CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Keith Foo Kembali Kepada Bekas Isteri?

30-7-2021 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20619| Komen: 78

Pelakon Keith Foo menafikan dia sudah kembali bersama bekas isterinya yang juga model, Kim Raymond.

Keith berkata, walaupun hubungan mereka baik, namun mereka tiada perancangan untuk bersatu semula sebagai pasangan suami isteri.


Kredit foto: IG

"Tidak dinafikan memang ramai yang ingat kami sudah kembali bersama sebab hubungan kami berjalan dengan baik dan tiada apa-apa masalah.

"Cuma buat masa ini kami memang tiada perancangan ke arah itu sebab sudah selesa dengan kehidupan begini. Lagipun kami sedar mungkin jodoh sudah tertulis untuk tidak bersama, sebaliknya jodoh kami lebih kuat sebagai kawan karib.

"Saya sangat bersyukur sebab hubungan kami memang tiada apa-apa masalah selepas membawa haluan masing-masing. Kami boleh pergi bercuti sama-sama dan meluangkan masa bersama anak," katanya.




Menurut Keith, walaupun dia dan bekas isteri sudah tidak tinggal sebumbung namun mereka kerap bertemu dan saling bergantung antara satu sama lain demi anak tercinta, Skylar Raymond.

"Rumah kami memang sangat dekat dan mudah untuk saya berjumpa anak setiap masa. Kalau ada masa terluang seperti tiada penggambaran, hampir setiap hari saya ke rumah Kim untuk berjumpa anak. "Sejujurnya perasaan kekok memang tidak ada. Mungkin sebab kami sudah berkawan lama, jadi kami tak boleh pentingkan diri sendiri. Kami perlu ketepikan apa saja masalah yang berlaku sebelum ini sebab kami berdua yang bersepakat untuk mahukan anak jadi perlu bersama untuk membesarkan Skylar dengan penuh kasih sayang," katanya.



Dalam pada itu, Keith kini aktif menyertai kerja-kerja sukarelawan kelolaan St John Ambulance Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dengan melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Keith mendirikan rumah tangga dengan Kim pada November 2015 dan mereka dikurniakan anak pada 30 Mei 2017.




Bagaimanapun hubungan mereka tidak bertahan lama apabila pasangan itu sah bercerai pada Disember 2019. -CARI

Sumber: Harian Metro
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wasabi29 30-7-2021 01:20 PM
Muka Skylar sebijik ikut muka bapak kimchi ! So cute !
Quote Ayda89 30-7-2021 01:22 PM
Comelnya skylar hikhik
Quote edayildiz 30-7-2021 01:26 PM
mmg cute ank dorg ni..tp i suka jgk tgk kim ni..nampak relax..pastu takde nmpk flex sgt pun..nape dorg cerai eh?
kim pun ada bf melayu kan xsilap
Quote Olleo 30-7-2021 01:37 PM
Anak dia comel, aku suka tgk
Quote Incanto 30-7-2021 01:44 PM
so cute lah budak skylar ni

aku jeles tgk body kimchi.... pakai apa pun cantik
Quote Eliadaisy83 30-7-2021 01:45 PM
Cantiknya rumah...harap ada la rezeki aku nak memiliki rumah sendiri hatta flat ppr sekali pon.
Quote auntyonion 30-7-2021 01:48 PM
Kim wangiiii {:shy helokkk {:love
Quote Addrianna 30-7-2021 01:55 PM
Aku suka ja bini dia ni pakai apa pun cantik ja
Quote Nnasda53 30-7-2021 01:58 PM
Cute anak depa.
Quote dudaberhias 30-7-2021 02:01 PM
anak dia comel... menjadi herlokkk...

terbalik pulak sekarang sebab bapak dia nampak ala2 kepam gittew dalam gambar walaupun ada la telefilem dia baru2 ni masih nampak wangi....entah2 aura dah transfer kepada anak...
Quote RaraLavenda 30-7-2021 02:01 PM
Muke anak dia comellll
Quote hidet 30-7-2021 02:04 PM
edayildiz replied at 30-7-2021 01:26 PM
mmg cute ank dorg ni..tp i suka jgk tgk kim ni..nampak relax..pastu takde nmpk flex sgt pun..nape do ...

ye..bf malay..director drama/movie
Quote makadek 30-7-2021 02:10 PM
Diorg bole jd kawan
Agak2 hari2 dh kata melepak sama2 tk rasa ke nk berhubungan intim ..

Ada org dh bercerai elok berkawn diorg mmg tkleh match sbgai suamiisteri dlm segala urusan rumahtangga
Quote margo20 30-7-2021 02:28 PM
buat ape la kawin balik kalau tak kawin pun macam sama je
Quote edayildiz 30-7-2021 02:30 PM
hidet replied at 30-7-2021 02:04 PM
ye..bf malay..director drama/movie

ohh kalau kd kawen nnti peluk islam la si kim ni kn..pastu ankknya nk agama mak or ayah kalau gini?
saja tnya..tiberr
Quote edayildiz 30-7-2021 02:31 PM
makadek replied at 30-7-2021 02:10 PM
Diorg bole jd kawan
Agak2 hari2 dh kata melepak sama2 tk rasa ke nk berhubungan intim ..


kaka rasa dorg pernah x..tergesel time kt umah..pastu rasa lain macam..ha gitew
Quote hidet 30-7-2021 02:38 PM
edayildiz replied at 30-7-2021 02:30 PM
ohh kalau kd kawen nnti peluk islam la si kim ni kn..pastu ankknya nk agama mak or ayah kalau gini ...

mungkin la kot..both pun ade anak..tak nampak nak rush kwin pun..lagipun bf sheols tu urban.bukan pengarah drama kul 7 tibitigasuku..
bf tu international yachh.drama luar, viu..venture dengan producer luar..
Quote makadek 30-7-2021 02:40 PM
edayildiz replied at 30-7-2021 02:31 PM
kaka rasa dorg pernah x..tergesel time kt umah..pastu rasa lain macam..ha gitew

Gerenti pernah pnya muda lg kot
Quote royaldanish 30-7-2021 02:45 PM
hidet replied at 30-7-2021 06:38 AM
mungkin la kot..both pun ade anak..tak nampak nak rush kwin pun..lagipun bf sheols tu urban.bukan  ...

owhhhh ye ke cuols...
handsome ke cuol?

kim ni suka tengok...circle sheols pun malay kan... tengku nadia, alia B, sab9

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.085017 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top