CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Berlaku Adil Dengan Industri Kami, Bagilah Kami Buat Drama Dulu" - Erma Fatima

3-8-2021 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5815| Komen: 36

Description: Pelakon dan pengarah Erma Fatima berharap kerajaan dapat segera memperhalusi semula undang-undang yang telah ditetapkan ketika fasa pandemik Covid-19 ini lebih-lebih lagi bila melibatkan sektor indust ...
Pelakon dan pengarah Erma Fatima berharap kerajaan dapat segera memperhalusi semula undang-undang yang telah ditetapkan ketika fasa pandemik Covid-19 ini lebih-lebih lagi bila melibatkan sektor industri kreatif.


Menurut Erma, kebanyakan pemain industri ketika ini sudah tidak mampu lagi untuk berdiam diri dan kini mungkin sudah tiba masanya untuk kita membiasakan diri menjalani kehidupan normal meskipun kadar kes pandemik di negara ini masih belum menunjukkan tanda-tanda akan berakhir.


Kredit foto: IG Erma

“Saya memohon agar pihak berwajib dapat berlaku adil dengan industri kami. Industri kita sangat kecil jika dibandingkan dengan industri luar.

“Memang benar kes Covid-19 sedang meningkat tapi kita sebenarnya sudah tiada masa lagi untuk lari dan menyorok. Sekarang adalah masa untuk kita berfikir bagaimana untuk hidup dalam keadaan Covid-19.

“Macam mana caranya untuk kita hidup dalam keadaan ini adalah dengan jaga SOP dan sebagainya. Sampai bila orang industri saya tak boleh bekerja. Perkara ini sangat penting,” katanya kepada MH.

Erma berkata sedemikian ketika sesi sidang media drama terbaru arahannya yang berjudul Lockdown secara virtual baru-baru ini.

Dalam pada itu, kakak kepada pelakon, Umie Aida ini turut mendedahkan keadaan ketika ini sudah cukup tenat buat para pemain industri terutamanya buat mereka yang bekerja secara ‘freelance’.



“Kita tak pernah wujudkan kluster lagi setakat ini tapi sekarang ini ramai kru-kru saya yang sengsara. Ada yang kena tendang keluar daripada rumah sebab tak boleh bayar sewa, kena potong elektrik dan ada yang merempat.

“Kita kerja pun maksimum 30 orang. Kalau tak nak bagi ramai-ramai pun boleh la tangguhkan dulu pengambaran filem. Tapi bagilah kami buat drama dulu supaya mereka semua dapat duit,” jelasnya lagi.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 3-8-2021 11:02 AM
Jap kedai baju kasut sume dah blh buka blk ke mcm before 1jun?
Quote krustykrab 3-8-2021 11:21 AM
Kedai gunting rambut bila nk buka
Quote Rotisserie 3-8-2021 11:36 AM
Haih, xpyh buat drama la. Tgk je gelagat ahli politik kat msia ni. Lg full of drama
Quote ElizabedahTan 3-8-2021 11:38 AM
Drama cam taik tak payah. Jual sambal dlm shopee je.
Quote arffa 3-8-2021 11:39 AM
Aku layan tik tok je lama tak tengok tv
Quote edayildiz 3-8-2021 11:41 AM
car wash dh bukak ke? keta i dh berkulat rasanya
Quote isbritneybich 3-8-2021 12:08 PM
banyak lagi industri yang penting dari buat drama mengarut2 ambik instafemes kayu tu acik erma
Quote NEmma 3-8-2021 12:16 PM
Penyanyi pun kesian gak.. Dah lama rasanya show tak dibenarkan.. Drama ada la jugak jalan sekejap hari tu... Bagi la dorang buat virtual showcase.. Kru x ramai pun.. Siapa nak tgk beli tiket..
Quote dreamcatcher 3-8-2021 12:24 PM
.. drama dia bkn best pun
Quote intan244 3-8-2021 12:59 PM
krustykrab: Kedai gunting rambut bila nk buka

ya, tolong la bukak salon kat kl ni. rimas dah rambut panjang
Quote Kitty_catz 3-8-2021 01:25 PM
ura2 kata until september

maka mmg 3 full months lockdown utk industries yg tak tersenarai dlm fasa 1

at least musicians gomen bg busking kat ppv

tp retis ni rata2 jutawan khuennn.. so apa la sangat 3 bulan takde job
Quote nubook 3-8-2021 06:02 PM
Hopefully malaysia akan ckt capai herd immunity. Hopefully bila dah capai herd immunity kita akan dpt hidup mcm before ni
Quote cheezel 3-8-2021 09:28 PM
Takde drama2 org gaji kawin org kaya pun rakyat malaysia masih boleh hidup. Banyak g sektor lagi penting
Quote gadisbunga91 3-8-2021 09:50 PM
Drama juta ke. Bosanla drama malaysia pn
Quote tejarieza 3-8-2021 09:59 PM
Drama dia bosan jerrr…xpentingg nexttt
Quote AshkieLa 4-8-2021 12:07 AM
ade try tengok drama lockdown dia...
idea tu ade.. tapi jalan cerita n skript tak berapa ngam...
banyak membebel yang tak on point...
hujung2 jadi mengantuk lagi2 waktu tayangan kul 11 mlm.
memang tutup tv tidur jelaa...
Quote Ninani 4-8-2021 12:18 AM
Bagi peluang untuk buat drama ceo ke?
Quote jargon 4-8-2021 01:10 AM
Hello,industry seni msia lingkup pon,aku masih boleh layan netflix,youtube…dah brp lama xtgk drama dan xlayan drama..kecuali klu drama tu letak sazzy falak dan que haida jd lead..baru aku layan..
Quote heythere123 4-8-2021 04:18 PM
kalau setakat drama syok sendiri, takpe la makcik

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.056731 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top