Tidak mahu selesa dengan apa yang dimiliki sepanjang karier seni, penyanyi Alif Satar kini memilih untuk bergerak dalam kumpulan yang dikenali sebagai Alif Satar & The Locos (ASTL).
Berpeluang bekerjasama, pemain Saksofan ASTL iaitu Faliq Auri menyifatkan Alif sebagai seorang penyanyi yang memang dilahirkan dengan bakat besar. "Satu perkara yang menarik bekerja dengan Alif adalah setiap nota lagu yang dinyanyikan tepat. Saya dilahirkan dengan bakat yang boleh mengesan nota lagu. "Jadi, setiap kali nak buat proses rakaman atau menjayakan persembahan dengan Alif, dia tidak pernah nyanyi salah.Dalam masa sama, dia seorang ketua yang bagus dalam band.
"Dia juga penasihat yang baik di mana selalu bagi kata-kata semangat kepada kami semua. Pendek kata, bekerja dengan dia adalah anugerah terindah dalam hidup saya," katanya kepada mStar.
|
husie91 replied at 6-8-2021 11:08 AM
Lima tahun lalu? Why baru tau sekarang.. tp tulah alif ni iols follow dia dr one in a million ke or ...
ADVERTISEMENT