CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Didenda S$2,000 Kerana Daun Pandan

3-8-2021 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1901| Komen: 8

Seorang lelaki berusia 63 tahun didenda S$2,000 oleh sebuah mahkamah daerah di Singapura kerana membantu seorang lelaki lain menceroboh kawasan larangan tentera semata-mata untuk mengambil daun pandan.


Ng Kiong Hoe mengaku bersalah mempunyai niat sama dengan Cheng Lee Meng, 61, untuk memasuki tapak latihan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) secara haram di Lim Chu Kang.

Menurut laporan Berita Mediacorp, Lee Meng yang berdepan tuduhan sama bagaimanapun mempertikaikan fakta dan menuntut untuk dibicarakan. Tidak dinyatakan di mahkamah apakah fakta yang tidak dipersetujui lelaki itu.


Ng Kiong Hoe (kiri) bersama Cheng Lee Meng (kanan) dihadapkan ke mahkamah kerana menceroboh kawasan larangan tentera. - AGENSI

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Gabriel Choong memberitahu mahkamah bahawa Lee Meng didakwa meminta Kiong Hoe untuk menemaninya ke Ama Keng Road Track 9 yang ditutup kepada orang awam dengan sebuah pagar bermangga, pada pagi 9 September tahun lalu.


Kedua-dua lelaki terbabit menuju ke tapak latihan itu pada petang hari tersebut dengan menaiki van milik Lee Meng.

Setibanya mereka di sana, Kiong Hoe keluar dari van untuk membuka pagar dengan menggunakan kunci yang diberi Lee Meng.

Tidak dinyatakan bagaimana Lee Meng memperoleh kunci tersebut.

Bagaimanapun, sebaik sahaja Kiong Hoe mahu menutup pagar di belakangnya, seorang pegawai waran dari SAF menahan mereka.

DPP berkata, Kiong Hoe enggan memberitahu pegawai waran itu mengapa mereka berada di sana tetapi apabila disiasat polis, dia mendakwa mereka mahu mengambil daun pandan.

Kiong Hoe yang tidak diwakili peguam, merayu agar hukumannya diringankan dan memberitahu mahkamah menerusi seorang jurubahasa Mandarin bahawa dia bekerja sebagai pemungut pinggan mangkuk di sebuah kedai kopi dan ‘tidak ada banyak kerja untuk dilakukan kerana peraturan tidak boleh duduk makan di luar’.

Hakim Daerah Luke Tan memberitahu Kiong Hoe bahawa dia mungkin mengganggu operasi ketenteraan atau membahayakan keselamatan diri dan yang lain dengan berada di kawasan larangan tersebut.

“Ada tanda-tanda jelas (memberi amaran kepada anda agar tidak masuk). Bahkan, ada seorang askar memegang senapang,” kata hakim itu.

Beliau merujuk kepada dua papan tanda yang didapati di sekitar kawasan tersebut yang bertulis: ‘Tempat Larangan. Dilarang masuk jika tiada kebenaran’ (dalam empat bahasa berbeza).

Pada awal pembicaraan kes itu, Hakim bertanya kepada Lee Meng mengapa dia memilih untuk mempertikaikan fakta kes sedangkan dia sudah dihadapkan ke mahkamah untuk perkara tersebut buat beberapa kali.

Lee Meng mendakwa itu adalah kali pertama dia mendengarnya dan akan dihadapkan semula ke mahkamah pada 19 Ogos ini.

Jika didapati bersalah, dia boleh didenda sehingga S$20,000, dipenjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 3-8-2021 11:19 AM
Pada awal pembicaraan kes itu, Hakim bertanya kepada Lee Meng mengapa dia memilih untuk mempertikaikan fakta kes sedangkan dia sudah dihadapkan ke mahkamah untuk perkara tersebut buat beberapa kali

Heheheheehheeh masih kiasu yachhh wp memang dah salah masuk ke tempat larangan
Quote batmana 3-8-2021 11:26 AM
Denda USD 2k ke 20k?
Quote merrissa 3-8-2021 01:11 PM
dahhh sapa yg tanam  pandan kat situ??

minta la tentera pindahkan ke dalam pasu
Quote Annaquinn009 3-8-2021 01:13 PM
dah kenapa pakcik oii
Quote cha-cha 3-8-2021 02:15 PM
Pacik itu spy kah?         
Quote Jorja 9-10-2021 07:59 AM
Boleh aja tanam sendiri pandan dalam pasu.. beraniny lahai uncle ni masuk kem tentera.
Quote emera 9-10-2021 09:43 AM
Saja nak thrill laa tuuu…
Quote becir 9-10-2021 09:50 AM
Beli kat market berapa dollar je kahkah

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.040425 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top