CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Khemah Dah Pasang, Katering Dah Siap-Bakal Pengantin Pula Lari Dengan Bekas Kekasih

11-8-2021 10:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2313| Komen: 13

Penduduk di sebuah daerah di wilayah Banten, Indonesia gempar apabila seorang gadis yang bakal melangsungkan perkahwinannya menghilang secara tiba-tiba, dipercayai dilarikan bekas teman lelakinya, lapor laman berita Suara.com semalam.


Susulan kejadian tersebut, majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada Ahad lepas terpaksa dibatalkan meskipun khemah, katering, kad undangan dan buku pernikahan telah pun siap.

Menurut ibu pengantin perempuan berkenaan, Upit, kebelakangan ini, anaknya sering dihubungi oleh bekas kekasihnya.


Foto: Kosmo

Upit juga diberitahu oleh seorang saksi penduduk tempatan yang terlihat kelibat seorang lelaki bermotosikal berkuasa besar berada di rumahnya pada waktu awal pagi, hari anaknya hilang.


Upit kemudiannya mengesahkan bahawa lelaki itu merupakan bekas teman lelaki anaknya.

“Disebabkan kejadian ini, kami telah memberitahu pihak keluarga pengantin lelaki. 

“Majlis perkahwinan terpaksa ditunda sehingga satu tempoh masa yang belum ditentukan,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miznora 11-8-2021 10:45 AM
Kesian maknya anak lari pulak..
Tapi budak ni kena kawen paksa ke apa. Kot2 memang takmau dgn bakal lakinya
Quote acikbrown 11-8-2021 10:51 AM
Kat Malaysia, kenduri kahwin yg ada kad jemputan, khemah dan katering ni dah masuk kategori hampir pupus dek kobid.

Kat Indon, selamba badak je....
Quote Whitepinkrider 11-8-2021 10:58 AM
ingatkan upin ipin nama dia tadi. ahahah
Quote nakkomenjugak 11-8-2021 11:03 AM
laaaaa....
yang dengan bakalan laki ni, memang arranged marriage ke?
dah macam cite fomfuan dan dotdotdot
Quote Decaffeinated 11-8-2021 11:08 AM
sudah sampai masanya cari buat sub board berita2 sampah dari indon untuk dibincangkan oleh acik2 malaysia sebagai isu semasa.

apa kata acik2 forum sekalian...

Quote Burong_Hantuk 11-8-2021 11:33 AM
tgh kovid berani pulok buat majlis kawen???
Quote CiliPadiSedap 11-8-2021 11:41 AM
acikbrown replied at 11-8-2021 10:51 AM
Kat Malaysia, kenduri kahwin yg ada kad jemputan, khemah dan katering ni dah masuk kategori hampir p ...

friska majlis kahwin dia makan apa? tempe bakso?
Quote Tinot7 11-8-2021 11:43 AM
Tunda?
Ke batal?

“Majlis perkahwinan terpaksa ditunda sehingga satu tempoh masa yang belum ditentukan,” katanya.-CARI
Quote 3chanceno 11-8-2021 11:46 AM
Kobid tak kobid, di indon kenduri pun jalan terus katanya buat majlis boleh, cuma tak boleh jemputan ramai2 dlm 1 masa & pakai mask

Apa lagik mak pengantin pompuan nak tangguh perkahwinan nie, kira dah kansel la
Quote imanda 11-8-2021 12:31 PM
3chanceno replied at 11-8-2021 11:46 AM
Kobid tak kobid, di indon kenduri pun jalan terus katanya buat majlis boleh, cuma tak bo ...

mgkin benda blh dibincangkan lagi sb tu xbatal.
Quote bebba 11-8-2021 01:57 PM
Entah-entah dah selamat kawen dengan ex bf
Quote AznieBunnie 11-8-2021 02:05 PM
ada change jadi macam cerita 'perempuan, isteri dan ...' tak?
Quote DayangKirana 11-8-2021 06:13 PM
kes2 lari ikut boipren ni selalunya bila dh kembung tu nanti dia balik la tu...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.335786 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top