CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

15 Jam Merana Puyu, Mata Kail Tersangkut Di Kerongkong

3-8-2021 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1565| Komen: 11

Seorang lelaki terpaksa dibedah akibat tertelan seekor puyu yang tersangkut di kerongkongnya.

Lapor Tribunnews, mangsa, Syamsudin, 32, terpaksa menahan sakit selama 15 jam akibat kejadian pada Khamis lalu jam 2 petang ketika keluar memancing di desa Palajau.


Ketika memegang joran kedua, tangan lelaki itu masih memegang ikan puyu dari joran pertama.



Dia kemudian menggigit ikan puyu itu kerana kedua-dua tangannya sedang sibuk mengambil ikan pada pancingan kedua. Ikan yang digigit itu kemudian secara tidak sengaja bergerak-gerak sehingga masuk ke anak tekaknya.

Adik mangsa, Ahmad mengesahkan kejadian yang menimpa abangnya. Katanya, ikan itu tersangkut di kerongkong abangnya selama berjam-jam.

Keluarga mangsa kemudian membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Ikan puyu merupakan jenis ikan yang memiliki sirip berduri pada sisi kiri dan kanannya.


Dr Arif berkata, setelah dilakukan ujian X-ray, ikan itu agak besar untuk dikeluarkan dari mulut mangsa kerana siripnya yang berduri sudah tersangkut di dinding tekak.

Jelasnya, mata kail juga didapati turut tersangkut pada bahagian kerongkongnya.

Pasukan perubatan berusaha sebanyak lima kali untuk mengeluarkan ikan itu, namun tidak berjaya sebelum dia dirujuk ke Hospital Ulin di Banjarmasin bagi rawatan lanjut dan ikan itu berjaya dikeluarkan selepas operasi pembedahan dengan memotong sirip ikan tersebut dilakukan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 3-8-2021 11:08 AM
ouchhhhhh ngeri nyaaa baca!
Quote Kurex 3-8-2021 11:09 AM
Ngilunya... Dah la tajam halus je mata tu
Quote naina 3-8-2021 11:10 AM
Ohh kat Indon. Ingat kat Malaysia..sebb fikir Bakke doktor buat emergency operate dalam sibuk Covid ni. Tapi dulu pon pernah dengar ikan puyu melompat masuk ke kerongkong budak tersangkut lalu mati.. bahaya ohhh
Quote huJanBaTu 3-8-2021 11:15 AM
nape tak pakai mask? hehe
Quote Lolalala 3-8-2021 11:39 AM
Adoiii bayang gigit puyu tu pun geli tekak pikir
Quote Supersirap 3-8-2021 11:54 AM
x tahu nak bayangkan perasaan sakitnya tu
Quote white_musk 3-8-2021 11:57 AM
Ikan puyu itu juga terseksa
Quote twins 3-8-2021 11:57 AM
masa kecik2 dulu kalau abang gi mancing ikan puyu mak selalu pesan..  elok2 handle ikan tu sebab bahaya... masa budak2 mak pesan jgn mulut ternganga...hiihihihi..  tp memang mak cerita kes mcm ni la pasal puyu masuk dalam kerongkong ..
Quote spankee_fili 3-8-2021 11:58 AM
Nasib baik tak sesak nafas
Quote Artemesiaa 3-8-2021 12:10 PM
Perbuatan yang benar2 mengundang bahaya buat diri sendiri nasib dah dapat bantuan
Quote Zhana 3-8-2021 12:14 PM
naina replied at 3-8-2021 11:10 AM
Ohh kat Indon. Ingat kat Malaysia..sebb fikir Bakke doktor buat emergency operate dalam sibuk Covid  ...

kawan sekolah anak saya pernah kena macam tu. Meninggal... Dulu dah lama. Masa tu parents dia buat haji pula tu. Kesian

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.138565 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top