CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bersedia Ke Aku Masuk Kubur?"-Hati Neelofa Terjentik

11-8-2021 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5677| Komen: 39

Pemergian Allahyarham Siti Sarah akibat pandemik Covid-19 semalam memberi impak besar terhadap industri hiburan tanah air dan juga rakyat negara ini.

Salah seorangnya ialah selebriti terkenal tanah air, Neelofa yang mengakui hatinya turut terjentik dengan pemergian Siti Sarah yang menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi semalam.

“Saya juga tidak terkecuali merasai perasaan tersebut buatkan saya terfikir dan muhasabah serta tengok balik diri sendiri.

“Saya terfikir bahawa tidak pelik sekiranya perkara sama menimpa diri saya. Perkara itu tidak kira usia dan jika kita diuji dengan penyakit itu, cukup ke amalan hendak dibawa dan bersediakah aku untuk masuk kubur. Semua itu saya terfikir,” katanya.

Foto: IG


Bekas pengacara MeleTOP itu berkongsi apa yang  dalam satu siaran langsung Instagram (Instalive) menerusi akaun Pertubuhan Kasih Neelofa malam tadi bersama suaminya, Haris Ismail.

Difahamkan siaran langsung tersebut sempena majlis bacaan Yasin bagi menyambut kedatangan Awal Muharram.

Selain itu, pemilik jenama tudung Naelofar itu juga memberitahu kisah Allahyarham Siti Sarah juga telah membuka matanya untuk membaiki semua amalan yang dilakukannya pada masa akan datang.

“Hal tersebut buatkan saya lebih bersemangat untuk memperbaiki dan menambah baik kualiti amalan, solat, bacaan al-Quran. Itulah muhasabah saya,” kongsinya ringkas.



Untuk rekod, semalam, negara dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Siti Sarah selepas lima hari bertarung nyawa melawan Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Siti Sarah Raissuddin, 37, dikejarkan ke hospital berkenaan sejak minggu lalu selepas tahap oksigen dalam tubuhnya menurun dan ditidurkan sebelum melahirkan anak bongsunya, Ayash Affan secara pembedahan pada pukul 4 petang Jumaat lalu.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan selepas waktu Zuhur, sekitar pukul 1.38 tengah hari di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 11-8-2021 11:33 AM
Risau sebab dia peknen zaman delta lambda
Quote slyfynx 11-8-2021 11:37 AM
1. Cukup2 la thread pasal arwah ni.
Dah jadi mcm trend, and dah mcm terlalu agungkan. Tkt nnt akidah pun kacau.
Sedih yes, cemburu yes. Tp jgn terlalu agungkan.

2. Dah nmpk trend semua gunakan kejadian ni sebagai content.

3. Bg la ruang keluarga untuk mourn. Xperlu la nk tunggang untuk diri sendiri or kuota thread.

Just my 2 cents.
Quote RatuDunia94 11-8-2021 11:58 AM
Tak nak kecam.. nanti dh meninggal kena keluar plak ayat "aku ni xde la minat neelofa tapi bla bla"..."aku ni bukan lah benci neelofa bla bla"
Quote Tunan 11-8-2021 12:12 PM
mod katup benang please
Quote makcun14 11-8-2021 12:22 PM
Dah agak dah..  mesti nak make it about her. Tak perlu kot.
Quote Suchi 11-8-2021 12:28 PM
RatuDunia94 replied at 11-8-2021 11:58 AM
Tak nak kecam.. nanti dh meninggal kena keluar plak ayat "aku ni xde la minat neelofa tapi bla bla". ...

Kehkehkeh tp tak lama pun sehari je depa sedu sedan
Acik porem tetap acik porem hahah
Di saat ummah efbi masih teresak2 acik porem dah sarung balik uniform memasing.

Aritu masa lofa kawen pun ramai je acik2 porem merasa syahdu mahdu tp kejap jelaa hahahh
Quote jeana85 11-8-2021 12:47 PM
sebab dia pregnant la tu... semua orang kena muhasabah diri.
Quote KucingBiru 11-8-2021 12:53 PM
Halah halah halah Jahlop...

Sarah tu anak yang baik pada ayah dia. Jahlop bila last sekali jumpa ayah? Nikah ayah datang tak?
Quote RatuDunia94 11-8-2021 12:58 PM
Suchi replied at 11-8-2021 12:28 PM
Kehkehkeh tp tak lama pun sehari je depa sedu sedan
Acik porem tetap acik porem hahah
Di saat um ...


Kannn.. ko ingat acik2 forum mampu menahan adrenalin darah mengeji, mengecam yg mengalir pekat sebati dlm tubuh itu.. boleh kena sawan kalau x mencemar duli memberi sepatah dua kata tiap kali muncul bebenang jahlop, kekrul-keknis,
Quote princessmiang 11-8-2021 01:01 PM
so?????? nak kena jentik??????
Quote Bumbu 11-8-2021 01:10 PM
Dah minta maaf ke dgn semua org yg kau penah aniaya
Quote haruslah 11-8-2021 01:14 PM
RatuDunia94 replied at 11-8-2021 12:58 PM
Kannn.. ko ingat acik2 forum mampu menahan adrenalin darah mengeji, mengecam yg mengalir pekat s ...

Yg penting, keji kecam dulu
Kasi buh puas2 selagi nama retis....
Esok2 belakang kira katanya....
Baru 2 muharam ni....
Quote dewi_rina 11-8-2021 02:16 PM
Muhasabah diri ye jah
Quote nakkomenjugak 11-8-2021 02:20 PM
iyoooolaaahhhh


Quote allshares 11-8-2021 02:29 PM
Nk jugak inteepreme
Quote cicicumel 11-8-2021 02:37 PM
lofa mesti lom vaksin kan sbb tgh preggy.
harap lofa kurungkan diri dalam rumah sampai beranak..
kurangkan risiko
Quote Milkypower123 11-8-2021 02:39 PM
Alamak baru scroll ig dan ternampak video kat explore lofa kacau haris live dengan ustazah aisyah. Kalau lofa ada baca tolong jaga adab dalam majlis ilmu semasa live ye. Tak proper dilihat. Nampak tak beradab dan tak hormat sorry cakap sini
Quote MatDeghem 11-8-2021 02:50 PM
tered : perut

1. usap usap perut
2. bag letak depan perut
3. Jubah tutup perut
4. lobenak panggil neelopa mummy

tered : sarah

1. terjentik hati neelopa atas kematian sarah
2. terjentik hati neelopa -  dah bersedia ke aku masuk kuborrrrrr




Dah tarak cerita yg lebih meletop kah yang boleh buat acik2 forum excited?





Quote puanserama 11-8-2021 03:03 PM
Ko pegi mintak maap dulu dgn org2 yg ko aniaya tu baru tenang hati tu

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.058587 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top