CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Warganet Gempar, Kembar Aishwarya Rai Ditemukan

19-8-2021 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3199| Komen: 13

Tular di dunia maya apabila warganet menemui seorang wanita yang dikatakan memiliki rupa paras saling tak tumpah seperti aktres terkenal Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan.

Wanita dengan nama Aashita Rathore itu ditemui warganet menerusi platform Instagram dan dikatakan menggalas kerjaya sebagai seorang pempengaruh media sosial.

Aashita juga dikatakan gemar meniru aksi dan gerak bibir lip-sync lagu runut bunyi filem-filem popular Bollywood selain meniru dialog filem.


Foto: IG

Malah, selepas kewujudannya dikesan ramai, jumlah pengikutnya dalam Instagram juga semakin hari semakin bertambah dan setakat artikel ini dikeluarkan, pengikutnya kini mencecah angka 35,400.


Mencipta populariti dalam tempoh yang singkat, Aashita juga menjadi pilihan ramai media di India untuk menjadi penghias muka hadapan majalah dan akhbar terkemuka dengan antaranya India Times dan Indian Express.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Aishwarya dikatakan memiliki kembar atau wanita yang mirip dengan wajahnya.

Sebelum ini, aktres Tellywood, bintang drama bersiri Bahu Begum, Samiksha Jaiswal juga pernah terpalit dengan isu yang sama gara-gara memiliki mata yang bulat dan besar seperti pelakon tersebut. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 19-8-2021 10:07 AM
dah gentanyangan jap kat ig sheol
kuat filter betul minah ni
Quote Belibis 19-8-2021 10:29 AM
Banyak tul gempa warganet..kembar jahlop,kembar ss,kembar iswara aeroback...
Quote boyagombak 19-8-2021 10:45 AM
Eleh Aishwarya Rai tu lebih lawalah,sbb countur muka dia lebih seimbang,yg klon tu nmpk mcm runcing sangat
Quote Hatida 19-8-2021 11:18 AM
tang mana samanya?? kuat main filter minah ni..kohkohkoh!
Quote Ciktiekus 19-8-2021 11:23 AM
35k je?? Brader yg miming kat trafik light tu pn 300k follower..
Quote SedihPedih 19-8-2021 12:11 PM
hmmm....hanya sama kaum ja kot
Quote RatuDunia94 19-8-2021 12:37 PM
Boleh lah.. iras2.
Quote ainashiqa 19-8-2021 01:52 PM
Ada la sikit..
Quote Olumis 19-8-2021 04:16 PM
Tak sama pun... tipu dosa...
Quote ahlisihircute 19-8-2021 07:35 PM
X sama pon...
Quote ahlisihircute 19-8-2021 07:36 PM
Tak sama pon...
Quote fatinandreanna 19-8-2021 11:57 PM
Ciktiekus replied at 19-8-2021 11:23 AM
35k je?? Brader yg miming kat trafik light tu pn 300k follower..

Itulah. 35k followers compared population India, Kira sikit sgtla followers dia.
Quote sarah_ary2 20-8-2021 09:41 AM
Yg sama sneha ullal yg tue seriously sama

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.038055 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top