Seorang lelaki Britain dipenjara lebih lima tahun hari ini kerana melakukan kempen pembunuhan kucing selama beberapa bulan di sebuah bandar tepi laut.
Seorang hakim Mahkamah Diraja Hove Crown, selatan England menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan tiga bulan terhadap Steve Bouquet yang merupakan seorang bekas pengawal keselamatan berusia 54 tahun. Dia didapati bersalah membunuh sembilan ekor kucing dan mencederakan tujuh yang lain di bandar peranginan Brighton, demikian menurut Perkhidmatan Pendakwaan Diraja (CPS). Sebilangan pemilik haiwan berkenaan menghadiri sesi pembacaan hukuman tersebut. Pemilik-pemilik tersebut menemui kucing mereka dalam keadaan berdarah di depan pintu kediaman masing-masing akibat serangan pisau.
Hakim Jeremy Gold berkata, pembunuhan yang dilakukan Bouquet antara Oktober 2018 hingga Jun 2019 itu adalah kejam dan berterusan. Bouquet didapati melakukan kesalahan jenayah dan memiliki pisau. Dia berdepan pertuduhan melakukan jenayah kerosakan dan bukan kekejaman terhadap haiwan kerana Bouquet tidak memiliki haiwan tersebut. “Pertuduhan ini juga membawa hukuman yang lebih serius,” kata CPS. Bouquet beroperasi pada waktu malam dan polis pada mulanya sukar mencari petunjuk. Namun, dia kemudian dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) setelah pemilik kucing pertama yang dibunuh memasang kamera di luar rumahnya. Rakaman CCTV menunjukkan Bouquet pergi kepada seekor kucing dan menikam haiwan itu dengan pisaunya. Kucing itu berlari pulang ke rumah pemiliknya dan kemudian mati. Pemilik haiwan itu kemudian menjejaki kesan darah dan melihat terdapat kamera CCTV, lapor akhbar The Times. Dua hari kemudian, pemilik rakaman itu melihat Bouquet dan menghubungi polis. Motif serangan kejam itu masih tidak jelas walaupun polis mendapati dia telah melakukan carian internet untuk video anjing menyerang kucing. -CARI Sumber" Kosmo
|
BlousePutih replied at 31-7-2021 05:51 PM
Tgk kepala pun nampak bad vibes dah
Adrif replied at 1-8-2021 12:02 AM
kerna botet setitik, rosak botet sebelanga
BlousePutih replied at 1-8-2021 06:21 AM
Tidaklah pukul rata utk kesemua botet semesta alam
Khas untuk botet yg dituduh shj
U botet yg he ...
Adrif replied at 2-8-2021 12:58 PM
sampai hati tuduh kita botet
see you in court, under body shaming and sexual harassment of ...
ADVERTISEMENT