THE Wrap melaporkan, pelakon dan model jelita, Kate Upton bakal membintangi filem terbaru yang diangkat dari siri televisyen popular, Entourage. Bintang The Three Stooges itu telah ditawarkan watak utama oleh Warner Bros, iaitu watak sebagai cinta baru kepada Vincet Chase lakonan Andrian Grenier. Selain bintang Tower Heist itu dan Grenier, pelakon lain yang membintangi filem itu ialah Kevin Connolly, Kevin Dillion, Jery Ferrara dan Jeremy Piven. Filem itu akan memulakan proses penggambaran pada Januari tahun hadapan. Entourage mula bersiaran di saluran HBO pada 2004, menceritakan kejayaan Vincent Chase (Andrian Grenier) sebagai bintang filem terkenal di Hollywood. Dalam perkembangan lain, Upton bakal muncul dengan filem terbarunya bergandingan dengan Cameron Diaz dalam The Other Women yang bakal ditayangkan pada 1 Mei tahun hadapan.
|
ADVERTISEMENT