CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Ini Bukan Drama Petang Sesuka Hati Minta Letak Jawatan" – PU Amin

28-7-2021 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2874| Komen: 4

Description: Pencetus Ummah, Amin menyelar sikap segelintir rakyat yang tidak simpati terhadap Ketua Pengarah Kesihatan (KKM), Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah setelah dia berjuang dalam membendung penularan Covid ...
Pencetus Ummah, Amin menyelar sikap segelintir rakyat yang tidak simpati terhadap Ketua Pengarah Kesihatan (KKM), Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah setelah dia berjuang dalam membendung penularan Covid-19.


Menurutnya, rakyat seharusnya bersatu hati dan berganding bahu lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai pengaruh kuat di media sosial atau pengikut tersendiri.



“Dr. Noor Hisham bergadai nyawa, berkorban masa dan tenaga untuk bantu kita semua rakyat Malaysia agar berjaya melawan Covid 19. Sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia yang matang dan berbudi wajib menyokong dan bersatu padu untuk hapuskan Covid-19.

“Ini bukan drama petang-petang boleh minta letak jawatan begitu saja. Gunakanlah pengaruh dan nama untuk mendidik masyarakat.

“Semoga Allah SWT memelihara Dr. Noor Hisham dan memberi kekuatan kepada barisan hadapan dalam berjihad melawan musuh (Covid-19) negara ini. Semoga Allah memberi jalan petunjuk dan kebaikan buat kita semua,” katanya.


Coretan PU Amin itu dimuat naik bersama tangkap layar artikel yang menulis tentang pelakon Rita Rudaini dan Lana Nodin menggesa ketua KKM untuk meletakkan jawatan.

Menjengah ruangan komen, majoriti bersetuju dan menyokong coretan PU Amin. Rata-rata melayangkan komen kecewa dengan sikap rakyat yang tidak bertimbang rasa dan prihatin.


Sumber: Utusan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 28-7-2021 11:36 PM
Aku nak sangat si tuut dan si tuut tu kena covid... Biar dorang rasa
Quote jiwasemangat 29-7-2021 07:00 AM
Semoga kobid berakhir di M'sia terchenta ini..
Quote Ayda89 1-8-2021 11:44 PM
bising je perempuan hidung kepit ni
Quote LoveCatVideos 2-8-2021 09:46 AM
ceptlah covid berakhir

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.116074 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top