CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Shaheizy Sam Nak Rap Semula!

25-11-2013 11:25 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8165| Komen: 21

Description: Pelakon Shaheizy Sam, 30, Bertekad Untuk Mengurangkan Aktiviti Lakonannya Tahun Ini Bagi Menumpukan Perhatian Terhadap Penubuhan Semula Kumpulan Rapnya Dahulu Iaitu M.O.B.





Formed in 1998, Members of Blood (MOB) comprise three MCs, Shear, Saint and Sam. Unlike the rest of the groups featured on the Phat Family compilation, MOB is the only group that have adopted the rhyme-sing style that was made popular by Bone Thugs-N-Harmony. The band is not short of experience as they have appeared on albums by established artists like Too Phat, Syafinaz and Innuendo.

Pelakon Shaheizy Sam, 30, bertekad untuk mengurangkan aktiviti lakonannya tahun ini bagi menumpukan perhatian terhadap penubuhan semula kumpulan rapnya dahulu iaitu M.O.B.

Menurut Sam, dia bersama tiga anggota kumpulan yang lain iaitu Syed Hussein @ Sein, Shear Khan dan Haziman Ramli kini sudah pun merakam semula tiga buah lagu lama kumpulan tersebut.

"Sudah lama kami berbincang untuk aktifkan kembali kumpulan M.O.B ini tapi masa saya yang tidak mengizinkan. Jadi tahun ini saya nekad untuk kurangkan sedikit aktiviti lakonan.

"Kalau diikutkan antara nyanyian dan lakonan sudah tentu jiwa saya kuat kepada bidang nyanyian sejak dari kecil lagi," katanya.

Jelas Sam, dalam album tersebut juga nanti dia akan tampil dengan sebuah lagu duet bersama kakaknya, Zizie Ezzete iaitu Bicara Cinta.

Bagaimanapun Sam menafikan dia merajuk atau kian bosan dalam bidang lakonan sehingga mahu bergelar penyanyi.

"Saya tidak merajuk, cuma saya rasa sudah sampai masa untuk saya untuk kembali semula dalam industri muzik pula.

"Ini semua kerana minat yang mendalam, lagi pula saya rasa beberapa tahun ini saya sudah terlalu sibuk dengan berlakon dan kumpul duit," katanya.

Sam juga menganggap kemunculan semulanya dalam industri muzik tanah air adalah sebagai penyeri dan tidak berniat untuk bersaing dengan mana-mana kumpulan rap tanah air.

"Saya tidak meletakkan sasaran yang tinggi kerana projek ini hanyalah suka-suka dan sekadar melepaskan rindu saya dalam nyanyian," katanya.

Dalam pada itu, Sam bakal muncul dengan tiga buah filem pada tahun ini iaitu Kisah Paling Gengster, Dua Kalimah dan Adnan Sempit 2.


9

Bagus
6

Marah
3

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berun 22-11-2013 03:29 PM
[youtube]PobkKxB8GD8[/youtube]

Dalam lagu ni dia rap kaw kaw!
Quote tomet05 22-11-2013 03:43 PM
pergh .. senang betul buat duit ..
Quote yayah8989 22-11-2013 04:14 PM
untungla ko dh jaid fofular kan pastu mestia de je peminat senang nk cipta nama kut
Quote siti_kus 22-11-2013 04:22 PM
Berlakon je la
Quote nordin84 22-11-2013 11:00 PM
sam..dulu ko kte xnk nyanyi..buktikanla..jgn propa sgt pas kwn ngan fake
Quote shysari 23-11-2013 04:42 PM
Semua nak buat org nyanyi nak nyanyi org buka restoren nak buka ..last2 semua kemana dia sendiri tak tahu..belakon je lah time org suka tengok ni dik..
Quote aderaderker 23-11-2013 05:36 PM
Rentikanlah sam..
Sam situ sana sini..
Lagi cepat org meluat ade la..
Quote dahliateck 23-11-2013 06:49 PM
sian sam, kerosakan imej dia di mata iols  sejak berskandal sekejap dgn fake cam dah kekal, xmampu diputar semula kekdahnya, sori sam, used to luv u but not anymore
Quote BellExOra 25-11-2013 02:08 PM
rapper mcm x sesuai je..
Quote nicuya 25-11-2013 02:24 PM
dlu ske vclip n lagu phat family anthem nih...sam ade, sein ade, miz nina pon ade...nmpk boyish..hahaha
Quote pia250110 25-11-2013 02:25 PM
ko nak rap sampai nampak telor pon..aku x kesah sam..sebb ko non ado..lain la kalu hardy pakwe kilapery..
Quote munchkin 25-11-2013 03:19 PM
berlakon jelah sam. restoran not operating tu pun tak sedar, mcm mana tu. kalau boleh manage tu, buatlah banyak mana pun. apa2 pun good luck. moga maju jaya
Quote DayangKirana 25-11-2013 04:43 PM
bukak tv nampak dia..g cinema pun muka dia..ni nak bukak radio plak suara dia?

ohhh tidakkkkk...

Quote kambinggila 26-11-2013 02:40 AM
dia boleh nyanyi ke? hehehehehe
Quote RatuDunia94 26-11-2013 07:08 AM
raa nye sebelum ni pun dh ada artikel pasal nak rap ni keluar...

siaran ulangan kah?
Quote mitnick 26-11-2013 07:24 AM
ape2 ajelahh
Quote -electrifying- 26-11-2013 08:52 AM
MOB? xpnh dgr pon. LOL !
Quote disneyprincess 26-11-2013 09:04 AM
iols tetap menyokong abang sam kalau nak rap balik. hekhek
Quote Knowlee 26-11-2013 07:23 PM
haha. teringat zaman gila breakdance dulu. lebam2 blaja breakdance. gigih nak jadi bgirl. last2 join capoeira je.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-7-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.066501 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top