CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

12 Ahli Keluarga Yana Samsudin Positif Covid-19, Termasuk Dua Kakak Kandung

16-8-2021 09:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4869| Komen: 24

Pelakon Yana Samsudin memaklumkan 12 ahli keluarganya positif virus Covid-19.

Yana menerusi hantaran dalam InstaStorynya memberitahu dua orang kakak kandungnya juga antara yang dijangkiti wabak maut tersebut.


Foto: IG

“Dukacita dimaklumkan ahli keluarga saya iaitu Kak Yati dan Kak Liza disahkan positif Covid-19. 12 orang semuanya termasuk anak-anak.

“Sesiapa yang dah berhubung secara rapat boleh membuat ujian calitan sebab Kak Long saya tidak bergejala.

“Anak Kak Ngah saya juga tidak bergejala. Sama-sama kita jaga kesihatan,” tulisnya.



Menerusi hantaran berbeza semalam, pelakon filem Adnan Semp-it itu turut meluahkan perasaan sedih terhadap apa yang menimpa keluarganya.

“Tak tahulah nak sedih atau apa. Semoga mereka kuat dan sihat semuanya,” katanya.



Sebelum ini, beberapa selebriti tanah air antaranya Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Alif Satar, Harris Anuar, Shima Anuar, Emma Maembong, Aepul Drama Band, Sweet Qismina, Aprena Manrose, Man Kidal, Jue Aziz dan Yusuf Bahrin turut disahkan positif Covid-19.




Semalam, negara mencatatkan jumlah kes baharu Covid-19 sebanyak 20,546 dengan kes kematian sebanyak 282 orang. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 16-8-2021 09:26 AM
Semoga semua cepat sembuh.
Quote MelahJanda 16-8-2021 09:31 AM
maafla, akak da tak husnuzon dgn artis yg kesemua ahli keluarga positif camni

diorg ni saling ziarah menziarah ke?

duduk serumah sedangkan masing masing dah beranak pinak?

mesti tak folo sop kan? merayap merata sebab 'bisnes'
Quote Fortiori02 16-8-2021 09:32 AM
Semoga diberi kesembuhan
Quote Fortiori02 16-8-2021 09:36 AM
MelahJanda: maafla, akak da tak husnuzon dgn artis yg kesemua ahli keluarga positif camnidiorg ni saling ziarah menziarah ke?duduk serumah sedangkan masing masing ...


Itulah, sampai 12 org ahli keluarga boleh kena, muyskil juga camna boleh ramai sgt. Kalo drg ziarah menziarah pun x terkejut sis, org2 bese pun ramai je yg iols dgr buat, cuma x kantoi.
Quote edayildiz 16-8-2021 09:37 AM
semoga cpt sembuh..nth la sbnrnya jaga sop ke tidak ni sbb kak long ngn kakangh mcm dh tua..bekerluarga..mksdnya ada berjmpa la ni..xpe la mls nk bebel byk2
maybe rumah sebelah menyebelah..pasni jgn buat status covid is real pulak yach..rengsa..
jaga sop inshallah blh elak..kalau terkena jgk tu xblh buat apa la..
Quote uori 16-8-2021 09:42 AM
MelahJanda replied at 16-8-2021 09:31 AM
maafla, akak da tak husnuzon dgn artis yg kesemua ahli keluarga positif camni

diorg ni saling zia ...

ish bersangka baik, k.
jangkit dari maid lah tu

cuma tertunggu jugaklah hashtag kovid is real sebab sebelum ni kovid cuma rehearsal je bagi retis nih
Quote nakkomenjugak 16-8-2021 09:43 AM
ada sesi merewang sesama keluarga ke?
moga sembuh cepat
Quote MelahJanda 16-8-2021 09:45 AM
uori replied at 16-8-2021 09:42 AM
ish bersangka baik, k.
jangkit dari maid lah tu

maybe sbb maid buang sampah ya
Quote krustykrab 16-8-2021 09:48 AM
Rasanya maid gi salam dgn budak htr brg kot
Quote lotionmilo 16-8-2021 10:35 AM
uori replied at 16-8-2021 09:42 AM
ish bersangka baik, k.
jangkit dari maid lah tu


Yg buat ayat covid rehearsal tu pon artis jugak kan?
Quote chinta89 16-8-2021 10:43 AM
semoga dipermudahkan urusan semua
Quote uori 16-8-2021 10:47 AM
lotionmilo replied at 16-8-2021 10:35 AM
Yg buat ayat covid rehearsal tu pon artis jugak kan?

oh ye ke? cuma selalu dengar dorang dok meratib covid is real lepas terkena batang hidung sendiri je. dah dekat dua tahun kot. retis kan, jarang jumpa yang bijak. apa2 jadi hujung2 salah netijen, tak pun salah maid
Quote cap_ayam 16-8-2021 10:48 AM
lotionmilo replied at 16-8-2021 10:35 AM
Yg buat ayat covid rehearsal tu pon artis jugak kan?

artis mana yang buat 'kelakar' seram nihh..

Quote lotionmilo 16-8-2021 11:16 AM
cap_ayam replied at 16-8-2021 10:48 AM
artis mana yang buat 'kelakar' seram nihh..

Heols pernah berlakon ola bola and paskal
Quote lotionmilo 16-8-2021 11:19 AM
uori replied at 16-8-2021 10:47 AM
oh ye ke? cuma selalu dengar dorang dok meratib covid is real lepas terkena batang hidung sendiri  ...

Covid tak caya, maid pembawa caya pulak
Quote cap_ayam 16-8-2021 11:21 AM
lotionmilo replied at 16-8-2021 11:16 AM
Heols pernah berlakon ola bola and paskal


oh tq bagi info.. ingatkan suami kepada  peserta perempuan bermimpi semalaysia tapi dia tak berlakon ola bola pulak.
Quote mummydarling 16-8-2021 11:28 AM
MelahJanda replied at 16-8-2021 09:31 AM
maafla, akak da tak husnuzon dgn artis yg kesemua ahli keluarga positif camni

diorg ni saling zia ...

susah nak cakap kalau dah die sebut dkt yonpeng comfirm kawasan kampung.. dkt kampung biasela rumah dkt .. dah 2tahun kot kite duk umah..tepulaaa
Quote lotionmilo 16-8-2021 11:29 AM
cap_ayam replied at 16-8-2021 11:21 AM
oh tq bagi info.. ingatkan suami kepada  peserta perempuan bermimpi semalaysia tapi dia tak berl ...

Jenuh i mikir sapa.nasib dapatt.kemain uols punya clue

So far takde lagi ayat viral daripada dia
Quote cap_ayam 16-8-2021 11:36 AM
lotionmilo replied at 16-8-2021 11:29 AM
Jenuh i mikir sapa.nasib dapatt.kemain uols punya clue

So far takde lagi ayat viral daripada  ...

eloklah dia tak keluarkan ayat2 viral pada masa ni khennn  

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.110722 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top