puji2 bini orang depan bini sendiri. Kalau ye pun nak puji utk dijadikan contoh, puji mak ko sendiri dah la. Kalau aku jadi bini dia, aku balas balik puji2 laki orang lain pulak. Cer tengok dia sentap ke tak.
Quote bakingsoda 19-8-2021 11:22 AM
mawar hasanah?
Quote Duriand24 19-8-2021 11:26 AM
Halah halah halah yg ini punnn..tey hard sgt nak nampak terpaling walaupun non hado.
Quote azwanaliori 19-8-2021 11:28 AM
RENGSAAAA LA BODOOOOO
Quote JalaEmas 19-8-2021 11:30 AM
tak perlu pon nk puji2 pmpuan lain depan bini.. tak kisahlh puji untuk contoh ponnn.. phuik..
    & mwar pon....... perlu ke ss dm tu post.
Quote Thunderclouds 19-8-2021 11:37 AM
Berbau hasanah
Quote BarbiePink 19-8-2021 11:43 AM
Over nya chouls jah
Rose oiii hari esok masih ader ler
Simpan2 sikit pujian tuh
Quote slipar_jepon 19-8-2021 11:52 AM
ah  dasar retis..tetap batak nk perhatian. kalau betul pun x perlu la SS bgtau satu donia.
Quote SedihPedih 19-8-2021 12:05 PM
teeettt........next
Quote talapia 19-8-2021 12:30 PM
rileks la korang... jom kita cuci hati.. amik yg positif.. aku baca posting ni pun rasa... Allah.. aku ni yang dah berpuluh tahun pakai tudung.. solat tonggang tongget tiap hari.. tapi jaaaaarang sangat mengaji.

so aku bila baca ni rasa tersentuh.. kotla terbukak hati nak rajin2 ngaji lepas solat.. bukan takat baca doa aje kan.. asbab posting ni ke kita jadi lebih baik dari semalam.. dapat gak dorang pahala..
Quote RatuDunia94 19-8-2021 12:33 PM
Ayooooooo... dik yg ko nampak wangi2 kat sosmed tu 10% je dr life dorang dik.. yg busuknya 90%ko tak nampak dik..
Quote becir 19-8-2021 12:35 PM
Message diri sendiri...
Quote annadonna 19-8-2021 12:37 PM
Kesianlah kat akak yg dm mawar ni. Mesti malam malam main laki dia imagine mawar jugak. Rugi hidup.
Quote bankerpencen 19-8-2021 02:45 PM
Errr perlu ke hanat

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.095501 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top