Seorang pemilik akaun di laman TikTok menarik perhatian umum apabila memuat naik rakaman video sebuah restoran semut yang dibina di atas sebuah kadbod, lapor Suara.com. Menerusi akaun @antrestaurants, rakaman video memaparkan sekeping kadbod yang diletak di atas tanah tertera tulisan ‘Restoran Semut’ dan lapan jenis makanan yang biasa dikerumuni serangga itu. Antara makanan yang diletak pada kadbod itu adalah keju, madu, sirap, coklat Nutella dan agar-agar manis. “Ternyata menu paling popular di restoran ini adalah keju kerana ia paling banyak dikerumuni ‘pelanggan’. “Makanan manis seperti madu dan Nutella seperti tidak mendapat sambutan hangat,” tulis keterangan video.
Idea kreatif pemilik akaun itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang turut memberikan pelbagai idea untuk pembukaan ‘cawangan’ baharu. “Jangan lupa buka restoran untuk buaya ya. Nanti saya suruh bekas kekasih (buaya merujuk kaki perempuan) datang makan di situ,” tulis seorang pengguna media sosial. Sumber: Kosmo
|
any42 replied at 6-8-2021 02:17 PM
klau ank2 buah tgk ni mesti tiru satgi. sorang suka tgk semut brkawat sorang lg suka bg mkn semut. k ...
xastor9 replied at 6-8-2021 04:41 PM
ada jenis-jenis semut memang tak suka gula sangat. kadang-kadang tu bahan-bahan lain macam kekacang, ...
any42: klau ank2 buah tgk ni mesti tiru satgi. sorang suka tgk semut brkawat sorang lg suka bg mkn semut. klau mkn gula2 nmpak semut mesti bg sikit kt semut. ...
bintangct replied at 6-8-2021 08:31 PM
Semut kat umah aku ni suka benor air kosong.. pg2 nk masak air mesti ada semut mati dalam cerek tu.. ...
ADVERTISEMENT