CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MTM21 Tampil Kandungan Digital, Teknologi Berimpak Tinggi Selama Sebulan

29-7-2021 07:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1767| Komen: 0|Original author: Kandungan Tajaan

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini melancarkan Malaysia Tech Month 2021 (MTM21), acara maya yang bersiaran secara langsung selama sebulan bagi mempromosikan pelaburan dalam ekonomi digital dan mengukuhkan negara sebagai Nadi Digital ASEAN.



Kredit foto:


Dirangka sejajar dengan Strategi Pelaburan Future 5 MDEC (DIF5) yang dilancarkan baru-baru ini, ia menampilkan kandungan digital dan teknologi berimpak tinggi anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Selaras matlamat Rangka Tindakan Ekonomi Digital atau MyDIGITAL, DIF5 memfokuskan lima teras utama dalam menarik pelaburan dan memajukan ekonomi digital. 

Mengikut Rancangan Malaysia ke-12, MTM21 merupakan pelan lima tahun yang menyasarkan pelaburan digital berkualiti tinggi dan akan berjalan dari 2021 hingga 2025. 

Bermula 29 Julai hingga 30 Ogos 2021, MTM21 bakal menampilkan 40 acara, lebih 300 tetamu jemputan dan pelabur tempatan serta antarabangsa. 


Sepanjang bulan ini, pakar inovasi teknologi dan perintis industri akan berkongsi pendapat dan pengalaman mereka menerusi pelbagai sidang ucap tama, bengkel, sesi panel dan padanan perniagaan. 



Kandungan dan acara sampingan sepanjang bulan diadakan menerusi empat tema mingguan berdasarkan teras NADI Digital MDEC - Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Disruptors) dan Pelaburan (Investments).

1. Minggu Pertama (2-6 Ogos 2021) - Pelaburan Digital
Memberi fokus kepada Nadi Pelaburan Digital. Peserta akan berinteraksi dengan pakar dan pelabur sedia ada dalam lanskap Pelaburan Digital Malaysia mengenai cara memulakan pelaburan dan berkembang dalam negara dengan pandangan menyeluruh mengenai pelaburan serantau.

2. Minggu Kedua (9-13 Ogos 2021) - Ekosistem Digital
Memacu ekosistem perniagaan menerusi pendigitalan, memanfaatkan teknologi 4IR dan memahami aspek penting dalam keselamatan siber.

3. Minggu Ketiga  (16-20 Ogos 2021) - Kemahiran Digital 
Menerokai topik seperti kerjaya di era ekonomi digital, peralatan digital yang boleh menambahbaik tenaga kerja serta masa hadapan pekerjaan.

4. Minggu Keempat (23-27 Ogos 2021) - Penggangu Digital
Menyelami topik gangguan digital masa kini, daripada Teknologi Kewangan Islam dan matawang kripto sehingga perdagangan mudah alih, bank digital dan e-sukan mudah alih. 


Untuk maklumat lanjut mengenai Malaysia Tech Month 2021, sila layari mdec.my/mtm2021. Peserta boleh mengikuti pelbagai acara MTM21 dan berhubung dengan peserta lain menerusi aplikasi Hubilo Events yang boleh dimuat turun di Google Play dan di  Apple App Store.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.031520 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top