Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Barangkali peribahasa berkenaan sesuai menggambarkan usaha murni pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz yang menyerahkan sumbangan kepada 166 golongan orang kurang upaya (OKU) di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Setapak, Jumaat lalu.
Haris, 26, berkata, misi bantuan tersebut menjadi program mingguan setiap Jumaat yang memberi fokus kepada golongan atau individu yang kurang bernasib baik dan memerlukan. “Alhamdulillah, saya bersyukur program misi bantuan ini dipermudahkan Allah. Dari awal program ini dirancang, saya bersama pasukan menyasarkan golongan yang betul-betul memerlukan.
“Apatah lagi dalam keadaan negara yang masih dilanda pandemik menyaksikan ramai orang terjejas dari segi sumber pendapatan. Disebabkan itu, misi ini diharap dapat memberi manfaat kepada mereka. “Saya percaya, jika kita memudahkan urusan orang lain, Allah pasti memudahkan urusan kita juga, insya-Allah. Jadi, sedikit sebanyak sumbangan yang diberikan juga dapat meringankan beban ditanggung,” katanya.
|
auntyonion replied at 28-7-2021 02:51 PM
Kenapa eh sesetengah org pakai kopiah mcm father, pakai elok2 xblh ke {:dot sorry taw tanya je, mati ...
slyfynx replied at 28-7-2021 03:11 PM
Bukan father, sbb father biase x cover rambut.
Rabbi ade jgk cover pki topi, ade yang pakai kippa ...
auntyonion replied at 28-7-2021 02:51 PM
Kenapa eh sesetengah org pakai kopiah mcm father, pakai elok2 xblh ke {:dot sorry taw tanya je, mati ...
teen_angelJB replied at 28-7-2021 03:27 PM
Failnye dressing purizz.....
Pkai normal outfit cannot mehhhh
nakkomenjugak replied at 28-7-2021 03:03 PM
memang itu pakaian rasmi kealiman ke camne?
baguslah bantu orang
gundah37 replied at 28-7-2021 04:05 PM
baguslah die beramal...tp jah ko dah sendu..
matilanakk kene kecam jap g
Nozot replied at 28-7-2021 04:08 PM
backup dia dah tenggelam..tak ramai pun yang timbul akhir- akhir nie..
ADVERTISEMENT