CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Makanan Manis Seperti Madu, Nutella Tak Dapat Sambutan Di Restoran Semut

6-8-2021 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6252| Komen: 37

Description: Seorang pemilik akaun di laman TikTok menarik perhatian umum apabila memuat naik rakaman video sebuah restoran semut yang dibina di atas sebuah kadbod, lapor Suara.com.
Seorang pemilik akaun di laman TikTok menarik perhatian umum apabila memuat naik rakaman video sebuah restoran semut yang dibina di atas sebuah kadbod, lapor Suara.com.



Menerusi akaun @antrestaurants, rakaman video memaparkan sekeping kadbod yang diletak di atas tanah tertera tulisan ‘Restoran Semut’ dan lapan jenis makanan yang biasa dikerumuni serangga itu.

Antara makanan yang diletak pada kadbod itu adalah keju, madu, sirap, coklat Nutella dan agar-agar manis.

“Ternyata menu paling popular di restoran ini adalah keju kerana ia paling banyak dikerumuni ‘pelanggan’.

“Makanan manis seperti madu dan Nutella seperti tidak mendapat sambutan hangat,” tulis keterangan video.




Idea kreatif pemilik akaun itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang turut memberikan pelbagai idea untuk pembukaan ‘cawangan’ baharu.

“Jangan lupa buka restoran untuk buaya ya. Nanti saya suruh bekas kekasih (buaya merujuk kaki perempuan) datang makan di situ,” tulis seorang pengguna media sosial. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 6-8-2021 12:13 PM
Kreatipppp

{:smile
Quote nakkomenjugak 6-8-2021 12:31 PM
hahaahhaha macam2 hal
Quote Tinot7 6-8-2021 12:36 PM
Tingat kat anak buah yg kaki main game. Kecik2 dia suka main game bina kafe.. haha
Quote LH76 6-8-2021 12:42 PM
Bestnya semut dpt mkn free direstoran
Quote Gomea 6-8-2021 12:54 PM
Kalau madu asli memang semut tak makan kan?
Quote OyenLemas 6-8-2021 01:01 PM
ade je semut tuu. tp masa semut tu makan madu & nutella tu. time tu. camera dah off.
Quote doubleharmonic 6-8-2021 01:02 PM
semut tak nak order air ke? tak tercekik ke melantak nutella madu keju bagai?
Quote LadyCarefree 6-8-2021 01:15 PM
Madu tu asli lahtu semut xmakan.
Quote Zaien 6-8-2021 01:37 PM
hHHAHAHAHahaha.. restoran semut eyy
Quote any42 6-8-2021 02:17 PM
klau ank2 buah tgk ni mesti tiru satgi. sorang suka tgk semut brkawat sorang lg suka bg mkn semut. klau mkn gula2 nmpak semut mesti bg sikit kt semut. kje bdk2 ni la ttiba jd byk semut kt rumah.
Quote xastor9 6-8-2021 04:41 PM
ada jenis-jenis semut memang tak suka gula sangat. kadang-kadang tu bahan-bahan lain macam kekacang, biskut yang diorang kerumun..  
Quote komotthecat 6-8-2021 04:46 PM
Salah eja ke?
Quote MissyMolly 6-8-2021 06:47 PM
any42 replied at 6-8-2021 02:17 PM
klau ank2 buah tgk ni mesti tiru satgi. sorang suka tgk semut brkawat sorang lg suka bg mkn semut. k ...

Hahaa lawak weh.. kena bina resto semut jugak la mcm ni
Quote MissyMolly 6-8-2021 06:49 PM
xastor9 replied at 6-8-2021 04:41 PM
ada jenis-jenis semut memang tak suka gula sangat. kadang-kadang tu bahan-bahan lain macam kekacang, ...

Kena tukar la pepatah. Mati semut kerana kejuuuuu
Quote Artemesiaa 6-8-2021 07:01 PM
Semut pun dah mula bimbang akan pengambilan gula mungkin
Quote Itzy 6-8-2021 07:19 PM
any42: klau ank2 buah tgk ni mesti tiru satgi. sorang suka tgk semut brkawat sorang lg suka bg mkn semut. klau mkn gula2 nmpak semut mesti bg sikit kt semut. ...


hahahh aku nak tergelak baca ayat last ko.
Quote bintangct 6-8-2021 08:31 PM
Semut kat umah aku ni suka benor air kosong.. pg2 nk masak air mesti ada semut mati dalam cerek tu.. pelik iols
Quote jas7512 6-8-2021 08:41 PM
bintangct replied at 6-8-2021 08:31 PM
Semut kat umah aku ni suka benor air kosong.. pg2 nk masak air mesti ada semut mati dalam cerek tu.. ...

Btl. Sama mcm i..adakah air suam yg dikerjakan..geram btl...org nak.minum air pun x sng
Quote cyber_mania 6-8-2021 10:50 PM
Lain jenis semut akan suka makanan yg lain.
Hahahaha
Dulu pun aku pernah buat ujikaji mcm ni. Tapi xde la buat serentak mcm dia ni, siap namakan ants restaurant.

Eh mat salleh pun salah eja restaurant?

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.232828 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top