CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Lelaki Tersangkut Di Pokok Pisang Depan Rumah

19-8-2021 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4070| Komen: 28

Yan: "Selepas air banjir surut, saya ternampak mayat seorang lelaki tersangkut pada pokok pisang hadapan rumah dan segera menghubungi polis," kata Mohd Nasir Shuib, 41.

Dia yang tinggal di Kampung Setoi, di sini berkata, menemui mayat lelaki itu dalam keadaan tidak sempurna berkemungkinan akibat dihempap balak, kira-kira jam 5.30 petang.

Katanya, polis tiba sebaik dihubungi dan segera membawa mayat berkenaan ke hospital untuk tindakan lanjut.


Foto: Harian Metro

Mengenai banjir kilat, ceritanya, ia berlaku secara tiba-tiba dan mula disedari pada 4 petang apabila melihat air sungai melimpah.

"Saya pelik tengok paras air sungai naik disusuli bunyi arus yang kuat dan tidak lama kemudian air naik mendadak dan mengalir laju bersama kayu balak di depan rumah saya.


"Suasana bertukar kelam-kabut dengan jeritan penduduk kampung yang tinggal berhampiran sungai meminta tolong," katanya.

Mohd Nasir berkata, dia bersyukur sempat menyelamatkan semua lima anaknya dan membawa mereka keluar sebelum keadaan lebih buruk.

"Air bercampur pasir masuk ke dalam rumah dan ini kali pertama kejadian seumpama ini berlaku di kampung ini," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote midori_katana 19-8-2021 08:51 AM
takziah! takut ramai lagi terkorban pasai dasyat juga kejadian banjir kilat tu...
Quote jiwasemangat 19-8-2021 09:35 AM
..kalau aku.. tak pergi dah kat pokok pisang tuu..traumaa
Quote Thunderclouds 19-8-2021 11:26 AM
Astaghfirullah.. takutnya
Quote TeropongThaico 19-8-2021 11:43 AM
Astaghfirullahalazim..  Maunya trauma tgk pokok pisang tu. Elok dicantas je. Daun, buah & umbutnya ambil.

Harap anak2 tak tengok mayat lelaki tu. Klo tak sian deols.

Salam takziah buat penduduk yg dilanda banjir
Quote Reira77 19-8-2021 12:13 PM
Bahana pi potong segala pokok. Kesian rakyat jugak yg jahanam segala harta dan rumah. Tgk colour air dgn balak yg hanyut sekali tu pun dah tahu mmg banjir sbb pembalakan.
Quote gorjeous 19-8-2021 01:23 PM
Takziah utk keluarga..
Quote RatuDunia94 19-8-2021 01:26 PM
Betul ke ada pembalakan kat atas tu?
Quote hydrangea 19-8-2021 01:27 PM
setahu aku Gunung jerai tu hutan simpan.. takde pembalakan..

tapi ada kuari kalau tengok kat google map..
takpasti sykt mana yg dapat konsesi..


aku harap pihak berkuasa buat thorough investigation.. cari sebab kenapa kepala air jadi seteruk ni sampai ke jalan banjir dan masuk ke rumah..

last banjir 10 tahun lepas tak la macam ni
Quote jalfa 19-8-2021 02:04 PM
Teeuk banjirnya tu..kesian kat penduduk kat situ.bertabahlah semua..
Quote kemaruk 19-8-2021 02:09 PM
cantik potongan pokok tu bila tumbang akibat banjir
memang kuat arus banjir tu membelah pokok.. setajam pisau gergaji




Quote miznora 19-8-2021 02:13 PM
Laaa mb mati2 kata takde pembalakan. Betul la bangkem air hujan telah memusnahkan pokok dengan begitu rata sekali
Quote kemaruk 19-8-2021 02:13 PM
https://goo.gl/maps/rFvqpEi632cTe1PJA
tompang tanya.. itu taman tema ke?
Quote any42 19-8-2021 02:22 PM
kesiannya kt pndduk kt sana. taksiah pd yg terkorban
Quote Ayda89 19-8-2021 06:29 PM
Kesiannyaaaaaa. Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote chula 19-8-2021 06:33 PM
kemaruk replied at 19-8-2021 02:09 PM
cantik potongan pokok tu bila tumbang akibat banjir
memang kuat arus banjir tu membelah pokok.. set ...

Elok patahnya pokok ni ye..huhu..bukan balak ni..hahahaha
Quote sukacactus 19-8-2021 06:54 PM
kemaruk replied at 19-8-2021 02:09 PM
cantik potongan pokok tu bila tumbang akibat banjir
memang kuat arus banjir tu membelah pokok.. set ...

Wah! Ini satu keajaiban dunia!
Quote zamzam 19-8-2021 06:56 PM
miznora replied at 19-8-2021 02:13 PM
Laaa mb mati2 kata takde pembalakan. Betul la bangkem air hujan telah memusnahkan pokok dengan begit ...


Kesian pakcik ni.
Quote Anamia 19-8-2021 08:41 PM
Kalau takde pembalakan, air tak sekeruh ittewwww. Kurang2 keruh sikit je. Iols org luar taknak ckp lelebih. Org kampung lebih tahu kekdahnyeeeerrrr
Quote ciksaenara 19-8-2021 10:26 PM
takziah     

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.106968 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top