CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Arwah Jamaludin Jarjis Berjaya Tuntut 3 Juta Aset Saham

14-8-2021 02:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20980| Komen: 244

Description: Ibu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis, Aminah Abdullah berjaya dalam tuntutannya memasukkan 3,000,000 saham syarikat Rantai Wawasan Sdn. Bhd. sebagai sebahagian daripada aset harta pusaka peninggal ...
Ibu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis, Aminah Abdullah berjaya dalam tuntutannya memasukkan 3,000,000 saham syarikat Rantai Wawasan Sdn. Bhd. sebagai sebahagian daripada aset harta pusaka peninggalan anaknya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.


Hakim Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril membuat keputusan itu selepas membenarkan sebahagian tuntutan saman Aminah ,87, selaku plaintif yang dikemukakan terhadap dua cucunya yang menamakan anak sulung Allahyarham, Nur Anis, 36, dan Ikwan Hafiz, 34, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Walaubagaimanapun mahkamah menolak tuntutan saman plaintif agar saham dua buah lagi syarikat iaitu Alpine Motion Sdn. Bhd. dan Ivory Insight Wawasan Sdn. Bhd. disenaraikan sebagai harta pusaka selain turut memerintahkan defendan-defendan membayar kos RM80,000.

Foto: Kosmo


Dalam penghakimannya, Mohd. Firuz berkata berdasarkan keterangan saksi pembelaan, mahkamah bersedia menerima bahawa kedua-dua saham Syarikat Alpine dan Ivory dibeli untuk manfaat defendan pertama dan kedua.

Katanya, pada 2011 dan 2012, kedua-dua defendan sememangnya terbabit dalam operasi dan pengurusan kedua-dua syarikat berkenaan, di bawah bimbingan Allahyarham.

“Namun, situasi bagi saham Syarikat Rantai Wawasan adalah berbeza. Ia merupakan pembabitkan pertama kedua-dua defendan selepas Allahyarham meninggal dunia,” katanya.

Dalam saman itu, Aminah selaku plaintif menamakan anak sulung allahyarham, Nur Anis, dan Ikwan Hafiz sebagai defendan pertama dan kedua.Jamaludin yang juga bekas Ahli Parlimen Rompin terkorban dalam nahas helikopter di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Selangor pada 4 April 2015.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Aminah, mendakwa kedua-dua defendan sebagai pentadbir bersama harta pusaka allahyarham gagal memasukkan sebahagian saham dari tiga buah syarikat ke dalam senarai aset dan liabiliti milik allahyarham. 

Syarikat-syarikat itu ialah Rantai Wawasan Sdn. Bhd., Alpine Motion Sdn. Bhd. dan Ivory Insights Wawasan Sdn. Bhd. 

Plaintif mendakwa sebagai ibu kandung yang sah dan waris kepada Jamaludin, beliau mempunyai kepentingan di dalam harta pusaka. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 13-8-2021 06:54 PM
Tak banyak la kot banding mula2 fight biliyun
Quote Minami2013 13-8-2021 06:57 PM
Ada anak lelaki, kalau ikut faraid pun portion anak lelaki lebih. Lepas ni yg 3 juta tu pulak jadi perbalahan sesama waris nenek ni.
Quote nakkomenjugak 13-8-2021 07:09 PM
wuhhhhh banyaknyaaaaa asettttt reteeee bagai
Quote jfq 13-8-2021 07:20 PM
Sikitla 3juta tu
Quote Babai 13-8-2021 07:22 PM
Kalau aku takde la nak berebut dengan cucu sendiri. Especially bila harta tu bukannya aku yang dapatkan.
Quote SalenaGomez 13-8-2021 07:24 PM
nakkomenjugak replied at 13-8-2021 07:09 PM
wuhhhhh banyaknyaaaaa asettttt reteeee bagai

Akhirat nanti byk tanggungan n soalan nya juga…sbb tu bkn mudah juga bila buk reta ni…seboleh2 seblm mati, bahagi sesiap…sbb tu elok ada wasiat sume tu
Quote krustykrab 13-8-2021 07:51 PM
Alahai nek..nk bawak ke kuburan ke..dgn cucu2 pun nk berebut..apatah lg dgn menantu ye
Quote kelapaparut 13-8-2021 08:00 PM
mesti pakcik2 budak tu mhasut nenek tua itu
Quote TOPwind 13-8-2021 08:40 PM
KIM.K replied at 13-8-2021 06:54 PM
Tak banyak la kot banding mula2 fight biliyun

byar loyer je tinggal RM10K agaknya
Quote primarikey 13-8-2021 08:43 PM
kelapaparut replied at 13-8-2021 08:00 PM
mesti pakcik2 budak tu mhasut nenek tua itu

Iols pn pikir mcm tu uols...
Quote Suchi 13-8-2021 08:44 PM
Babai replied at 13-8-2021 07:22 PM
Kalau aku takde la nak berebut dengan cucu sendiri. Especially bila harta tu bukannya aku yang dapat ...

bila nenek ni mati segala duit yg nenek ada tu jd harta pusaka walaupun baru semalam dapat duit tu.
So awak faham kan, ia tak semestinya nenek yg inginkan duit itu..
Quote edoraixora 13-8-2021 08:54 PM
Nak berebut menda lagi lah dah tua2 ni...
Adalah tu tuan punahsihat nenek ni.
Quote ninjago 13-8-2021 08:58 PM
SalenaGomez replied at 13-8-2021 06:24 PM
Akhirat nanti byk tanggungan n soalan nya juga…sbb tu bkn mudah juga bila buk reta ni…seboleh2 s ...

betul nie i setuju.. skrg pun org dah siap2 amik hibah semua. buat hibah siap2..
Quote Babai 13-8-2021 08:59 PM
Suchi replied at 13-8-2021 08:44 PM
bila nenek ni mati segala duit yg nenek ada tu jd harta pusaka walaupun baru semalam dapat duit tu ...

Tapi itu soal bila dah mati. Selagi kita hidup, atas kita untuk pilih untuk nak berebut dengan cucu atau tidak. So kita pilih untuk tidak berebut.
Quote zamzam 13-8-2021 09:02 PM
Babai replied at 13-8-2021 07:22 PM
Kalau aku takde la nak berebut dengan cucu sendiri. Especially bila harta tu bukannya aku yang dapat ...

Kalau ikut faraid emaknya ada hak. Apatah lagi kot masa nak mulakan bisness tu mak ada top up.
Quote zamzam 13-8-2021 09:04 PM
Suchi replied at 13-8-2021 08:44 PM
bila nenek ni mati segala duit yg nenek ada tu jd harta pusaka walaupun baru semalam dapat duit tu ...

Ya bahagian nenek tu boleh dpt kat anak2 yg lain juga.
Quote KIM.K 13-8-2021 09:06 PM
TOPwind replied at 13-8-2021 08:40 PM
byar loyer je tinggal RM10K agaknya

Loyer mintak 40% kot
3 juta unit x 35sen/unit, berapa sgt makcik dapat
Quote Babai 13-8-2021 09:06 PM
zamzam replied at 13-8-2021 09:02 PM
Kalau ikut faraid emaknya ada hak. Apatah lagi kot masa nak mulakan bisness tu mak ada top up.

Sebab tu awal2 tadi saya kata kalau saya jadi dia, memang saya takkan berebut dengan cucu. Saya takde pertikai pun pasal soal hak sesiapa.
Quote zamzam 13-8-2021 09:08 PM
Babai replied at 13-8-2021 09:06 PM
Sebab tu awal2 tadi saya kata kalau saya jadi dia, memang saya takkan berebut dengan cucu. Saya ta ...

Mungkin nenek tu ada anak lain. So bahagian dia boleh bagi kat anak2 tu.

Lihat semua komen(244)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.055333 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top