CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sheryl Shazwanie Sedar Masih Sendu, Hanya Hangat Dengan Kisah Cinta Dengan Azzam Sham

6-8-2021 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5669| Komen: 35

Description: Hanya hangat dengan kisah cintanya bersama penyanyi Azzam Sham, selain itu nama Sheryl Shazwanie, 24, tidak pernah terkait dengan sebarang cerita sensasi mahu pun kontroversi.
Hanya hangat dengan kisah cintanya bersama penyanyi Azzam Sham, selain itu nama Sheryl Shazwanie, 24, tidak pernah terkait dengan sebarang cerita sensasi mahu pun kontroversi.


Malah, dia yang juga sudah lali dengan pelbagai kritikan diterima, selesa membiarkan saja apa yang hendak diperkatakan orang terhadap dirinya.

Selama enam tahun membina kerjaya nyanyian, Sheryl atau nama sebenar Sheryl Shazwanie Samsulbahri mengakui banyak dugaan ditempuhi terutama dalam memastikan single yang dirakam mendapat sambutan.


Kredit foto: IG


"Kalau diukur dari segi popular dan nama dikenali, saya sedar masih perlu terus berusaha lagi. Ini kerana, dalam kerjaya nyanyian ada pasang dan surutnya.


"Saya dulu pernah hilang semangat dan rasa tak mahu menyanyi lagi ketika single pertama Hati Hati Dengan Cinta yang dilancar pada 2017 kurang mendapat sambutan.

"Namun, keadaan sebaliknya dengan kehadiran single Perasaan pada 2018 yang membantu saya dikenali segelintir peminat. Jadi, saya rasa selagi ada rezeki menyanyi, baik teruskan saja," katanya.



Muncul dengan single baharu berjudul Jangan Ragu ciptaan Asfan Shah pada Februari lalu, Sheryl berkata, dia gembira lagu itu semakin mendapat sambutan, mesra pendengar dan tersenarai dalam carta lagu popular di radio.

"Saya tak menjangka dalam situasi pandemik sekarang, lagu Jangan Ragu masih ada rezekinya diminati pendengar. Bagi saya, syukur pada Allah kerana masih ada ruang bernafas untuk kerjaya nyanyian ini.

"Hampir dua tahun Covid-19 melanda negara, saya akui sudah lama tidak menyanyi. Malah, untuk promosi lagu Jangan Ragu di radio pun saya tak dapat buat," katanya.



Ditanya mengenai sumber pendapatan, Sheryl tidak berselindung dan memaklumkan ia diperoleh hasil dari saluran YouTube miliknya dan 'review' produk di Instagram.

"Alhamdulillah, sepanjang pandemik ini rezeki pendapatan saya datangnya dari 'content' di YouTube dan Instagram. Cukup untuk menampung kelangsungan hidup saya.

"Saluran Youtube saya hingga kini mempunyai 563,000 'subscriber' dengan 125 video yang dimuat naik. Bahkan, setakat ini juga jumlah tontonan semua video saya mencecah 87 juta.

"Terus terang saya akui hanya mampu bersyukur dengan rezeki Allah. Meskipun kerjaya nyanyian saya seakan suram, tapi rezeki tetap ada dari cabang yang lain. Saya pun bukan selalu muat naik video baharu di YouTube," katanya.


Kata Sheryl lagi, saluran YouTube itu dibangunkannya sejak 2013 dan memuat naik video lagu 'cover' popular dinyanyiankan. Katanya, ia sekadar untuk berkongsi minatnya menyanyi pelbagai jenis lagu.

"Sebenarnya saya pun tak bercita-cita nak jadi penyanyi. Hanya kerana minat, tapi rezeki dari Allah yang sudah membawa saya melangkah sejauh ini. Jadi, sekarang saya ikut 'flow' saja.

"Malah, genre muzik yang sesuai dengan vokal saya adalah balada. Jadi, saya akan terus menyanyikan lagu balada, manakala genre muzik lain pernah juga cuba, tapi kurang dapat sambutan," katanya.



Rakam single duet

Sudah merakamkan beberapa lagu duet 'cover' dan sendiri seperti Suaramu Syairku, Bicara Rasa, Saat Bahagia dan Jika Ini Takdirnya,

Sheryl berhasrat mahu tampil dengan karya duet pada tahun depan.

Bakal berganding dengan kekasih hati, Azzam katanya, mereka sudah berjaya menyiapkan satu lagu duet baharu bersama-sama. Cuma, belum dapat dirakamkan di studio lagi.

"Saya dan Azzam, kami bercadang mahu tampil menyanyi duet dengan lagu sendiri. Apatah lagi, ia sebagai memenuhi permintaan peminat kami. Alhamdulillah, sokongan diterima sangat positif.

"Kami mahu terus cuba berduet lagi walaupun single terdahulu, Jika Ini Takdirnya mendapat sambutan yang baik. Lagipun, menyanyi lagu duet ada cabaran tersendiri," katanya.



Berbicara mengenai lakonan, Sheryl yang berlakon dalam Rusa After Class di YouTube berkata, pembabitannya sekadar mencuba kembangkan bakat seni. Ditambah, dapat peluang dari pihak syarikat rakamannya.

"Untuk lakonan, bagi saya sekarang biar berlakon dalam 'content' YouTube dulu. Saya masih perlu timba banyak pengalaman berlakon lagi jika mahu mencuba nasib beraksi dalam drama selepas ini.

"Apapun, saya tak nak terburu-buru dalam membuat keputusan. Pada saya, rezeki akan tetap datang kepada saya apabila sampai waktunya. Jadi, tak perlu saya nak memaksa diri," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 6-8-2021 11:57 AM
Ko kahwin je la dgn Azam Sham tu pastu jd suri rumah buat bisnes online..
Quote slyfynx 6-8-2021 12:05 PM
Aku tau die ni yang lagu naik LRT tu je
Perasaanku ke hape ntah tajuk die
Quote Belibis 6-8-2021 12:22 PM
Dah dua kali keluar kat cari..cerita pasal kesenduan ko...tetap jugak sendu.
Quote miszclassique 6-8-2021 12:33 PM
RatuDunia94 replied at 6-8-2021 11:57 AM
Ko kahwin je la dgn Azam Sham tu pastu jd suri rumah buat bisnes online..

Buat bisnes online nanti kena ngorat ermmmm bukan sheols pernah citer ke sebelum ni yg ade org nak usha2 dia kt fb bisnes jual tudung ke mende ntah... Mcm terpaling sangat
Quote red_velvet 6-8-2021 12:36 PM
Sapa no.. harommm tak kenallll
Quote nakkomenjugak 6-8-2021 12:39 PM
Shayang replied at 6-8-2021 12:14 PM
Macam mana la tak sendu, tak de rupa artis.
Muka dia ni macam tipikal muka adik bbnu kuar makan 3-4 ...

hahahaahahahahahahaahhaah wehhhhh... on point sangat!
Quote OyenLemas 6-8-2021 12:51 PM
ala shiannn
Quote LadyCarefree 6-8-2021 02:02 PM
Seril ni basic+desa+no aura. Suara pun so-so je. Azzam lak semenjak dgn seril makin nampak sendu.
Quote MidoriHijau 6-8-2021 02:16 PM
Shayang replied at 6-8-2021 12:14 PM
Macam mana la tak sendu, tak de rupa artis.
Gaya dia ni macam tipikal adik bbnu kuar makan 3-4 org  ...

Hahahaha berdelah iols baca. Kejamm tau uols ni. Tapi mmg betul pun. Dah la harqp gossip cinta dgn bf dia yg sendu tu jugakk
Quote MidoriHijau 6-8-2021 02:17 PM
Sendu sangat kau dikk.. mohon benam muka dalam lumpur
Quote jijilaaa 6-8-2021 02:23 PM
muka kedesaan sngat kot..pastu gundu sikit. pastu tak reti edit gambor taruk flter banyak2. pastu kena pandai menari kat tiktok..kena dressing ala2 instafamous...baru la org sukaaaaaa
Quote anilanil 6-8-2021 02:37 PM
Try la dress up cam cikB. Lawa tak lawa belakang cerita yg penting mantul. Ni ko dress up serupa marhaen baik tak payah jadi retis.
Quote NEmma 6-8-2021 03:21 PM
Suara dia ni slow & flat.. Nyanyian xde dinamik... Leman pun ye..xde versatility.. Nak kata xde rupa, ada la jugak sikit..
Quote Whitepinkrider 6-8-2021 03:47 PM
muka tak commercial la dik.. tgk muka gt big size. tp kurus je
Quote mawarkhayalan99 6-8-2021 03:54 PM
Shayang replied at 6-8-2021 12:14 PM
Macam mana la tak sendu, tak de rupa artis.
Gaya dia ni macam tipikal adik bbnu kuar makan 3-4 org  ...

muahahah tepat sangat komen kaka shayang
Quote Acikgomen 6-8-2021 04:02 PM
RatuDunia94 replied at 6-8-2021 11:57 AM
Ko kahwin je la dgn Azam Sham tu pastu jd suri rumah buat bisnes online..

Jgn kata lagu sendu, kisah cinta heshe pun sendu. Whoareyus sgt heshe dgn bopren beserta kisah cinta dgn produk seni deyols semua sendu namampossssss
Quote Shayang 6-8-2021 04:52 PM
MidoriHijau replied at 6-8-2021 02:16 PM
Hahahaha berdelah iols baca. Kejamm tau uols ni. Tapi mmg betul pun. Dah la harqp gossip cinta dgn ...

Maybe dia kena tukar imej kot supaya aura artis tu nampak.

Nama pun panjang sgt nak sebut, simple pun takde janji unik.
Baru org igt.
Quote mesmerize 6-8-2021 04:58 PM
mmg sendu dia ni.. aritu azzam ni menang bigstage tapi ada je muka sheryl ni tag along memana heols muncul..kowser
Quote minah_selekeh 6-8-2021 05:00 PM
Pompuan ni muka suri rumah bukan muka retis.. Alang2 ko nak menempel kat jantan tu, better ko kawen and jadi suri rumah sepenuh masa.. Tak payah susah2 pikir kenapa tak famous..

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.218289 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top