CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Influencer Buat Kerja Bodoh, Motif Baring Atas Landasan Kereta Api Pura-Pura Mati?

30-7-2021 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3674| Komen: 25

Mumbai: Cubaan seorang influencer (pempengaruh) media sosial India merakam video menunjukkan seolah-olah dirinya maut selepas terjun daripada kereta api membawa padah apabila ditahan pihak berkuasa.


Dia juga didakwa dengan beberapa pertuduhan jenayah sebaik rakaman itu tular.

Portal Insider melaporkan Irfan Khan, 28, atau lebih dikenali dengan nama Iffy Khan dalam kalangan pengikutnya di Instagram (IG) ditahan di rumahnya, dekat Bandra di sini, Ahad lalu.

Iffy turut berdepan pertuduhan termasuk melakukan tindakan yang membahayakan nyawanya sendiri, menyebarkan mesej untuk menimbulkan gangguan dalam talian, mengganggu orang awam dan menceroboh.

Kredit foto: Agensi 


Difahamkan, Iffy memuat naik video berdiri di tengah landasan kereta api pada Jumaat lalu.

Rakaman itu kemudiannya disunting dan kelihatan Iffy seperti terbaring serta mati di tengah landasan kereta api.

"Suspek memberitahu dia memuat naik video itu bagi menambah bilangan pengikutnya," kata Inspektor Polis Bandara, Devidas Aranye kepada The Times of India.

Sementara itu, Iffy mengakui kesilapannya merakam dan memuat naik video berkenaan.

"Saya rakam video itu untuk hiburan semata-mata dan ia satu kesilapan.

"Saya tidak mempunyai niat jahat atau mahu menggalakkan orang untuk bunuh diri," katanya yang menyifatkan video dimuat naiknya itu disalahertikan.

Menurut Iffy, video yang tular itu itu adalah bahagian pertama daripada keseluruhan rakaman.

"Dalam bahagian kedua, saya tersedar daripada mimpi dan lihat wajah keluarga.

"Mesej cuba saya sampaikan adalah memberi motivasi dan beritahu orang ramai supaya tidak cuba bunuh diri," katanya.

Video Iffy itu tular dan mendapat perhatian ketika personaliti media sosial kini berlumba-lumba untuk menghasilkan kandungan menarik bagi dimuat naik di platform masing-masing.

Pada 10 Julai lalu, personaliti media sosial dari Hong Kong, Sophia Cheung, 32, yang dikenali kerana sering memuat naik video misi pendakian mencabar, maut selepas terjatuh di air terjun.

Minggu ini, bintang TikTok dari China, Xiao Qiumei, 23, pula meninggal dunia selepas terjatuh dari ketinggian 4876.8 sentimeter (sm) ketika bersiaran langsung, di atas sebuah kren. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Kakopi

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 30-7-2021 10:58 AM
Dari Irfan ke Iffy.
Dari Iffy ke Idiot.
Quote kyozsamurai 30-7-2021 12:21 PM
semua sbb nk kumpul follower
Quote JohnyEnglish 30-7-2021 12:23 PM
tak cukup lagi ke rakyat yg mati sbb covid.ko nk tambah statistic kematian dgn cara bodoh pulak.
Quote wasabi29 30-7-2021 01:21 PM
Okay la kurang sikit bilangan org kurang bijak di dunia .
Quote Ayda89 30-7-2021 01:23 PM
Content murahen
Quote Kitty_catz 30-7-2021 01:31 PM
eh apasal ko purak2 mati

awat tak mati je teruih

kurang seket bangsa2 b.o.d.o.h influenza bagai ni, demi sesudu like.
Quote Artemesiaa 30-7-2021 01:54 PM
Geng attention seekers je yang suka buat perangai macam tu
Quote RaraLavenda 30-7-2021 02:00 PM
Influencer n kebodohan berpisah tiada. Sighhhhh.
Quote imanjannah 30-7-2021 02:29 PM
demi content.. bodoh x boleh diajar
Quote naina 30-7-2021 02:35 PM
Nasib ko tak pegun dikk semntara tggu keretapi lalu..kalau tak kejung disitu sampai keretapi lanyak ko
Quote She-Ra 30-7-2021 03:27 PM
demi content utk sesuap pujian dan kemasyuran... takde keroje betul
pernah la baring atas jalan di jambatan pulau pinang tu tapi bkn la tujuan utk dpt pujian pun.. kebetulan berPenang Bridge Marathon, jln clear tanpa kenderaan, makanyaaaaaaaaaaaaa... dan tak ganggu larian org lain pun... ambik kesempatan di depan  mata
Quote 266799eMkaY 30-7-2021 03:31 PM
Yg bukan bukan je gen maju ni laa
Quote kakakpositifker 30-7-2021 04:41 PM
nama pun bertukar2'hhahahah
Quote Ieqa140388 30-7-2021 05:17 PM
Hamba content ni
Quote little_sis 30-7-2021 05:21 PM
Haha sanggup tu.. demi content..
Quote LadyCarefree 30-7-2021 07:43 PM
Mati betul baru tau
Quote Amanduuuhh 30-7-2021 09:15 PM
Bukan ke atas landasan tu air kencing dilepaskan dari atas toilet dlm train tu. Iols pernah naik tren kat yindia. Kat trail especially kat station busuk yakmat. Sanggup kau baring purak purak mati kunun. Yihh jijiks
Quote bictoria 30-7-2021 10:18 PM
harap2 kat malaysia tak ada yang bangang macam ni
Quote supernaturalee 30-7-2021 11:36 PM
nakkomenjugak replied at 30-7-2021 10:58 AM
Dari Irfan ke Iffy.
Dari Iffy ke Idiot.

Dr idiot ke stupid

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.035179 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top