Pelakon filem Munafik dan One Two Jaga, Izuan Fitri, 19, kini menerima rawatan lanjut di Hospital Selayang kerana penyakit tibi atau batuk kering.
Menurut abang kembarnya, Izuan Fikri, 19, yang dihubungi memaklumkan adiknya itu dikejarkan ke hospital pada 31 Julai lalu selepas diserang sawan. "Setakat ini, adik saya Izuan belum sedarkan diri. Mengikut pemeriksaan doktor memaklumkan penyakit tibi dihidapinya sekitar dua tahun lalu sudah menyerang bahagian otaknya. "Adik saya memang tak tahu dia ada menghidap penyakit tibi pun. Sebelum ini, dia memang kurang sihat apabila selalu batuk dan demam, tapi dia tidak mahu ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan. Jadi, kami ingatkan hanya sakit biasa.
"Cuma, pada 31 Julai lalu ketika saya dan kakak pergi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, Izuan hubungi saya memberitahu tangan dan kakinya kebas serta tidak boleh bergerak untuk ke tandas," katanya dalam nada sebak kepada Harian Metro. Menurut Izuan Fikri lagi, sebaik balik ke rumah dia terus membawa adiknya itu ke hospital dan ketika dalam perjalanan Izuan terus diserang sawan. "Saya mohon pada semua orang untuk sama-sama mendoakan adik saya supaya dia sedar semula dan kembali sihat. Sekarang, dia tidur saja tapi jika disentuh masih ada tindak balas dan pergerakan. "Doktor juga akan membuat pemeriksaan lanjut ke atas adik saya pada bahagian otaknya untuk memastikan kaedah rawatan terbaik dan sesuai termasuk melakukan pembedahan," katanya lagi. Dia yang kini menjaga adiknya di hospital berkata mereka sekeluarga sangat sedih dengan apa yang menimpa Izuan itu. Ujarnya, dia mohon pada orang ramai bantu titipkan doa-doa yang baik buat adiknya. Pada Ogos tahun lalu, Izuan Fitri tampil mempromosikan filem Butak lakonannya yang diarahkan pelakon dan pengarah, Sabri Yunus yang membariskan pelakon lain seperti Fimie Don, Melly Amalin, Khatijah Tan dan Kazar Saisi. Terdahulu, sepanjang pembabitan dalam lakonan, Izuan juga pernah meraih trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin (ASK) TV3 pada 2015 dan Pelakon Kanak-kanak TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2016. -CARI Sumber: Harian Metro
|
supermum replied at 4-8-2021 12:06 PM
Kesiannya. Since 2 tahun lepas dah tak sihat, means sejak umur 17. Parents tak bawak berubat ke. Kir ...
3480 replied at 4-8-2021 12:47 PM
Aku slalu cek tibi kat kk sbb tiap tahun batuk sampai 3-5 bln.. dr zmn u lg tp bukan tibi.. kata dok ...
umbut replied at 4-8-2021 11:56 AM
Tb ni yg inject bcg tu kan.. Masa sekolah ngan baby.. Sebab tak vaksin ke.. Tanya je ni
ADVERTISEMENT