CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Menangis Keluar Kelas Lepas Sedar Bedah Mayat Rakan Sendiri

3-8-2021 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4520| Komen: 30

Pelajar perubatan keluar dari kelas anatomi sambil menangis selepas menyedari mayat yang dibedahnya merupakan jasad rakan lamanya yang dipercayai dibunuh.

Enya Egbe, pelajar di University of Calabar di Nigeria terkejut melihat jasad rakannya, Divine yang dikenali selama tujuh tahun terbaring di meja pembedahan bersama dua mayat lain.



Kredit foto: Daily Star

Bercakap kepada BBC seperti dipetik Daily Star, pelajar berusia 26 tahun itu berkata, "Kami selalu ke kelab bersama. Terdapat dua kesan tembakan peluru di dada kanannya."

Dilaporkan, sering berlaku kejadian orang hilang atau mayat individu tidak dituntut oleh ahli keluarga.

Berikutan undang-undang di Afrika barat, mana-mana mayat yang tidak dituntut akan berakhir di bilik mayat milik kerajaan dan kemudian diserahkan kepada sekolah perubatan untuk tujuan pembelajaran.


Gambar hiasan

Susulan penemuan mengejutkan itu, Enya menghubungi keluarga Divine.

Difahamkan keluarga Divine mencari mayatnya dan menghubungi tiga balai polis tetapi usaha mereka gagal. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 3-8-2021 11:04 AM
kesiannya...
Quote darkness 3-8-2021 11:04 AM
Aduhh siannya..
Quote honeybee1802 3-8-2021 11:09 AM
Kesudahan hidup 2 sahabat...huhu..kena tembak lak tu...
Quote Lolalala 3-8-2021 11:37 AM
Alahai...kesian. moga keluarga dapat laaa tuntut semula mayat beliau
Quote missycutie 3-8-2021 11:44 AM
sedihnya......
Quote cyber_mania 3-8-2021 11:49 AM
Sedih nya

" Berikutan undang-undang di Afrika barat, mana-mana mayat yang tidak dituntut akan berakhir di bilik mayat milik kerajaan dan kemudian diserahkan kepada sekolah perubatan untuk tujuan pembelajaran."

Malaysia amalkan polisi yg sama ke?
Quote MissyMolly 3-8-2021 11:51 AM
Lahai.. nangesss
Quote MoneyMatters 3-8-2021 11:52 AM
Sedihnyaaa.. Mesti terkejut sgt tgk mayat kwn
Quote Supersirap 3-8-2021 11:52 AM
Semoga tabah dalam menjalani liku-liku kehidupan
Quote twins 3-8-2021 11:53 AM
nasib baik la dia yg bedah mayat tu... kalau tidak sampai bila2 la family ingat lelaki tu "hilang" tanpa kabar berita.... at least sekarang mayat tu dah dipulangkan kepada family untuk di uruskan.
Quote LadyCarefree 3-8-2021 12:29 PM
cyber_mania replied at 3-8-2021 10:49 AM
Sedih nya

" Berikutan undang-undang di Afrika barat, mana-mana mayat yang tidak dituntut akan ber ...

Tak. Akan ditanam juga. Mayat untuk belajar guna yg beli dari india.
Quote RaraLavenda 3-8-2021 01:05 PM
Kesiannya.
Quote mejaputih 3-8-2021 01:10 PM
kesiannya....
Quote VirginLady 3-8-2021 01:13 PM
dia dah bedah pastu baru perasan ke..

atau,

mayat tu atas meja sedia utk dibedah tp sebabkan dia kenal maka x jadi la terus call family

atau dah call family pastu sbb mati dibunuh tetap kena bedah jugak


hahahhaahhaha
Quote Zaien 3-8-2021 01:33 PM
sedihnya.. alih2 kwn sndiri... nsib dpt cam n inform kluarga
Quote printercomel 3-8-2021 02:52 PM
mesti dia tak boleh main candy crush dah lepas ni. sebab ada nama kawan baik dia dalam game tu.

Divine~! Sugar Rush
Quote Itzy 3-8-2021 07:33 PM
nampaknya Allah nak bagi pertemu dia dan mayat kawannya supaya mayat kawan dia tak jadi bahan subjek perubatan.
Quote NekNgah 4-8-2021 10:51 AM
Ada closure untuk keluarga dan rakan-rakan. Taklah mereka tercari-cari lagi.  Ada juga kubur untuk diziarah. Salaam takziah.
Quote Decaffeinated 4-8-2021 11:02 AM
VirginLady replied at 3-8-2021 01:13 PM
dia dah bedah pastu baru perasan ke..

atau,


Semua boleh. Sebab berita tu pun tak cerita habis.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.045542 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top