CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Semakin Ceria Dan Berisi, Berat Badan Elyana Naik Cecah 49kg

14-8-2021 02:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5392| Komen: 38

Penyanyi Elyana baru-baru berkongsi perkembangan terkini dirinya selepas menjalani beberapa sesi rawatan radioterapi bagi merawat penyakit kanser limfoma yang dihidapinya.

Beberapa keping foto terkini yang dikongsikan Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, juga menunjukkan dia kini semakin ceria dan kelihatan lebih berisi berbanding sebelum ini.


Foto: IG

Menerusi satu sesi soal jawab dalam InstaStory, Elyana mendedahkan bahawa berat badannya kini sedikit meningkat kepada 49 kilogram (kg) berbanding sebelum ini iaitu 35 kg.

“Saya rindu awak. Berat berapa sekarang kak El (Elyana)? Nampak dah semakin ‘bambam’ (berisi),” soal seorang peminatnya.





Pertanyaan itu dijawab Elyana dengan memberitahu beratnya kini ialah 49 kg selepas kali terakhir menimbangnya.

Terdahulu, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu memaklumkan bahawa dia kini sedang menjalani rawatan radioterapi di bahagian hati dan pinggul bagi merawat kanser limfoma yang dihidapinya.



Difahamkan juga kanser tersebut telah merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lemonademint6 14-8-2021 02:44 PM
Alhamdulillah semoga sentiasa sihat
Quote haruno_sakura 14-8-2021 02:46 PM
Alhamdulillah. moga dikurniakan kesembuhan dn diberikan kekuatan utk melawan sakit
Quote wak_pijah 14-8-2021 02:51 PM
Cantiknya, features dia perfect.
Quote dua_chzy 14-8-2021 02:52 PM
Keep fighting Elyana!

Cantik dagu anak first dia.
Quote siq 14-8-2021 02:57 PM
moga bertabah n gagah melawan penyakit
Quote alieyrina 14-8-2021 03:03 PM
Cantik anaknya. Semoga terus sihat el
Quote syamzana 14-8-2021 03:07 PM
Alhamdulillah...keep fighting keep strong
tangan dia kurus beno tu.
btw, kurus tinggi gini pakai apa pun cantik terletak
Quote cikpandanwangi 14-8-2021 03:08 PM
Alhamdulillah. Manis je dia bila dah bertudung ni.
Quote midori_katana 14-8-2021 03:13 PM
Semoga lekas sembuh.. seronok tgk sheols dah bertudung.. semoga istiqamah
Quote annadonna 14-8-2021 03:14 PM
Fight elyana fight
Quote Minami2013 14-8-2021 03:35 PM
Moga dikurniakan kesembuhan buat elyana.. terus sihat walafiat hendaknya.
Quote nakkomenjugak 14-8-2021 04:19 PM
Moga cepat sembuh!
Sepenuhnya!
Quote ilahaz 14-8-2021 04:47 PM
Alhamdulillah
Quote orenmango 14-8-2021 05:29 PM
Didoakan elyana keep on fighting dan diberi kesembuhan oleh Allah.. aamiin
Quote violetungu 14-8-2021 05:38 PM
Alhamdulillah...semoga sentiasa sihat dan cepat sembuh...
Quote epal21 14-8-2021 05:39 PM
Dia memang dah bertudung ke? Tertinggal train pulak. Cantiknya.
Quote grouper 14-8-2021 05:43 PM
Semoga sembuh..dia ni makin tua makin cantik.....walaupun sedang sakit
Quote cap_ayam 14-8-2021 05:46 PM
Alhamdulillah
Quote kiah_mai_pulak 14-8-2021 05:50 PM
alhamdulillah… keep fighting nana

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.055651 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top