CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Katanya Memancing- Berhari-Hari Tak Balik Rumah, Rupa-Rupanya Dah Meninggal

10-8-2021 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4531| Komen: 28

Kuala Terengganu: Seorang isteri longlai selepas mengetahui suami yang keluar memancing Khamis lalu, ditemukan meninggal dunia di tebing sungai Kampung Sungai Rengas, di sini, malam tadi.


Mayat lelaki terbabit, Mohd Norhatta Mohd Nadzar, 39, dari Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga, di sini, ditemukan seorang lelaki, yang kebetulan ke lokasi berkenaan untuk menjala ikan kira-kira jam 9.30 malam.

Foto: Harian Metro

Isteri mangsa, Nurhafiza Abd Rahman berkata, dia menerima berita kematian suami daripada jiran yang mengetahuinya daripada kumpulan WhatsApp kampung pada 10.45 malam.

Nurhafiza yang juga kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berkata, dia tidak menyangka suami yang keluar memancing sejak Khamis lalu sudah meninggal dunia.


"Suami memang minat memancing dan biasanya akan pulang ke rumah selepas beberapa hari keluar.

"Perkara itu sudah menjadi kebiasaan bagi saya, jadi saya tidak berasa pelik apabila dia tidak balik selepas keluar memancing petang Khamis lalu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Bagaimanapun katanya, dia sentiasa menghubungi suaminya setiap kali lelaki terbabit keluar memancing bagi memastikan dia selamat kerana suaminya mempunyai masalah jantung.

"Bagaimanapun, kali ini telefon bimbitnya tertinggal di rumah menyebabkan saya tidak dapat berhubung dengannya," katanya.

Nurhafiza berkata, dia percaya suaminya terkena serangan jantung ketika berada di tebing sungai berkenaan.

"Kali terakhir dia (arwah suami) terkena serangan jantung ketika mengerjakan ibadah korban pada sambutan Aidiladha lalu, tetapi ketika itu dia sempat makan ubat," katanya.

Mentua mangsa, Abd Rahman Mohamad, 70, berkata, dia sudah lali dengan hobi menantunya yang gemar memancing.

Katanya, arwah yang berasal dari Temerloh, Pahang, sebelum ini bekerja sendiri dan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia banyak menghabiskan masa di rumah selain keadaannya yang kurang sihat.

"Dia (arwah) sudah biasa berhari-hari keluar memancing, jadi saya tidak berasa pelik apabila dia tidak pulang selepas keluar memancing Khamis lalu.

"Kematiannya menyedihkan namun saya reda dengan ketentuan Allah," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Mad Din, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke bilik mayat HSNZ untuk bedah siasat. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imanjannah 10-8-2021 03:33 PM
innalillahwainnalillhirojiun.. al fatihah
Quote TOPwind 10-8-2021 03:35 PM
Memancing lebh enak daripada makan KERANG!?
Quote Cik_jantung 10-8-2021 03:39 PM
Sedih wife dia..
Quote orkidorkido 10-8-2021 03:49 PM
TOPwind replied at 10-8-2021 03:35 PM
Memancing lebh enak daripada makan KERANG!?

Jantung you
Mancing jelah mampoo
Makan kerang pakai banyak tenaga
Quote orkidorkido 10-8-2021 03:50 PM
Innalillah, salam takziah kepada keluarga
Quote Artemesiaa 10-8-2021 03:52 PM
Bahaya kalau orang ada masaalah kesihatan keluar memancing seorang kalau berlaku kecemasan susah nak dapatkan pertolongan
Quote TOPwind 10-8-2021 03:52 PM
orkidorkido replied at 10-8-2021 03:49 PM
Jantung you
Mancing jelah mampoo
Makan kerang pakai banyak tenaga

ada kebetulanya juga ekk
Quote MontanaHannah 10-8-2021 03:56 PM
kesiannnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Quote nakkomenjugak 10-8-2021 04:01 PM
Takziah diucapkan kepada keluarga berkenaan
Quote zamnie 10-8-2021 04:06 PM
innalillahwainnalillhirojiun.. al fatihah
Quote batu kikir 10-8-2021 04:07 PM
TOPwind replied at 10-8-2021 03:35 PM
Memancing lebh enak daripada makan KERANG!?

Lain macam je ayat ni. Makan kerang hari2 pun jemu gak
Quote highcastle 10-8-2021 04:37 PM
Kalau nak gi mancing ke, menjala ke, janganlah sorang2........
Quote lipans 10-8-2021 04:38 PM
TOPwind replied at 10-8-2021 03:35 PM
Memancing lebh enak daripada makan KERANG!?

Innalillahiwainnailaihiraajiouun.

Tak memancing, boleh je makan kerang banyak-banyak.


Quote makadek 10-8-2021 04:40 PM
TOPwind replied at 10-8-2021 03:35 PM
Memancing lebh enak daripada makan KERANG!?

Erm tu lah berhari hari..baguskn bini dia
Quote Thunderclouds 10-8-2021 05:19 PM
My BIL sejak ada history heart attack trus stop p mancing. Dia suka mncing laut dlm. Sewa bot dok tgh laut 2-3hari. Dan2 tkena waktu kt tgh laut mmg naya. Baik stop.
Quote Tinot7 10-8-2021 05:26 PM
Takziah kpd keluarga.
Quote I.K.A888990 10-8-2021 06:26 PM
Salam takziah pada keluarga
mmg betul elakkan pegi sorg2 kalau ada mslh kesihatan
xtau bila2 boleh attack penyakit ni
Quote theotherfriend 10-8-2021 06:28 PM
Di hujung hayat heols doing something he loves. Alfatihah
Quote orgsepang 10-8-2021 07:56 PM
Takziah buat keluarga ini, kira muda lagi bagi umur lelaki.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.046409 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top