CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rela Hati Maafkan, Wanita Kahwini Pembunuh Abangnya

13-8-2021 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3421| Komen: 17

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

Seorang wanita mengahwini pembunuh kepada abang tirinya, selepas berlapang dada memaafkan lelaki itu atas jenayah yang dilakukannya 32 tahun lalu.


John Tiedjen, 57, merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan Brian McGary pada tahun 1989.

John mendakwa dia tidak dapat mengingati apa yang berlaku pada malam Brian dibunuh.


Foto: Daily Star

Bagaimanapun pengakuan tersebut tidak cukup untuk meyakinkan hakim, yang memutuskan dia bersalah membunuh Brian dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Brian merupakan abang tiri kepada Crystal Straus, yang akhirnya mengahwini John hujung minggu lalu.


Pasangan ini mula berhubung sekitar lima tahun lalu.

Membalas surat Crystal, John bersungguh-sungguh menafikan dia melakukan jenayah tersebut kepada wanita itu.

"Saya menulis surat kepadanya dan berkata 'Saya tidak melakukannya. Saya juga percaya kepada Tuhan, dan saya tahu banyak perkara mengenainya, tetapi saya tidak melakukannya'" kata John.

John dibebaskan dengan jaminan bulan ini di mana perbicaraan semula dijadualkan akan bermula dalam beberapa minggu akan datang setelah peguamnya menemui bukti baru yang menunjukkan dia tidak melakukan jenayah tersebut. -CARI

Sumber: Daily Star
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ayda89 13-8-2021 09:09 PM
Pulakkkk. Dah jatuh cinta boleh la maafkan ye. Kalau tak….huuhu
Quote b_n_c 13-8-2021 09:13 PM
berani jantan ni...

silap2 pmpuan tu bunuh kau pulak, revengeee
Quote sukacactus 13-8-2021 10:33 PM
Macam dah takde laki lain
Quote TravellingBear 13-8-2021 10:35 PM
b_n_c replied at 13-8-2021 09:13 PM
berani jantan ni...

silap2 pmpuan tu bunuh kau pulak, revengeee

macam cerita Matinya Seorang Patriot?
Quote Fortiori02 13-8-2021 11:16 PM
Kalau betul mcm apa yg peguam dia ckp ada bukti baru yg tunjukkan dia tak bersalah, harap kebenaran dpt bantu bebaskan dia & pesalah sebenar ditahan & diadili. Tp kalau propa ja, meringkuk la ko dlm penjara tu.
Quote I.K.A888990 14-8-2021 01:30 AM
berani giler la hang
sanggup eh xkira la bersalah ke x
xrasa kesian ke kat abg dia
Quote Burong_Hantuk 14-8-2021 03:00 AM
Cinta itew buta
Quote ashilalat 14-8-2021 03:04 AM
Abang tiri je pong..ntah2 pompuan tu x kenal sgt pon abg tiri yg kena bunuh tu
Quote Lengkong 14-8-2021 03:40 AM
Beraninya dia
Quote Laisa 14-8-2021 03:48 AM
Dua2 pon berani.. yg laki tak takut ke pompuan tu balas dendam.. yg pompuan tu plak tak takut kee dgn pembunuh.. ehh mcm2..
Quote supernaturalee 14-8-2021 07:45 AM
Jgn2 ada niat tersembunyi

Moga pakcik ni blh Lena tdo lh

Quote cucutokwan89 14-8-2021 06:00 PM
Setakat maafkan besa dh dgr. Ni jadikan family member lg. Mcm2 omputih ni.
Quote Felix548 14-8-2021 06:05 PM
Edited by Felix548 at 16-8-2021 12:28 PM

The Ohio man’s conviction was overturned in June, and he’s now on house arrest, awaiting a new trial. Straus said she wrote Tiedjen a letter forgiving him a few years ago, beginning what Tiedjen called “something magical.”



TelltheBell


Quote hasniey 14-8-2021 07:31 PM
Bukan ko yg kene serang/bunuh mmg la senang2 maafkan
Quote Decaffeinated 14-8-2021 08:24 PM
Cinta betul ni. Umur pun dah senja.
Quote Itzy 15-8-2021 01:52 AM
b_n_c: berani jantan ni...silap2 pmpuan tu bunuh kau pulak, revengeee

kenapa lak perempuan ni yang nak bunuh dia lak? aku takut perempuan ni pulak yg kena bunuh. Gila nak.mati kawin dgn pembunuh. pembunuh ni pun semacam je boleh pula mengorat adik tiri lelaki yang dia bunuh. Kalau betul perempuan tu bunuh bagus la, eye for eye la kira nya. Tengok muka pun dah tahu pembunuh, pura2 tak buat tak ingat pula. Nampak jelas tujuan dia nak mengorat perempuan tu
Quote Punat_button 15-8-2021 11:10 AM
Cinta terhalang dan dihalang ni actually paling best... siapa setuju tekan like

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.073910 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top