CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lahirkan Anak, Ada Mata Kecil Bawah Kulit-Haiwan Aneh Digelar Ular Zakar

3-8-2021 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3189| Komen: 15

Description: Sekumpulan saintis di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) kini mengkaji sejenis haiwan aneh yang digelar ‘ular zakar’ yang muncul di negeri itu dan dipercayai berasal dari rantau Amazon, lapor akh ...
Sekumpulan saintis di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) kini mengkaji sejenis haiwan aneh yang digelar ‘ular zakar’ yang muncul di negeri itu dan dipercayai berasal dari rantau Amazon, lapor akhbar Mirror UK baru-baru ini.


Saintis percaya bahawa haiwan bernama caecilian yang ditemui baru-baru ini itu adalah spesies pertama seumpamanya ditemui di sebuah terusan di Miami pada tahun 2019.

Caecilian pertama ditemui di Miami itu memiliki saiz sepanjang 61 sentimeter (sm). Ia kemudiannya disimpan di dalam sebuah tangki sebelum ditemui mati akibat enggan makan.

Foto: Getty

Haiwan amfibia yang boleh membesar sehingga panjang 152 sm itu kebiasaannya boleh ditemui di rantau Amerika Selatan dan Tengah, Afrika serta Asia Selatan.


Caecilian bukan merupakan spesies  ular kerana ia tidak mempunyai ekor dan bukan juga cacing kerana mempunyai tengkorak  serta tulang belakang.

Haiwan itu juga melahirkan anak dan tidak bertelur selain beberapa spesies mempunyai mata kecil di bawah kulitnya.

Ia juga dijual sebagai haiwan peliharaan pada harga antara AS$300 (RM1,268) hingga AS$1,000 (RM4,226).

“Saya tidak pernah terfikir bahawa kita akan menemui seekor caecilian di Florida. Jadi, ini merupakan satu penemuan yang mengejutkan,” kata Pengurus Koleksi Herpetologi Muzium Florida, Coleman Sheehy.

Tambah Sheehy, pihaknya akan mengenalpasti sama ada haiwan itu  adalah daripada spesies invasif yang akan mengancam ekosistem Florida. 

“Selain  makan anai-anai, caecilian turut boleh menelan ular kecil, katak dan cicak dengan mangsa akan ditelan sepenuhnya tanpa mengira saiz,” kata Sheehy. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 3-8-2021 11:12 AM
macam2 spesis.
spesis apa lagi yang donya belum jumpa kan
Quote naina 3-8-2021 11:14 AM
Itu belut kan..
Ular zakar menda
Quote xmatrempit 3-8-2021 11:18 AM
entah la.. org putih mungkin xpernah tgk belut.
Quote tompie 3-8-2021 11:22 AM
ini belut apa? biasa belut leper panjang.
Belut ni kot yang orang China tu masukkan dalam jubur dia nak kasi lega sembelit
Quote RaraLavenda 3-8-2021 12:57 PM
Rupa dia mmg pelik.
Quote angelofish 3-8-2021 01:01 PM
legless lizard
Quote becir 3-8-2021 01:02 PM
Ala siannya, mati dia sebab tak nak makan..
Quote giyomi 3-8-2021 04:21 PM
klu akak lebih rela diulit zakar dari ular zakar ni geli siak
Quote Artemesiaa 3-8-2021 04:29 PM
Macam2 pulak mahkluk pelik mula muncul
Quote bellaamsar 3-8-2021 04:43 PM
Caecilia ni la ada dalam buku teks sains darjah 5 kot. First time tengok benda ni
Quote raihaneem 3-8-2021 05:04 PM
Mcm cacing...
Gelii..
Belut pun tk mkn...
Quote Knowlee 3-8-2021 10:07 PM
Ciptaan Allah Maha Kuasa...
Quote cecari 3-8-2021 10:32 PM
nakkomenjugak replied at 3-8-2021 11:12 AM
macam2 spesis.
spesis apa lagi yang donya belum jumpa kan

binatang ni ada di semua negara di asia tenggara termasuk malaysia...  
Quote Decaffeinated 3-8-2021 11:53 PM
Zakar bangsa apa yang berlingkar macam tu

Quote vokay 4-8-2021 10:28 AM
Issh...sungguh menggelikan

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.148461 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top