Seorang lelaki maut selepas kepalanya dipijak sekumpulan gajah liar di kebun getah di daerah Musi Rawas. Lapor Tribunnews, banyak kesan tapak kaki haiwan itu ditemukan di sekitar lokasi mayat mangsa, Adiyosmora, 46.
Bapa saudara mangsa, Lukman berkata, dia menemui mangsa dalam keadaan sudah tidak bernyawa. Katanya, kesan tapak kaki gajah masih berada di kepala mangsa yang mengalami kecederaan sangat serius. Malah, tubuh badannya juga dipenuhi kesan lebam akibat serangan itu. “Mangsa mungkin cuba menghalau sekumpulan gajah keluar yang memasuki kebun getahnya. “Namun, disebabkan jumlah gajah yang banyak menyebabkan mangsa terjatuh dan terseret sebelum dipijak-pijak oleh haiwan itu,” katanya. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT