Penduduk Taman Bidara di Selayang, dekat sini, gempar berikutan penemuan mayat seorang wanita dengan kesan melecur seluruh badan mangsa di padang bola sepak kawasan perumahan itu pada awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, mayat itu ditemui dalam keadaan meniarap. “Siasatan awal mendapati, mangsa merupakan seorang perempuan tempatan berumur 32 tahun dan berasal dari Selayang. “Siasatan awal menerusi kamera litar tertutup (CCTV) juga mendapati mangsa telah ke tempat kejadian pada jam lebih kurang 1 pagi hari ini dengan menaiki kenderaannya,” katanya dalam kenyataan sambil menambah pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada jam 7.30 pagi. Menurut Zainal Mohamed, sejurus sampai di lokasi kejadian mangsa telah memberhantikan kenderaan yang dipandu di tepi jalan di kawasan perumahan tersebut lalu keluar daripadanya lalu menuju ke arah padang bola bersama satu objek yang menyerupai tong plastik.
Katanya, polis turut menjumpai barang peribadi dan barang kemas milik mangsa yang ditanggalkan di tempat kejadian. “Hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian tersebut dan siasatan diklasifikasi di bawah Kes Mati Mengejut (SDR). “Polis sedang meneruskan siasatan dan mayat kini dihantar ke Hospital Selayang untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya,” katanya lagi. Sumber: MalaysiaGazette
|
matchstick replied at 5-8-2021 05:55 PM
Ngeri betul cara dia bunuh diri..nekad betul.
Nenolen replied at 5-8-2021 06:34 PM
Innalillah...harap kaka2 porum semua masih waras
miszclassique replied at 5-8-2021 06:45 PM
Waras kot sebab dapat maki semua org kalau dalam porem... No one cares gituhh
miszclassique replied at 5-8-2021 06:45 PM
Waras kot sebab dapat maki semua org kalau dalam porem... No one cares gituhh
naina: Tong plasstik tu ke berisi minyak petrol..Lalu menyimbah diri. SakitnyaaaKenapa tak tembak kepala tuju ke otak terus..gerenti terus gelap. Ntah2 tak s ...
naina replied at 5-8-2021 07:06 PM
Tong plasstik tu ke berisi minyak petrol..Lalu menyimbah diri. Sakitnyaaa
Kenapa tak tembak kepala ...
ADVERTISEMENT