CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Beli Superbike Untuk Suami, Sis Berniqab Ini Pula 'Lebih-lebih Syok Sendiri'

18-8-2021 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5239| Komen: 22

Kemunculan rider berniqab mencuri perhatian netizen di TikTok.

Menurut Nuralizatul Syahira Ali, 24, dia sama sekali tidak menyangka video dirinya sedang menunggang Kawasaki Z800 tular sehingga meraih hampir sejuta tontonan menerusi platform itu.




Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Syahira mengakui sudah lama minat dengan motosikal berkuasa tinggi, namum impiannya baru direalisasikan pada tahun lalu.

"Saya minat motor sejak bujang lagi. Tapi lepas kahwin, saya dah tak ada masa nak fikir mengenai hobi.

"Pada November tahun lepas, saya belikan motosikal sebagai hadiah ulang tahun kepada suami. Pada awalnya dia fikir saya nak belikan Y15, tapi saya maklumkan bahawa saya nak beli superbike.

"Bila dah beli, suami suruh cuba tapi saya tak berani, saya takut jatuh. Lepas seminggu, saya cuba dan tak sangka boleh tunggang motor tu.

"Niat nak beli untuk dia, tapi kita pula lebih-lebih," ujarnya berseloroh.





Bermula detik itu, Syahira mengakui dia semakin seronok dengan hobi permotoran dan banyak berkongsi video di TikTok.

Menurut ibu dua cahaya mata itu, dia mahu menyampaikan mesej kepada kaum hawa di luar sana agar berani mengejar impian mereka dalam apa jua cara sekali pun.

"Saya belum pernah ride solo jauh-jauh. Cuma kadang-kala saya akan hantar suami ke tempat kerja yang mana perjalanannya sekitar 18 km. Pagi saya hantar, petang saya ambil.

"Pada saya, bertudung atau berniqab tak menghalang kita untuk buat perkara yang kita suka. Selagi boleh tutup aurat, saya rasa tak salah. Paling penting kena dapatkan restu suami.

"Saya rasa satu kepuasan bila naik motor. Alhamdulillah, setakat ini saya belum pernah terlibat dalam sebarang kejadian tak diingini.

"Saya juga memasang impian untuk ride bersama rider kaum hawa yang lain selepas tamat pandemik Covid-19, nak ride ke negeri-negeri lain," ujarnya yang menetap di Kajang, Selangor.


Kredit foto: IG Syahira

Menurut Syahira, selain komen-komen positif dan pertanyaan mengenai motosikal, dia juga tak terlepas menerima kecaman di aplikasi TikTok.

Namun katanya, dia mengambil pendekatan positif dan menerima setiap komen sebagai peringatan kepada dirinya untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.

"Ada satu komen, dia kata berpurdah konon, tapi baju ketat. Sebenarnya baju saya longgar, cuma saya masukkan dalam jaket ketika menunggang. Mungkin angle kamera menyebabkan nampak ia ketat.

"Tapi video itu suami saya yang edit dan bagi pelepasan. InsyaAllah lepas ni saya akan tapis dan elak video yang boleh mendatangkan fitnah.

"Tapi saya anggap dia seorang yang berani untuk tegur. Ia juga membuatkan saya tak 'syok sendiri' dan lebih beringat. Saya pandang positif sebagai peringatan untuk diri," ujarnya lagi.

Menurut Syahira, dia turut menjalankan bisnes kasut dan mula memakai niqab pada tahun 2017.


Sumber: mStar
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 18-8-2021 03:29 PM
Baper rega motor tuh?
Quote auntyonion 18-8-2021 03:43 PM
Naisss {:handsome
Quote kivio 18-8-2021 03:52 PM

Range rm25k - 45k
Ikut tahun, status, model
Quote MsPercy 18-8-2021 04:41 PM
Iols tgk die bawak superbike, tibe2 muncul minat nak bawak...padahal takut klo kena lalu celahan kete2 time jem
Quote SitiRopeah 18-8-2021 06:44 PM
Sebagai bekas rider (ecceh...), janganlah kecam kata dia pakai baju ketat masa ride (kalau baca dalam artikel), untuk keselamatan, kita memang kena pakai baju yang tidak bekibar ditiup angin macam bendera semasa sedang menunggang.

Jadi, betul dah kaedoh dia pakai jaket untuk bawa motor tu.

Rajin dia beli motor besar sebab minat eh, be extra careful, anak kecil lagi.
Quote kakigebang 18-8-2021 07:39 PM
ok la nasib baik dpt jadik artis tempelan, nasib x bsik runtuh rumahtangga
Quote Tinot7 18-8-2021 08:09 PM
kivio replied at 18-8-2021 03:52 PM
Range rm25k - 45k
Ikut tahun, status, model

Erkk.. voley beli keta sebijik.. byknya duit dia
Quote nakkomenjugak 18-8-2021 09:11 PM
Go ahead sis.
Buat la apa ko nak
Quote Belibis 18-8-2021 09:49 PM
Tinot7: Erkk.. voley beli keta sebijik.. byknya duit dia

Mungkin loan 5 tahun jugak.macam kereta.
Quote Olumis 18-8-2021 11:58 PM
Eleleh.. niqab la sgt padahal attention seeker
Quote kivio 19-8-2021 11:30 AM
Tinot7 replied at 18-8-2021 08:09 PM
Erkk.. voley beli keta sebijik.. byknya duit dia

Ikut priority je
Kalau dah ada kereta, baru la beli sbike kalau rasa-rasa teringin.
Quote Tinot7 19-8-2021 12:52 PM
Belibis replied at 18-8-2021 09:49 PM
Mungkin loan 5 tahun jugak.macam kereta.

Tak berbaloi la amik loan utk motor.. iols takde lesen motor lagipun
Quote Tinot7 19-8-2021 12:54 PM
kivio replied at 19-8-2021 11:30 AM
Ikut priority je
Kalau dah ada kereta, baru la beli sbike kalau rasa-rasa teringin.

Kalau hobi mmg merewang.. beli motor takpe..
Iols rewang dgn keta.. takde lesen motor.. takpe la.. lagipun bg iols, bawak motor ni bahaya.. arwah ayah tak bg pun dolu2.
Quote gorjeous 19-8-2021 01:32 PM
Hebatnya..
Quote Blackbra 19-8-2021 07:25 PM
Olumis replied at 18-8-2021 11:58 PM
Eleleh.. niqab la sgt padahal attention seeker

Kan deknon.. attention seeker ni.. berniqab tp jagalah akhlak. Sbb niqab ni dah another level of tudung dah
Quote mzzenma 19-8-2021 07:37 PM
ok sikit lah dari yg pergi gym tu.. tapi niqab bukan wajib pun. Mungkin dia tersangatlah beautiful tu yg kena berniqab tu
Quote anony-mous 20-8-2021 10:09 AM
SitiRopeah replied at 18-8-2021 06:44 PM
Sebagai bekas rider (ecceh...), janganlah kecam kata dia pakai baju ketat masa ride (kalau baca dala ...

Kaedah tu betul tp perlu ke tayang? Baik bukak jah niqab tu. Xphm aku berniqab sbb apa kalau mcm ni? Video kedua tu ok lg xnmpk sgt bentuk bdn. Video 1st tu ada option pilih jaket yg loose sikit. Ni mcm sengaja betul2 ikut body n tunjuk dkt org ramai pulak tu
Quote anony-mous 20-8-2021 10:12 AM
Olumis replied at 18-8-2021 11:58 PM
Eleleh.. niqab la sgt padahal attention seeker

Tu lah setau iols berniqab ni more like ko nk sorok diri ko dri jd tumpuan. Tp zmn now dah terbalik. Kalau x, buat apa ada tiktok? Pakai jaket ikut body. Boleh jah pakai jaket kulit yg loose sikit kan? Aku pon rasa nk berniqab la. Pasal sng. Org xkenal, aku keluar boleh free hair. Utk tujuan attention seeking n marketing sng berniqab
Quote AverageJoe 21-8-2021 04:32 PM
anony-mous replied at 20-8-2021 10:09 AM
Kaedah tu betul tp perlu ke tayang? Baik bukak jah niqab tu. Xphm aku berniqab sbb apa kalau mcm n ...

setuju.. ramai je lady bikers dekat luar sana tu. cuma bila berniqab ni entahlah.. macam tak berapa sesuai aja.then bila pakai and tanggal helmet full face tu tak ke tertanggal tudung dengan niqab nya tu. atau dia ni sejenis gigih rajin duk perbetul sentiasa.
tapi kalau nak maintain imej berniqab dengan superbike ni, dicadangkan boleh je pakai balaclava atau ski mask masa ride.
kan lebih kurang aja konsepnya tu

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.208906 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top