CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Bulan Kenal-Isteri Orang Dah Banyak Kali Check-In Hotel Bajet Dengan Boyfriend

11-8-2021 10:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6774| Komen: 46

Alor Setar: Baru kenal dua bulan, tapi sudah beberapa kali menyewa hotel bajet terutama ketika cuti, dengan alasan untuk berjumpa melepaskan rindu, selain mahu berehat.

Perbuatan pasangan kekasih itu akhirnya terbongkar apabila mereka dicekup kerana disyaki berkhalwat di hotel bajet di Jalan Putra, Mergong di sini, hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, mereka dicekup jam 4.20 pagi tadi oleh sepasukan anggota dari Pejabat Agama Daerah Kota Setar (PADKS) yang diketuai Mat Nasir Dali.

Foto: Harian Metro

Beliau berkata, pemeriksaan dilakukan hasil maklumat awam.

"Hasil siasatan mendapati, wanita berusia sekitar 30-an itu turut mendakwa kini dalam proses bercerai dengan suaminya.


"Dia yang menetap di Kuala Kedah itu bekerja di sebuah pasar raya di Mergong dan tidak mempunyai anak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Radzi berkata, lelaki itu pula berusia 33 tahun dan masih bujang serta bekerja di sebuah kilang di Jitra dan menetap di daerah itu.

Beliau berkata, mereka memberi alasan untuk berehat di situ dan biasanya mendaftar masuk di hotel berkenaan jam 8 malam.

"Hasil soal siasat mendapati, mereka kerap menyewa hotel bajet itu ketika waktu cuti dan baru berkenalan dua bulan," katanya.

Berikutan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xpdckelate 11-8-2021 08:52 AM

PASANGAN berkenaan. FOTO Ihsan JAIK
Quote stingerlympics 11-8-2021 08:54 AM
Patutla kes jangkitan dikedah saban hari naik....

Kahkahkahkahkahkahkahkah
Quote xpdckelate 11-8-2021 08:54 AM
Baru kenal dua bulan, tapi sudah beberapa kali menyewa hotel bajet terutama ketika cuti, dengan alasan untuk berjumpa melepaskan rindu, selain mahu berehat.


dh banyak kali
Quote stingerlympics 11-8-2021 08:58 AM
Jabatan agama pun satu hal...asal pasangan tersebut adhere to SOP sudah la..social distancing mask wearing dan a bottle of sanitizer  at the bedside suffice la....ni main main syak tak baik utk perkembangan emosi rakyat yg sedang bergelut dgn pandemik berkurung mengadap four walls at home...sekali sekali tukar angin tenangkan jiwa,pulihkan emosi mengadap kawan bertukar pandangan ok kgeunz?
Quote stingerlympics 11-8-2021 09:02 AM
xpdckelate replied at 11-8-2021 08:52 AM
PASANGAN berkenaan. FOTO Ihsan JAIK

Ada social distancing kheunz? Bukan setakat pelitup...towel lagi tau...apa perlanggaran SOP yg terang lagi nyata yg telah dilakukan?

Agak agak la
Quote padris 11-8-2021 09:06 AM
Masih ngeseks time2 wabak semakin teruk?
Masih tak insaf dengan wabak bala bencana yg Allah turunkan..  
Quote nakkomenjugak 11-8-2021 09:07 AM
hanya mampu ngesek di tilam buruk jah
Quote Lagubestbest 11-8-2021 09:09 AM
masalahnya tak cun lgsg pun boleh taste. ntah ape2.
Quote sarah82 11-8-2021 09:18 AM
Jln putra.. Hotel bajet apa ada kat situ? Jap.. Ohhhh.. Yg bertentang dgn Maybank tu ka?
Quote samperit 11-8-2021 09:21 AM
sarah82 replied at 11-8-2021 09:18 AM
Jln putra.. Hotel bajet apa ada kat situ? Jap.. Ohhhh.. Yg bertentang dgn Maybank tu ka?

ape ni sundiri tanya sundiri jwb
Quote white_musk 11-8-2021 09:21 AM
nakkomenjugak replied at 11-8-2021 09:07 AM
hanya mampu ngesek di tilam buruk jah

Dan bawah kipas level 1
Quote sarah82 11-8-2021 09:24 AM
samperit replied at 11-8-2021 09:21 AM
ape ni sundiri tanya sundiri jwb

Masa aku taip tu.. Aku dok bygkan jalan putra.. Aku ingat ada bbrp hotel 3 & 4 Bintang.. Aku bygkan lagi..seluruh jln putra.. Baru aku teringat.. Ada hotel murah dekat dgn sekolah TAR.. Aku nampak masa aku pi ambik duit kat maybank jln putra.
Quote miszclassique 11-8-2021 09:32 AM
Hotel apooooo, ada katil ke tuh... Geli nampak tilam takda cover.... kot ye pun nak buat projek, berjenis la sikit wei
Quote xpdckelate 11-8-2021 09:36 AM
miszclassique replied at 11-8-2021 09:32 AM
Hotel apooooo, ada katil ke tuh... Geli nampak tilam takda cover.... kot ye pun nak buat projek, ber ...

depa bukan kira tempat,janji dpt lepas rindu
Quote samperit 11-8-2021 09:39 AM
sarah82 replied at 11-8-2021 09:24 AM
Masa aku taip tu.. Aku dok bygkan jalan putra.. Aku ingat ada bbrp hotel 3 & 4 Bintang.. Aku bygka ...

amboii sis detailnya
byk ke duit ambik dkt maybank tu? bak mai sikit
Quote Buritan 11-8-2021 09:39 AM
xpdckelate replied at 11-8-2021 08:54 AM
dh banyak kali

Omputih sgttt.. jumpa terus cium terus tido sama.. koh koh.. leh buat filem ni.. film rimantik..


Quote sarah82 11-8-2021 09:41 AM
samperit replied at 11-8-2021 09:39 AM
amboii sis detailnya
byk ke duit ambik dkt maybank tu? bak mai sikit

Ada la 10 hinggit.. Muahahahahaha.. Otak aku kekadang mcm computer.. Terlebih ingat bila cari.. Tapi kekadang mcm jebon.. Aku nak ingat benda lain.. Aku pi ingat benda lain..
Quote xpdckelate 11-8-2021 09:43 AM
Buritan replied at 11-8-2021 09:39 AM
Omputih sgttt.. jumpa terus cium terus tido sama.. koh koh.. leh buat filem ni.. film rimantik..
...

kesian dia,mungkin kurang kasih sayang dari laki dia,dlm proses cerai kan...btw,hmmmm kalu nak sgt awat la tak tggu cerai je pastu kawen la...nak kat mana,berapa kali pun xde masalah aih

Quote mclaren 11-8-2021 09:43 AM
Buritan replied at 11-8-2021 09:39 AM
Omputih sgttt.. jumpa terus cium terus tido sama.. koh koh.. leh buat filem ni.. film rimantik..
...

Ha ha lawak observation ni ha ha ha

Keji betul. Dah lah isteri orang. Hadaplah kat akhirat nanti.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.161526 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top