Mataram: Berang disuruh menggoreng ikan, seorang wanita di Nusa Tenggara Barat, Indonesia bertindak menyiram minyak panas ke atas suaminya yang sedang baring.
Kejadian berlaku pada jam 4.30 petang, 31 Julai lalu di rumah pasangan berkenaan di perkampungan Dena, Madapangga, Bima, menurut Kompas. Akibat kejadian, lelaki itu dikenali Anwar, 50, mengalami lecur di muka dan badan serta dirawat di hospital. Polis sudah menahan wanita terbabit yang berusia 40 tahun susulan laporan dibuat keluarga mangsa. "Tidak lama selepas laporan itu, sepasukan anggota ke kampung itu untuk menahan suspek. Dia kemudian dibawa ke balai polis Bima untuk tindakan lanjut," kata Ketua Polis Madapangga, Iptu Ruslan.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi menyiasat motif sebenar wanita itu melakukan perbuatan demikian terhadap suaminya. "Berdasarkan keterangan anak kandung mangsa, ibunya melakukan demikian gara-gara mangsa meminta dia menggoreng ikan. "Ketika mangsa baring, tiba-tiba suspek datang mencurah minyak goreng panas ke atas suaminya," katanya. Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Madapangga oleh jirannya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
naina replied at 3-8-2021 11:13 AM
Laki India harus nikah sama perempuan Indon. Baru buku bertemu ruas.
ADVERTISEMENT