CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 2 Tahun Jalani Pembedahan Bariatrik Kerana Berat Cecah 45kg

5-8-2021 04:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5074| Komen: 41

Ekoran berat badan melampau, Khyati Varshney, 2, menjadi individu termuda di India menjalani pembedahan bariatrik.

Harian Metro melaporkan, doktor menjalankan pembedahan terhadapnya selepas berat badannya mencecah 45 kilogram (kg) menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kesukaran untuk berjalan selain berisiko mengidap pelbagai penyakit kronik.




Kredit foto: Hindustan Times

Pada usia sebegini, berat kanak-kanak sepatutnya antara 12 hingga 15 kg sahaja.

Bagaimanapun, doktor dari Hospital Max di Patparganj mengakui pihaknya gagal mengesan punca kenaikan mendadak berat badan kanak-kanak itu dan khuatir pernafasannya terhenti mengejut ketika tidur berulang kali.


Kredit foto: Brifly News


Malah, ujian pernafasan ketika tidur juga mendapati kadar oksigen kanak-kanak itu menurun sehingga 75 peratus iaitu lebih rendah daripada kadar oksigen kebiasaannya 95 hingga 100 peratus.

Difahamkan, ibu bapa Khyati mengesan kenaikan berat badan anak mereka sejak berusia tiga bulan iaitu 15kg.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xpdckelate 5-8-2021 07:35 AM

Khyati Varshney.
Quote noor2 5-8-2021 07:36 AM
Amboi ko nak... nak sama berat dgn aku.....2 kilo je aku terlebih berat dari beliau....makan apa ni...
Quote rosmahisham 5-8-2021 07:47 AM
Edited by rosmahisham at 5-8-2021 05:57 PM

45 kg ni berat masa aku mengandung..tu pon aku 42kg baby 3kg kot lah ha ha..zmn belajar 40-42kg je..skrg baru la cecah 50++bdk ni mak nye masak hari2 dgn minyak sapi hari2 kot..bila dr jecik perut dh besar ssh nk nk turun..
Quote ketupatnasi 5-8-2021 08:26 AM
Siannya. Sakit la kot tu. Doc tak dapat knl pasti punca berat naik melampau..
Quote edayildiz 5-8-2021 08:37 AM
nampak mcm dh 5 thn rupa baby ni..
sakit agaknya ni..mcm xlogik kan gemuk sbb mkn..bdk kecik umur < 2 thn  mkn apa jer..
kesian tgk kalau bdk gemuk sgt..ank buah i tembam sikit jer..ayahnya kawal mkn terus..dia ckp kalau gemuk ssh besar nnti
Quote nakkomenjugak 5-8-2021 08:57 AM
macam manaaa boleh jadik sebesar tu??
haihhh
Quote supernaturalee 5-8-2021 09:03 AM
xpdckelate replied at 5-8-2021 07:35 AM
Khyati Varshney.

Tembunnya
Rasa nk gumpal pipi tu

Parents ko bg mkn ape yg membesar smpi gini

Quote Tinot7 5-8-2021 09:08 AM
Ingatkan prader-willi
Quote missus_meow 5-8-2021 09:22 AM
nape jd cam tu ye ... maknya elok je 50 kg ... harap2 takdelah penyakit ...
Quote shernazz 5-8-2021 09:50 AM
Dasatnya
Makan apa ni dek..kesiannya kau dek..
Geram.nengok pipi kau..
45kg ni berat iols.masa umo 17 tahun dek..
Quote SedihPedih 5-8-2021 10:22 AM
parents dia dukung dia tak?

i dukung baby 6 m.o, 6kg pun rasa kebas tgn...
Quote syamzana 5-8-2021 10:24 AM
kesian baby ni sebaya anak iols je. mesti sakit neh takkan la berat seangkatan org tua. anak iols yg nonstop mengunyah tu pun br 13kg.tu pun tgk pipi gebu semacam je nak mendebab la tu
Quote naina 5-8-2021 11:06 AM
India memang ramai kes baby obes. Maybe Sebb populasi billion jadi kes cmni selalu ada. Salah satu punca kadang Sebb otak dia takleh hantar signal kenyang. So dia makan je apa ada tanpa rasa bersalah
Quote Whitepinkrider 5-8-2021 02:30 PM
semoga dipermudahkan
Quote CARI-MAL 5-8-2021 04:52 PM
Ekoran berat badan melampau, Khyati Varshney, 2, menjadi individu termuda di India menjalani pembedahan bariatrik.


Harian Metro melaporkan, doktor menjalankan pembedahan terhadapnya selepas berat badannya mencecah 45 kilogram (kg) menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kesukaran untuk berjalan selain berisiko mengidap pelbagai penyakit kronik.






Kredit foto: Hindustan Times




Pada usia sebegini, berat kanak-kanak sepatutnya antara 12 hingga 15 kg sahaja.


Bagaimanapun, doktor dari Hospital Max di Patparganj mengakui pihaknya gagal mengesan punca kenaikan mendadak berat badan kanak-kanak itu dan khuatir pernafasannya terhenti mengejut ketika tidur berulang kali.




Kredit foto: Brifly News




Malah, ujian pernafasan ketika tidur juga mendapati kadar oksigen kanak-kanak itu menurun sehingga 75 peratus iaitu lebih rendah daripada kadar oksigen kebiasaannya 95 hingga 100 peratus.


Difahamkan, ibu bapa Khyati mengesan kenaikan berat badan anak mereka sejak berusia tiga bulan iaitu 15kg.




Sumber: Harian Metro
Quote ophillea 5-8-2021 04:57 PM
Kesiannya... Semoga baik2 aja..
Quote Ayda89 5-8-2021 04:57 PM
Ala kesian nya kecik lagi dah kena operate.. kalau pasal genetik mmg susah la dia nak kurus.
Quote Artemesiaa 5-8-2021 05:00 PM
Kesiannya baru dua tahun dah macam budak tujuh tahun
Quote borrow 5-8-2021 05:54 PM
Ada penyakit kowt. Takkanlah pasal makan ja.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.067739 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top