CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditidurkan, Bukan Pengakhiran Pesakit Covid-19

11-8-2021 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1513| Komen: 1

Pesakit Co-vid-19 diberikan bius untuk ditidurkan bukan bermakna mereka sudah tiada harapan untuk sembuh daripada jangkitan wabak berbahaya tersebut.

Pensyarah Jabatan Kejurute-raan Bioperubatan Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Nahrizul Adib Kadri berkata, ia sebaliknya kaedah untuk merawat pesakit yang mengalami jangkitan teruk.

“Istilah ditidurkan bukan perkara baharu. Ini sebenarnya prosedur biasa. Pesakit menjalani pembedahan juga ditidurkan. Ditidurkan bermaksud memberi pesakit bius sehingga tidak sedarkan diri.

“Namun, dalam kes Covid-19, ia khusus untuk mereka yang mempunyai kandungan oksigen sangat rendah dan tidak mampu dinaikkan selepas diberi oksigen tambahan menggunakan topeng oksigen,” katanya.


Foto: Kosmo

Nahrizul Adib berkata, pesakit ditidurkan kerana tiub pernafasan perlu dimasukkan ke saluran trakea dan proses itu tidak dapat dilakukan dalam keadaan pesakit sedang sedar.

Menurut beliau, semasa tidur mesin bantuan pernafasan akan menjaga pernafasan pesakit dan dalam masa sama menambah oksigen ke dalam darah.

“Selepas oksigen dalam darah stabil, pesakit akan disedarkan. Proses itu bukan secara mendadak sebaliknya bius dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga pesakit terjaga,” katanya.

Sementara itu, Pakar Anes-tesiologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof. Dr. Ina Ismiar-ti Shariffuddin berkata, pesakit ditidurkan kebiasaannya dalam kalangan pesakit kategori empat atau lima.

Menurut beliau, pesakit kate-gori ini memerlukan bantuan pernafasan dan oksigen lebih daripada biasa akibat kegagalan organ terutamanya paru-paru, jantung dan buah pinggang.

“Apabila tahap oksigen rendah dan mengalami kegagalan pernafasan, kebiasaannya mereka dibius untuk ditidurkan. Jika tidak diberi bantuan pernafasan boleh menyebabkan komplikasi hypoxic ischaemic encephalopathy iaitu otak gagal berfungsi.

“Oksigen perlu sampai ke otak kerana lama kelamaan pesakit berisiko berhenti bernafas.

“Kadar ideal oksigen dalam badan sepatutnya melebihi 95 peratus. Pesakit akan mula bernafas dengan laju dan tercungap-cungap untuk badan me-ningkatkan lagi kadar oksigen yang diperlukan organ di dalam tubuh manusia bagi berfungsi sepenuhnya. Ketika ini, pesakit perlukan bantuan oksigen dan jika perlu, diintubasi,” katanya.

Tambah beliau, pesakit ditidurkan supaya mereka tidak berasa sakit dan melawan proses ventilasi kerana situasi itu boleh menyebabkan trauma pada paru-paru.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerlympics 11-8-2021 11:34 AM
Ada sebarang data sahih utk dikongsi ttg perangkaan mereka mereka yg ditidurkan dek kws kes cobid ini yang kemudian sedar semula and being discharge from the hospital against mereka yang ditidurkan dan terus 'bangunnya' di 'alam baru'?

Anyone?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.078302 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top