Sharnaaz Nekad Bersara Dari Dunia Hiburan Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta bakal menjadi naskah terakhir lakonan Sharnaaz Ahmad kerana dia dikatakan akan bersara selama-lamanya dari dunia hiburan yang menjadi sumber rezekinya sejak lima tahun lalu. Menerusi pendedahan eksklusif yang dibuat Berita Minggu menerusi akhbar sisipan Bi-Pop, Sharnaaz berkata, “selepas berfikir panjang, saya ambil keputusan mahu bersara”. “Saya bukan kecewa, tapi dengan apa yang berlaku, satu persatu gosip dan kontroversi melanda diri, saya fikir biarlah saya berundur diri. Saya tidak mahu mengguris hati dan perasaan sesiapa lagi. “Paling penting hati ibu bapa dan adik-beradik, mereka adalah insan yang sentiasa berada di belakang saya ketika susah dan senang,” katanya. Seiring dengan pengumuman persaraannya itu, Sharnaaz merancang untuk kembali bekerja dalam bidang hartanah atau industri minyak dan gas yang pernah dilakukannya sebelum menceburkan diri dalam bidang lakonan. Sebelum ini nama Sharnaaz kerap kali dikaitkan dengan pelbagai cerita kurang enak, antaranya kisah percintaannya dengan bekas kekasih, Shila Amzah dan baru-baru ini namanya sekali lagi terpalit kontroversi apabila dia dikatakan menjadi individu ketiga dalam hubungan pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim. Walaupun tidak lagi terlibat dalam dunia hiburan, diharapkan anak kelahiran Pulau Pinang akan sentiasa murah rezeki dan lebih tenang kehidupannya selepas ini.
|
10
Bagus |
9
Marah |
4
Terkejut |
5
Sedih |
5
Lawak |
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
beta_carotene posted on 25-11-2013 01:04 AM
berani mati ko nk balik keje oil & gas..
walaupun duit masyuk, pressure kerja very high k..
nak2 j ...
espri6006 posted on 25-11-2013 06:29 AM
ha ha...Oil N Gas bukan sekadar offshore jer.....kat Plant pon adooo
ADVERTISEMENT