CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai Kantoi Makan Rasuah-Rumah Penuh Hiasan Mewah, Ada Tandas Emas

27-7-2021 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3632| Komen: 14

Moscow: Seorang pegawai kanan trafik Rusia yang mengetuai kumpulan penjenayah ditangkap kerana disyaki menerima rasuah.

Kolonel Polis Alexei Safonov dan enam orang lain ditangkap oleh Jawatankuasa Penyiasat Rusia di wilayah selatan Stavropol.


Rakaman video menunjukkan rumah agam Safonov yang dilengkapi bilik dengan hiasan mewah, dewan besar dan tandas dihiasi emas.

Dia dipercayai mengetuai kumpulan penjenayah yang mengeluarkan permit kepada pembawa kargo gandum sebagai pertukaran wang.


Foto: Agensi

Permit itu kemungkinan membolehkan pembawa kargo mengetepikan undang-undang wilayah, termasuk ketika melalui pemeriksaan polis.


Jawatankuasa Penyiasat Rusia yang setanding dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat (AS) memaklumkan kumpulan itu menerima rasuah bernilai 19 juta rubel (kira-kira RM1.09 juta).

Antara ahli kumpulan itu yang ditangkap adalah bekas pegawai trafik kanan, pemeriksa lalu lintas dan empat orang awam.

Alexander Khinshteyn, seorang ahli politik berpengalaman dalam salah satu parti politik terbesar memberitahu lebih daripada 35 pegawai polis trafik ditahan dalam operasi besar-besaran.

Sebanyak 80 premis diserbu dalam serbuan yang menjadi sebahagian kaedah siasatan.

Pihak berkuasa turut merampas sejumlah besar wang tunai, kereta mewah dan dokumen. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pikah89 27-7-2021 11:16 AM
Rasuah ni kalau x nmpak skrg..kesan die akn nampak kat kturunan..Nauzubillah
Quote nakkomenjugak 27-7-2021 11:42 AM
tandas emassss??? dah tu takde duit cabut tandas ke acane tu?
Quote iddinnz 27-7-2021 11:47 AM
ni jenis tunjuk kaya padahal gaji ciput..rupanya angkara side income..
Quote Olumis 27-7-2021 11:50 AM
Beginila manusia...{:yameteh
Quote Tinot7 27-7-2021 11:52 AM
Dolu2 ada buat lawatan sambil blajaq kat satu tmpt di jamaica. Paip ayaq kat sinki pun bersalut emas..
Quote RatuDunia94 27-7-2021 11:57 AM
Rasuah ni mmg wujud kat mana2 negara dan bangsa. Selagi namanya manusia.. selagi tu akan lemah bila nampak duit n kedudukan.
Quote mamajawie 27-7-2021 12:04 PM
iollss ingatkan ni jamban rumah si sotong kertu aka terlajak sotong tu..interior design sama
Quote Lagubestbest 27-7-2021 02:21 PM
nampak emas, tapi neraka semua tu. tandas neraka lantai neraka katil neraka hmm tak sanggup tak sanggup
Quote TabletSusu 27-7-2021 02:30 PM
alaa 1 gambar je ke?
nak lah tgk area2 lain dlm rumah dia tu
mesti cantik
Quote lee_sara 27-7-2021 02:38 PM
luar negara ghupenye
Quote OyenLemas 27-7-2021 02:43 PM
ohhh bukan dalam malaysia keee
Quote Sham143 27-7-2021 02:53 PM
Rusia ni kes rasuah tahap cucu aje pd Malaysia...
Quote dudaberhias 27-7-2021 02:57 PM
Wow interior tu, antonovich design punya sebab iold biasa tengok ID berupa sedemikian. Kira juta juta la renovate rumah tu.
Quote heythere123 27-7-2021 09:02 PM
orang tacky ni memang obses dengan emas ke apa?gila ke toilet emas? nak kencing & BAB je pon

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 2.194277 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top